...kita saling menjajah


menelusuri denai dalam ruang waktu, betapa kita lihat seringkali mencari-cari sesuatu yang boleh kita persalahkan, sedang persoalan sebenarnya ialah bagaimana kita menempuh jalan seterusnya yang terhampar dihadapan kita.

di zaman awal sistem kerajaan, tuan tanah berusaha melindungi dan mempertahankan tanahnya. maka dengan itu dia perlukan bantuan daripada orang-orang yang ada bersama-samanya. orang-orang yang sama-sama membantu dia meneroka tanah baru itu, mengerjakannya untuk kepentingan bersama dan orang-orang yang setia mengabdi padanya.

sebagai seorang tuan punya, dia bertanggungjawab menguruskan tanahnya dengan saksama, memastikan kemakmuran bersama agar lebih mudah mentadbir dan menjaga juga kepentingan orang-orang yang setia padanya.

sejak turun temurun dia memperturunkan skil pentadbiran kepada anaknya dan anaknya meneruskan memimpin kerajaannya. raja-raja tidak perlu korupsi kerna dia yang memiliki semuanya. malah dia yang harus lebih perihatin memperlakukan keluarga-keluarga yang telah setia bersama bapanya untuk sama-sama memakmurkan tanahnya bersama-samanya. dia sedar bahawa dia tidak akan mampu mengerjakan semua tanahnya sendirian. dan 'rakyat'nya juga mempunyai pilihan untuk pergi meninggalkannya dan mengabdi pada tuan tanah lain.

kerna ini juga ditekankan konsep nasionalisme, supaya pengabdian ini berterusan malah bangga menjadi sebahagian daripada kerajaannya. sikap nasionalisme ini yang ditanam agar keluarga-keluarga ini tidak akan meninggalkannya. maka budaya terbentuk supaya berlakunya keunikan. dengan merasa golongan mereka unik dan istimewa dibandingkan dengan kerajaan lain, kesetiaan akan tertanam. bangga pada keturunan dan tanah yang mereka duduki sejak zaman berzaman.

undang-undang setempat pula terbentuk untuk menjaga kesejahteraan bersama dan mengelak persengketaan berpanjangan. pusat pentadbiran berada berdekatan dengan semua orang. tindak kejahatan amat mudah dikesan.

perhubungan antara dua buah kerajaan juga berdasarkan atas saling memerlukan dan saling menghormati. hubungan sering dipereratkan dengan cara perkahwinan. malah seterusnya berlaku pula penggabungan dua kerajaan.

kerajaan yang besar memerlukan satu sistem pentadbiran yang lebih kompleks. bermulalah munculnya golongan politik. golongan ini dipilih dari kalangan orang yang sangat dipercayai dan setia tanpa berbelah bagi. zaman berlalu dan golongan ini pula mahu memisahkan mereka dari kalangan yang lain. berusaha menjadikan mereka leih unik dan lebih istimewa. sedang awalnya mereka adalah pengabdi yang paling dipercaya dan paling setia.

dengan wujudnya golongan pentadbir ini, maka raja menjadi lebih jauh dari rakyat. golongan ini memanjakan raja, dan raja memanjakan diri mereka sendiri. masalah yang mula muncul dikalangan rakyat ditutup oleh golongan pentadbir, dan rakyat juga dihalang menemui raka mereka, hingga raja hampir tidak tahu apa yang berlaku dibahagian hujung negara mereka, sehingga masalah muncul dikawasan pentadbirannya. yang mana biasanya keadaan sudah terlalu lambat. kerosakan sudah jauh dari pencegahan dan pengubatan memerlukan harga yang sangat besar.

pentadbiran sesebuah negara sekarang lebih mengarah persis seperti menguruskan sebuah syarikat perniagaan yang besar. negara ditadbir oleh CEO, COO, CTO dan segala jenis C dan O. presiden dan perdana menteri lebih merupakan seorang peniaga yang harus memikirkan bagaimana untuk memajukan syarikatnya agar lebih banyak keuntungan. dan sepertimana peniaga yang lain mereka juga harus memikirkan keuntungan untuk mereka sendiri. bukanlah sesuatu yang kita hairankan daripada seorang peniaga.

