apa erti budget airlines? adakah kerna tiketnya murah maka servisnya juga jauh dari kualiti? kalau servis jauh dari kualiti maka pelanggan juga harus dilayan murahan?
beza antara teksi dan bas.. teksi lebih mahal tapi lebih selesa kerna privacy dan efficiency.. maksud tak berebut dan berhimpit, dan sampai langsung ke tujuan bukan diterminal atau perhentian yang disediakan..
apa beza air asia dan mas? air asia murah hampir separuh dari harga mas.. lebih murah kalau pembelian dilakukan lebih awal, seawal 2-3 minggu sebelum penerbangan.. walaupun dengan pembelian pada hari terbang, cuba bezakan harga penerbangan JKT-KUL: air asia Rph 1,5jt dan mas USD240 (Rph 2,1jt). ini yang buat orang terliur dan seakan merasa bodoh jika mereka tidak memilih untuk terbang bersama air asia.
konsep free-sitting buat org berebut2 untuk duduk di kerusi hadapan (mungkin kerna tak mahu duduk lama2 dalam kapal terbang air asia).. makanan / minuman disediakan harus dibeli dan tidak dibenarkan membawa makanan / minuman sendiri.. kalau takder duit atau terlupa nak bawa duit, telan saja air liur.. kad kredit tidak boleh digunakan..
maaf kalau selalu delay.. kapalterbang yang digunakan mempunyai jadual yang padat, kalau berlaku sesuatu disalah satu penerbangannya maka maklum semua penerbangan selepas itu akan delay.. maaf juga no refund.. kalau tak dapat terbang hari tersebut, anda boleh tukar kepada nama orang lain, tetapi tidak untuk menukar jadual atau meminta refund.. kecuali penerbangan tersebut mempunyai masalah dan terpaksa dibatalkan oleh air asia sendiri.
seingat aku hanya pernah dengar citer refund nih masa member aku terbang dari KUL-JKT, tapi sampai kat area Singapura, pilot bagi announce ada masalah teknikal dgn kapalterbang dan terpaksa patah balik ke KLIA, enjin satu mati atau apa aku tak ingat, masa dah sampai KLIA air asia bagi pilihan untuk teruskan penerbangan selepas kapalterbang dibaiki atau mintak refund. secara peribadi aku rasa air asia bagi refund pun pasal tak tahan orang komplen masa tuh kata takut nak terbang.
aku selalu kesian tengok keadaan pramugari air asia.. comel dan anggun masa penerbangan awal tapi bila dah penerbangan petang atau malam, berserabut dan kdg2 moody.. aku maklum penat.. dah laa buat kerja rutin.. tapi aku terdengar citer juga dari mereka bahawa banyak pramugari mas nak mintak masuk air asia.. almaklum citernya mas rugi banyak, air asia pulak saham tgh naik..
citer psal pramugari/a, paling aku tak suka tgok ialah diorg nih suka pandang rendah pada pelanggan mereka, terutama bila sekarang nih yang naik kapalterbang tak macam dulu, attitude penumpang pun berbeza, lain sangatlaa mentaliti kelas menengah yang pergi bercuti atau berniaga, dengan mentaliti pembantu rumah dan kelas menengah rendah yang baru nak menikmati apa yg dulu hanya suatu mimpi. secara tidak mereka sedari, pramugari/a ini juga menurunkan 'kelas' mereka dengan tanggapan untuk menjaga 'kelas' mereka yang hakikatnya melayani pelanggan yg kononnya mempunyai 'kelas' lebih rendah dari mereka.
begitu pula kisahnya dikaunter check-in dan boarding.. bukan semua tetapi kebanyakannya membuatkan kita merasa lebih teruk dari berurusan dengan kaunter bas ekspress. kita pelanggan mereka, kita beli tiket, tak kira tiket tuh murah atau tidak, kita beli tiket yang mewujudkan pekerjaan buat mereka. bekerja di khidmat pelanggan bererti kita memberi servis, ada etika dan kita membawa nama syarikat.
aku ada beberapa insiden yang menyentuh hati, kadang2 buat aku terpikir adakah berbaloi tiket murah dengan segala sakit hati dan ketidakselesaan yang terpaksa ditahan. adakah kita mulai menjadi hamba duit? kerna mahu barangan murah kita susahkan diri kita lebih dari yang sepatutnya, kita biar orang ambil kesempatan pada diri kita. kita memperbodohkan diri kita dan kita biarkan orang tekan kita.. hanya untuk mendapat diskaun dan bayar murah?
walaupun ada yang menganggap mereka ini dari kelas bawahan, tapi mereka adalah pelanggan. budget airlines mmg akan berurusan dengan kelas bawahan. harusnya para pekerja juga bersedia untuk melayani kelas bawahan sebelum menyertai syarikat. kalau tak boleh layan kelas bawahan dengan baik, aku nasihatkan berhentilah dan bergabung dengan syarikat penerbangan yang melayani kelas bawahan. sebab ada yang sakit hati berkata, "kalau kita kelas bawahan, diorg yg layan kita lagi laa takder kelas, so jangan sombong tak tentu hala."
bak kata Deddy Mizwar dalam iklan motor di tv Indonesia,
"murah boleh, asal jangan murahan.."
Mengejar Bintang di penghujung Dunia
-
Ia adalah tempat yang sentiasa menjadi kegemaranku di suatu masa dahulu.
Papa hampir tidak pernah gagal untuk membawaku ke sana pada setiap malam
ming...
5 hours ago
Post a Comment