10 cerita biasa


tanah melayu nih sebuah negeri yg hebat.. byk benda2 pelik berlaku tapi kita rasa biasa2 saja.. benda yg biasa2 yg byk org kita rasa pelik pulak.. tuh yg 'fascinating' tentang malaysia.. nih nak cerita benda2 yg aku terbaca dlm hari2 kelmarin..

kes paling seronok aku baca minggu lepas ialah kes mahkamah syariah trengganu yg menolak permohonan seorg lelaki utk berkahwin kali ke-4.. mengesahkan bahawa mmg susah nak kawin kat malaysia nih.. walaupun bini2 bagi kebenaran tapi mahkamah pulak tak benarkan.. bakal bini dan mertua rasa dia boleh adil tapi mahkamah pulak kata dia tak mampu berlaku adil.. bila dah adjust penyata pendapatan.. mahkamah tak puas hati pulak dengan alasan dia nak kawin lagi.. mmg betulla lagi senang kawin kat siam pastuh baru daftar kat malaysia.. tinggal bayar denda saja.. takyah susah payah naik turun mahkamah..

citer psal mahkamah nih, dah kuau keputusan icj.. batu putih milik singapura, karang tengah milik malaysia dan karang selatan bergantung pada sempadan.. faktor sejarah melampaui rasional geografi.. kes pemilikan dah selesai tapi belum tuntas bab garis sempadan.. nih contoh nasib anak cucu bergantung pada apa yg datuk nenek buat.. kalau kita sekarang buat tak kisah, esok lusa anak cucu kita yg terima akibat.. elok juga buat org sedar bahawa belajar sejarah tuh penting.. kalau tak kita lupa..

bila sebut org melayu mudah lupa, buka pula alkisah org umno lak skrg tgh kecoh psal che det kuau parti.. macam biasa dah kuau balik lah soal kesetiaan dan perpaduan.. citer nih biasa2 saja tapi kecohnya macam cerita piring terbang turun kat sepang.. mmg org melayu suka drama.. lain tahun kena buat anugerah utk org2 politik, siapa jadi pelakon terbaik, pengarah terbaik dan cerita terbaik.. bolehlaa seronok org politik dapat anugerah..

dua tiga hari nih penyokong MU tgh seronok sebab menang piala juara-juara.. chelsea kalah sebab ada hero tergelincir masa tendang penalti terus tak masuk.. tapi menang tetap menang.. tak sama dengan piala thomas.. populariti dah tak sehebat dulu walaupun pemain malaysia semua ranking top10 dunia.. sebabnya hanya satu.. sebab org melayu dah tak minat tgok badminton semenjak adik beradik sidek tak main badminton.. sama gak kenapa ramai org melayu minat main bowling lepas shalin jadi juara.. tiba2 bowling jadi sukan popular kat malaysia.. mmg org melayu ketandusan hero sama seperti ketandusan pemimpin..

ada satu lagi kes mahkamah syariah psal seorg lelaki yg mengaku 'rasul melayu'.. ikut cerita terkini rasul nih dah menghilangkan diri, kata anak dia, bapak dia kena hilangkan diri sama cam kaedah Nabi saw hilangkan diri masa kena kejar dgn arab jahiliyah.. yg hebatnya dia bagi fatwa solat nih boleh diganti dengan amal makruf nahi mungkar.. tapi kalo baca sirah, Nabi saw solat siang malam.. maknanya 'rasul melayu' nih lagi hebat 'syafaat' dia dari Nabi saw sendiri.. ramai pulak tuh yg jadi pengikut.. nauzubillah.. seram nak difikirkan...

polis malaysia pun dah dapat kes seram, mula2 jumpa tangan, seminggu lepas tuh jumpa pulak kaki, kemudian terjumpa badan tanpa kaki, tangan dan kepala.. boleh tak kita katakan ini semua adalah pengaruh tv? penjenayah jadi lebih ekstrem lepas belajar dari cerita2 penyiasatan cam CSI, dsu.. sama cam budak mati kerna cuba terbang sebab nak jadi superman dan budak mati sebab 'belasah' kawan stail gusti ala WWE.. tapi kita tak heran sebab polis pun dah pandai guna c4 pecahkan muka.. dah internasional dah kes malaysia sekarang nih..