berbanding dengan tuan punya syarikat, mereka bukan setakat mencari keuntungan tetapi juga mempunyai rasa kepemilikan terhadap syarikat mereka. pada mereka syarikat adalah maruah keluarga yang perlu dipertahankan. rakyat adalah aset mereka yang perlu mereka jaga dan makmurkan untuk kesinambungan empayar mereka.

pengurus syarikat tahu dia hanya bekerja. mereka harus memikirkan juga kesinambungan hidup mereka jika mereka diberhentikan. maka mereka juga membuat rencana untuk kebaikan keluarga mereka. rakyat adalah pekerja bawahan mereka, dan mereka harus menjaga kebajikan pekerja bawahan sebagai satu cara menjaga kesetiaan rakyat terhadap mereka.

bila sesuatu kesilapan berlaku maka pengurus akan dipecat, tetapi jika raja yang melakukan kesilapan dia harus menanggung sepanjang hayatnya, malah juga harus ditanggung oleh keturunannya.

dalam beberapa era kebelakangan ini kita melihat perpecahan negara-negara besar. semakin banyak daerah yang mahu mentadbir sendiri. malah ada pula yang malah tidak mahu bertoleransi dengan hanya kuasa autonomi.

adakah pemecahan semula pentadbiran kepada negeri2 kecil ini efisien dalam waktu sekarang? masalahnya negara-negara kecil yang berjaya memisahkan negara mereka melakukan dengan cara menghancurkan negara mereka sendiri. maka pembangunan hanya boleh dilakukan lama setelah berjaya memakmurkan negara mereka sendiri, dan banyak pula mengambil jalan singkat meminta bantuan negara-negara yang lebih besar. dan tiada bantuan yang percuma antara dua buah syarikat perniagaan yang saling bersaing.

negara yang sebesar USA sendiri mempunyai pemerintahan sendiri bagi setiap negeri didalamnya, punya undang2 yang berbeza malah lebih mempunyai kuasa dalam negosiasi terhadap kepentingan negerinya. pentadbiran pusat lebih mengarah kepada persoalan internasional dan isu-isu yang lebih umum.

secara lebih besar lagi, globalisasi bukan satu kaedah agar semua orang mempunyai persamaan. persoalan yang lebih besar adalah bagaimana menghargai perbezaan. perbezaan yang disebabkan oleh keadaan geografi, sejarah, budaya dan pemikiran.

selama ini dalam diri kita sendiri mahu orang lain bersetuju dan memahami aspirasi kita dengan cara kita. kita mahu orang lain jadi sama seperti kita. kita didik anak-anak kita untuk jadi seperti kita, berfikir, berpakaian, malah bercakap dan berjalan seperti kita. bila anak kita mempunyai pendapat berlainan atau berkelakuan diluar cara kita, kita akan marah dan menganggap mereka tidak berada dijalan yang sepatutnya. tanpa sedar kita sendiri cuba menjajah pemikiran anak-anak kita dengan menghalangi kreativitinya.

banyak kita mahu merdeka dan tidak mahu dijajah. tapi banyak pula dari kita mahu menjajah orang lain. kita tidak akan bebas selagi kita tidak melepaskan keinginan kita untuk menjajah orang lain. maka bertanyalah lagi pada diri kita.. adakah kita dijajah? atau kita cuba menjajah? adakah kita dijajah kerna kita mahu menjajah? atau kita kata kita dijajah supaya kita boleh menjajah? atau adakah keinginan menjajah itu normal? maka penjajahan itu bukanlah suatu isu?
Read On 0 ulasan

..hanya selepas itu barulah kita bersyukur?

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

Ada apa dengan Anti-Pornografi?