sebut psal internasional nih nak cerita jugak pasal persatuan olahraga malaysia yg nak halang org kenya dari masuk perlumbaan tempatan.. mana tak sakit hati org malaysia, hadiah nomor satu sampai nomor tiga, yg berjumlah berbelas ribu tuh semua org kenya nih sapu.. bukan satu kejohanan pulak tuh, hampir semua kejohanan muka diorg jer yg menang.. persatuan nak periksa pulak sama ada diorg salah guna visa masuk malaysia.. kalo dah camtuh agaknya buat apa buat kejohanan terbuka? mmg betullah malaysia nih 'lombong emas'.. cuma org malaysia jer tak reti nak 'melombong' di tanah yg kaya-raya nih..

aa.. forbes pun dah kuau senarai org kaya malaysia.. top 10 semua taksiran kekayaan di atas RM 1 bilion.. maknanya org malaysia skrg bukan sekadar millionaire tapi dah jadi billionaire.. cuma sayangnya, nama melayu hanya tuan syed saja laa, nomor lapan.. nomor satu masih raja gula malaysia yg tak duduk kat malaysia pun.. nomor dua AK tokeh astro/maxis dan nomor tiga tokeh IOI.. camna pun dlm top 40 masih ada 3-4 org lagi org melayu.. kaya betul org malaysia nih.. org melayu jer yg masih miskin.. nak kaya kena jadi org politik..

minggu kemaren kecoh lagi wakil rakyat sabah/sarawak kata diorg dapat offer lumayan, boleh tanggung beberapa keturunan, untuk diorg keluar bn dan masuk pr.. nih boleh jadi calon billionaire sekelip mata nih.. baru betul2 okb.. calon perdana menteri pr tak komen apa2 lagi.. tgh susun strategi agaknya.. penuh lobi parlimen asyik buat press conference.. wakil rakyat dah macam artis pulak hari2 keluar tv dgn gossip dan citer sensasi..

tercuit gak geli di hati bila baca citer anak ahli parlimen hindraf sambut harijadi ke-6 tahun kat lobi parlimen.. siap dgn kak wan join nyanyi lagu happy birthday dan tiup lilin.. parlimen dah betul2 jadi gelanggang sarkis.. nanti lain taun boleh bukak tender utk gerai meniaga masa dewan rakyat bersidang.. leh laa org ramai2 datang parlimen buat macam pasar malam.. tapi apa pun atas kek tuh tulis 'hapuskan ISA'.. oo bukan nak sambut harijadi sangat.. sian budak india tuh kena jadi 'barbie'..

baru2 nih kuau balik citer bekas ketua pemuda pkr ditawarkan masuk umno.. org yg paling kisah psal nih ialah tok ketua pemuda umno yg mmg dah bercadang nak turun pangkat ujung taun nih.. campur kecoh pemuda dah mula buat cadangan nak pecat anak che det dari umno.. mantan mb perang dgn mb selangor.. pak mat said lawan pak deris kat trengganu.. semua kecoh org melayu.. walhal kalo tak salah prestasi yg paling teruk dlm kelompok bn nih ialah mic dgn mca.. tak dengar pulak karpal nak saman samy tol.. yg cuma dengar sikit2 jer psal cuit2 tok ketua dlm mca..

apa pun citernya, semua berita yg kat atas nih umpama baca ruangan gosip dalam majalah mangga.. yg org risau ialah barang2 nak naik harga.. beras yg dah naik harga kurang bekalan pula.. tok najib kata hampir tak mungkin minyak tak naik harga.. tok khalid pula kata dia masih bincang dgn syabas tapi tarif air yg tentukan ialah kementerian.. nih yg paling biasa sekali berlaku dan mmg kita rasa biasa.. sebab dah hampir tak mungkin kita leh buat apa2 hal..

ujung2nya kita cuma boleh kata kita nih rakyat marhaen umpama timun melawan durian.. umpama kancil yg bijak tapi berada salah tempat di tengah2 pergaduhan gajah2.. kita sendiri dah percaya cakap2 kita hanyalah menjirus air di daun keladi.. takder sapa peduli pun.. kita percaya kita takkan mampu buat apa2.. ini yg paling luarbiasa tentang org melayu..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008