Sejak RUU APP (Anti Pornografi dan Pornoaksi) diusulkan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, di DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) pada 14 Februari 2006, isu porno menjadi medan debat antara berbagai pihak. Apalagi jauh sebelum itu, sekitar November 2005, PT Velvet Silver Media, pemegang franchise Playboy di Indonesia, telah diberikan izin penerbitan oleh pemerintah Republik Indonesia. Maka seperti yang dijangkakan demonstrasi besar-besaran berlaku sebaik sahaja pelancaran edisi pertamanya pada 7 April 2006. FPI (Front Pembela Islam) merupakan kumpulan yang paling agresif menentang majalah yang sediakala mempunyai imej pornografi di seluruh dunia, hingga ke tahap cubaan menghancurkan pejabat pemegang franchise Playboy Indonesia.

Pada siang 22 April 2006, diadakan pula di Bundaran HI, Karnaval Budaya "Bhinneka Tunggal Ika", yang mempersembahkan hampir semua pertunjukan kebudayaan dari tradisional hinggalah ke persembahan dangdut oleh Inul Daratista, yang goyangannya disebut oleh Eko Patrio "kayak ngebor aja" hingga mendapat jolokan 'si ratu ngebor'. Karnaval ini secara jelas diadakan untuk memprotes RUU APP yang mereka anggap tidak jelas hingga menjejaskan emansipasi wanita Indonesia. Persembahan ini didukung oleh para selebriti terkenal Indonesia termasuk juga isteri Gus Dur.

Inul menyentuh luka lamanya, dan FBR (Front Betawi Rempug) pula berdemonstrasi di kediaman Inul di Pondok Indah, Jakarta Selatan pada 27 April 2006. FBR menuntut Inul memohon maaf dalam masa seminggu dengan ancaman jika tidak akan mengganggu bisnes karaoke, Inul Vista, dan menghalau dia pulang ke kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur, membidas komen Gubernor DKI Jakarta, Sutiyoso, yang mengatakan FBR tidak berhak menghalau Inul dengan komen bahawa FBR mempunyai hak menjaga 'kampung'nya dari segala kemaksiatan. Berita terakhir, Nurul Arifin, seorang selebriti yang berjinak dengan politik, mengetuai kumpulan yang menentang RUU APP telah membuat laporan ke Polda Metro Jaya meminta perlindungan dari ancaman FBR.

Inul Daratista, lahir 21 Januari 1979, mempunyai sejarahnya sendiri dengan label pornoaksi di Indonesia. Kepopularan goyang ngebor Inul telah menyebabkan MUI (Majelis Ulama Indonesia) pada awal bulan Februari 2003 menyatakan penampilan Inul menjurus kepada pornoaksi dan menyalahi fatwa yang dikeluarkan pada Julai 2002 tentang pornografi. Suasana memanas ketika itu apabila Raja Dangdut, Rhoma Irama, mengecam dengan keras dan menganggapnya terlalu memicu erotisme dan sensualitas. Keadaan menjadi semakin kusut apabila Gus Dur, bekas Presiden Indonesia dan Ketua Umum Nahdatul Ulama, memberi pendapat yang mempertahankan soal goyang Inul dengan menyatakan setiap orang harus menghormati cara seniman berekspresi. Dan dengan cepatnya lebih ramai selebriti dan tokoh agama memberi reaksi sokongan yang sama.

Siapa FPI? Didirikan pada Ogos 1988 dan buat masa ini dipimpin oleh Habib Muhammad Riziek Syihab. Amat terkenal dengan perlakuan 'penertiban' terhadap kegiatan maksiat dan melanggar syariat Islam, terutama di bulan Ramadhan, yang dilaksanakan oleh pasukan pelaksana mereka yang dikenali sebagai Laskar Pembela Islam. Tindakan mereka sering dikritik kerana membuat kerosakan terhadap hak milik orang lain. Akan tetapi mereka beranggapan mereka harus melakukannya kerna tiada inisiatif dari pihak polis.

Siapa FBR? Tiada pengenalan jelas tetapi merupakan sekelompok yang mengaku penduduk asal Jakarta, orang Betawi, yang diketuai oleh Junaedi, yang merasa bertanggungjawab menjaga keharmonian dan ketenteraman persekitaran Jakarta. Berikutan dengan tindakan mereka terhadap Inul, itu sebagai amaran kerna mereka tersinggung dengan cara yang dilakukan oleh para pendemo ketika Karnaval Budaya yang memperlihatkan bahagian tubuhnya yang dianggap tidak senonoh, merujuk kepada aksi beberapa waria yang memperlihatkan bahagian dada mereka.

Apapun ada pula beranggapan bahawa FPI dan FBR adalah antara kelompok yang bertindak atas kepentingan sendiri dengan menjajakan kepentingan dan nama Islam atau penduduk setempat. Ada yang melaporkan melihat bagaimana FPI menghancurkan sebuah diskotik ketika bulan Ramadhan tetapi tidak mengganggu sebuah lagi diskotik yang berhampiran kerna pemilik diskotik tersebut telah membayar sejumlah wang pada mereka. Begitu juga ada yang mengatakan FBR didalangi oleh individu yang memang telah lama berdendam pada kejayaan Inul dan telah lama berusaha menjatuhkannya.

Bagaimanapun ini adalah contoh bagaimana suatu situasi menjadi rumit dan berpindah dari persoalan politik kepada persoalan masyarakat. Kembali ke persoalan asal, mengapa RUU APP ini diprotes dengan sangat hebat?

Pengertian RUU:

Pornografi adalah substansi dalam media atau alat komunikasi yang dibuat untuk menyampaikan gagasan-gagasan yang mengeksploitasi seksual, kecabulan, dan/atau erotika.

Pornoaksi adalah perbuatan mengeksploitasi seksual, kecabulan, dan/atau erotika dimuka umum.

Dasar protes mereka adalah perkataan seksual, cabul dan erotik. Pada mereka definisi ini tidak jelas. Walaupun begitu terdapat penjelasan dalam RUU seperti berikut:

Seksual adalah hal-hal atau perbuatan yang berkenaan dengan perkara seks, dan persetubuhan atau hubungan seks.

Kecabulan adalah hal-hal atau perbuatan yang mengandung sifat-sifat cabul, yakni sifat-sifat keji dan kotor, tidak senonoh atau melanggar kesopanan dan/atau kesusilaan.

Erotika adalah hal-hal atau perbuatan yang sifatnya berkenaan dengan nafsu seksual atau kebirahian dan/atau dengan sensasi seks yang melanggar kesopanan dan/atau kesusilaan.

Yang dimaksud dengan bagian tubuh tertentu yang sensual antara lain adalah alat kelamin, paha, pinggul, pantat, pusar, dan payudara perempuan, baik terlihat sebagian maupun seluruhnya.

Yang dimaksud menari erotis adalah melakukan gerakan-gerakan tubuh secara berirama dan mengikuti prinsip-prinsip seni tari sedemikian rupa sehingga gerakan-gerakan tersebut dapat dikategorikan sebagai suatu karya seni koreografi. Sedangkan yang dirnaksud bergoyang erotis adalah melakukan gerakan-gerakan tubuh secara berirama, tidak mengikuti prinsip-prinsip seni tari,dan lebih menonjolkan sifat seksual sedemikian rupa sehingga gerakan-gerakan tersebut dapat diduga bertujuan merangsang nafsu birahi.

Rasanya tidak perlu diungkapkan siapa dan apa yang benar atau lebih benar, kerna kebenaran dan kesilapan terlihat dikedua-dua belah pihak. Apa yang lebih menarik ialah bagaimana manusia memberi reaksi mereka terhadap sesuatu pendapat, melindungi dan mempertahankan apa yang mereka percaya. Dan bagaimana pula mereka mahu orang lain mempercayai, memahami dan mengikuti apa yang mereka rasakan benar. Mari kita lihat asas dan tujuan usul RUU ini.

Bagian Kedua: Asas dan Tujuan
Pasal 2
Pelarangan terhadap pembuatan, penyebarluasan, dan penggunaan pornografi serta perbuatan dan penyelenggaraan pornoaksi berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan memperhatikan nilai-nilai budaya, susila, dan moral, keadilan, perundungan hukum, dan kepastian hukum.
Pasal 3
Anti pornografi dan pornoaksi bertujuan ;
a. Menegakkan dan menjunjung tinggi harkat dan martabat manusia yang beriman dan bertakwa dalam rangka membentuk masyarakat yang berkepribadian luhur kepadaTuhan Yang Maha Esa. ,
b. Memberikan perlindungan, pembinaan, dan pendidikan moral dan akhlak masyarakat

Pihak yang menentang dapat melihat keperluan undang-undang ini dalam membanteras maksiat tapi mereka merasakan terdapat kelemahan dalam usul yang memboleh suatu pihak memanipulasi undang-undang tersebut dengan menyekat lebih banyak. Apalagi mereka merasakan bahawa undang-undang ini terlalu bias dengan wanita. Bagi mereka bakal ada manipulasi yang akan menyekat kreativiti. Wanita diatur cara berpakaian, apalagi dengan budaya berpakaian di Jakarta yang dikaitkan dengan ekspresi jatidiri. Begitu juga dengan sikap keterbukaan dalam media, walaupun asasnya adalah keuntungan material. Mereka yang memprotes kebanyakannya adalah para seniman dan artis, yang secara realitinya bergelumang dengan dunia glamour. Para penulis, pelakon, penyanyi dan penghibur yang mengklasifikasikan diri mereka 'hanya mencari rezeki yang halal'.

Dipihak yang menyokong juga melihat keperluan yang sama dalam membanteras maksiat, dan mereka tidak mahu dihalang lagi, mahu RUU ini diperakukan secepatnya dengan harapan agar RUU ini boleh menjadi ubat terhadap segala penyakit sosial yang tidak sanggup lagi mereka hadapi. Ini boleh menjadi tiket buat mereka untuk mempunyai lebih kuasa dalam melaksanakan pemberantasan secara besar-besaran.

Realiti hidup di Indonesia, terutama di Jakarta, kegiatan maksiat adalah satu jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Kegiatan maksiat adalah satu cara mudah menyelesaikan masalah kewangan bagi banyak individu, baik perempuan mahupun lelaki. Pelacuran dan kegiatan yang mendokongnya merupakan profesi terbesar. Walaupun tidak terlalu menjanjikan kemewahan yang sering mereka impikan tapi merupakan satu jalan keluar yang mudah dan murah bagi mereka yang kesempitan hidup dalam kota yang segalanya berasaskan duit. Kota yang menganggap menjual diri untuk menghidupkan keluarga lebih baik daripada membiarkan anak-anak kecil mati kelaparan. Kota dimana belas kasihan tidak diperolehi dengan percuma.

Hampir setiap penduduk Jakarta terlibat dalam industri maksiat. Rating tv dan radio tidak akan naik tanpa erotisme. Majalah dan suratkhabar yang mempunyai percikan berita dan foto panas merupakan yang paling laku dipasaran. Iklan yang tiada unsur wanita atau lelaki seksi hampir tidak dipedulikan. Anak-anak muda akan dianggap kampungan dan tidak 'gaul' jika tidak berpakaian ketat dan seksi. Budaya ini mengambil masa yang lama untuk bertakhta dalam pemikiran masyarakat, hingga sudah dianggap normal dan tidak memalukan lagi untuk membicarakan persoalan seks dengan cara yang tidak wajar. Malah memperkatakan sesuatu yang dianggap taboo dalam masyarakat sudah dianggap sebagai bersikap terbuka dan matang.

Bukan keruntuhan moral yang menjadi isunya, tetapi yang lebih diherankan ialah rasional cubaan mengubah budaya ini dalam sekelip mata. Apalagi mengharapkan RUU APP sebagai ubat segera terhadap barah masyarakat. Undang-undang sahaja tidak akan mampu mengubah semua ini. Selain dari perancangan tentang pelaksanaan undang-undang, program-program dokongan untuk membantu mengarahkan dan menghidupkan budaya yang sewajarnya juga perlu diperkenalkan jauh-jauh hari sebelum pengusulan undang-undang.

Perubahan drastik akan hanya menakutkan, walaupun perubahan itu direkacipta untuk kebaikan umum. Manusia perlu masa untuk berubah. Manusia bukan sekadar perlu larangan tapi juga perlu dipimpin. Adakah kita sudah memasuki era perang sehingga semuanya harus diruntuhkan dan dibangunkan dalam hari yang sama? Adakah kita sudah putus asa terhadap semua yang kita lakukan? Jika begitu, andai saja kita seorang nabi, sudah tentu kita sekarang ini sedang mendoakan agar Tuhan menurunkan bala pada umat kita. Begitukah sikap kita?
Read On 0 ulasan

Murah bukan murahan..

apa erti budget airlines? adakah kerna tiketnya murah maka servisnya juga jauh dari kualiti? kalau servis jauh dari kualiti maka pelanggan juga harus dilayan murahan?

beza antara teksi dan bas.. teksi lebih mahal tapi lebih selesa kerna privacy dan efficiency.. maksud tak berebut dan berhimpit, dan sampai langsung ke tujuan bukan diterminal atau perhentian yang disediakan..

apa beza air asia dan mas? air asia murah hampir separuh dari harga mas.. lebih murah kalau pembelian dilakukan lebih awal, seawal 2-3 minggu sebelum penerbangan.. walaupun dengan pembelian pada hari terbang, cuba bezakan harga penerbangan JKT-KUL: air asia Rph 1,5jt dan mas USD240 (Rph 2,1jt). ini yang buat orang terliur dan seakan merasa bodoh jika mereka tidak memilih untuk terbang bersama air asia.

konsep free-sitting buat org berebut2 untuk duduk di kerusi hadapan (mungkin kerna tak mahu duduk lama2 dalam kapal terbang air asia).. makanan / minuman disediakan harus dibeli dan tidak dibenarkan membawa makanan / minuman sendiri.. kalau takder duit atau terlupa nak bawa duit, telan saja air liur.. kad kredit tidak boleh digunakan..

maaf kalau selalu delay.. kapalterbang yang digunakan mempunyai jadual yang padat, kalau berlaku sesuatu disalah satu penerbangannya maka maklum semua penerbangan selepas itu akan delay.. maaf juga no refund.. kalau tak dapat terbang hari tersebut, anda boleh tukar kepada nama orang lain, tetapi tidak untuk menukar jadual atau meminta refund.. kecuali penerbangan tersebut mempunyai masalah dan terpaksa dibatalkan oleh air asia sendiri.

seingat aku hanya pernah dengar citer refund nih masa member aku terbang dari KUL-JKT, tapi sampai kat area Singapura, pilot bagi announce ada masalah teknikal dgn kapalterbang dan terpaksa patah balik ke KLIA, enjin satu mati atau apa aku tak ingat, masa dah sampai KLIA air asia bagi pilihan untuk teruskan penerbangan selepas kapalterbang dibaiki atau mintak refund. secara peribadi aku rasa air asia bagi refund pun pasal tak tahan orang komplen masa tuh kata takut nak terbang.

aku selalu kesian tengok keadaan pramugari air asia.. comel dan anggun masa penerbangan awal tapi bila dah penerbangan petang atau malam, berserabut dan kdg2 moody.. aku maklum penat.. dah laa buat kerja rutin.. tapi aku terdengar citer juga dari mereka bahawa banyak pramugari mas nak mintak masuk air asia.. almaklum citernya mas rugi banyak, air asia pulak saham tgh naik..

citer psal pramugari/a, paling aku tak suka tgok ialah diorg nih suka pandang rendah pada pelanggan mereka, terutama bila sekarang nih yang naik kapalterbang tak macam dulu, attitude penumpang pun berbeza, lain sangatlaa mentaliti kelas menengah yang pergi bercuti atau berniaga, dengan mentaliti pembantu rumah dan kelas menengah rendah yang baru nak menikmati apa yg dulu hanya suatu mimpi. secara tidak mereka sedari, pramugari/a ini juga menurunkan 'kelas' mereka dengan tanggapan untuk menjaga 'kelas' mereka yang hakikatnya melayani pelanggan yg kononnya mempunyai 'kelas' lebih rendah dari mereka.

begitu pula kisahnya dikaunter check-in dan boarding.. bukan semua tetapi kebanyakannya membuatkan kita merasa lebih teruk dari berurusan dengan kaunter bas ekspress. kita pelanggan mereka, kita beli tiket, tak kira tiket tuh murah atau tidak, kita beli tiket yang mewujudkan pekerjaan buat mereka. bekerja di khidmat pelanggan bererti kita memberi servis, ada etika dan kita membawa nama syarikat.

aku ada beberapa insiden yang menyentuh hati, kadang2 buat aku terpikir adakah berbaloi tiket murah dengan segala sakit hati dan ketidakselesaan yang terpaksa ditahan. adakah kita mulai menjadi hamba duit? kerna mahu barangan murah kita susahkan diri kita lebih dari yang sepatutnya, kita biar orang ambil kesempatan pada diri kita. kita memperbodohkan diri kita dan kita biarkan orang tekan kita.. hanya untuk mendapat diskaun dan bayar murah?

walaupun ada yang menganggap mereka ini dari kelas bawahan, tapi mereka adalah pelanggan. budget airlines mmg akan berurusan dengan kelas bawahan. harusnya para pekerja juga bersedia untuk melayani kelas bawahan sebelum menyertai syarikat. kalau tak boleh layan kelas bawahan dengan baik, aku nasihatkan berhentilah dan bergabung dengan syarikat penerbangan yang melayani kelas bawahan. sebab ada yang sakit hati berkata, "kalau kita kelas bawahan, diorg yg layan kita lagi laa takder kelas, so jangan sombong tak tentu hala."

bak kata Deddy Mizwar dalam iklan motor di tv Indonesia,
"murah boleh, asal jangan murahan.."
Read On 0 ulasan

Prepaid's loopholes

normally i don't keep a fraud's tip and trick, but i really like this one.. =D

Top up tahan lama

org kata pkai line lg save dr prepaid.. tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni.. top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

mgkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account, coz dia keje kt bhgn System Development Telecom. kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg.

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan diselenggara, so ada loopholes.

kene try & error:
1)beli topup RM 10...gesek & ready.
2)korg type <**REC 10 > , then send to 09901
3)tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4)pastu korg type <**REC 10><123456> msukkan 6 digit td, send 09902
5)pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya; <01234567891023> send to 09903
6)tak lama pastu diorg akn reply;
"tengkorak kau berjambul.. ingat ni company opah kau yg punya? msuk toiletpun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku.. kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari diatas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

dahla,penat plak menipu nih.. pi sambung buat keje.. slm maju jaya..
Read On 0 ulasan

Are we original?

another classic joke send by my fren =D laugh at will, with your own laugh

Little Indian Boy

This is a great story about a smart little Indian boy on his first day at school in the USA. It was the first day of school and a new student named Chandrashekhar Subrahmanyam entered the fourth grade.

The teacher said, "Let's begin by reviewing some American History. Who said "Give me liberty, or give me Death"? She saw a sea of blank faces, except for Chandrashekhar, who had his hand up: "Patrick Henry,1775" he said. "Very good! Who said "Government of the People, by the People, for the People, shall not perish from the Earth?" Again, no response except from Chandrashekhar. "Abraham Lincoln, 1863" said Chandrashekhar. The teacher snapped at the class, "Class, you should be ashamed. Chandrashekhar, who is new to our country, knows more about its history than you do."

She heard a loud whisper: "Fuck the Indians,". "Who said that?" she demanded. Chandrashekhar put his hand up. "General Custer, 1862." At that point, a student in the back said, "I'm gonna puke." The teacher glares around and asks "All right! Now, who said that?" Again, Chandrashekhar says, "George Bush to the Japanese Prime Minister, 1991."

Now furious, another student yells, "Oh yeah? Suck this!" Chandrashekhar jumps out of his chair waving his hand and shouts to the teacher, "Bill Clinton, to Monica Lewinsky, 1997!"

Now with almost a mob hysteria someone said "You little shit. If you say anything else, I'll kill you." Chandrashekhar frantically yells at the top of his voice, "Gary Condit to Chandra Levy, 2001."

The teacher fainted. And as the class gathered around the teacher on the floor, someone said, "Oh shit, we're fucked!"

And Chandrashekhar said quietly, "George Bush, Iraq, 2005."
Read On 0 ulasan

who is in charge?

One of my fren send me again this classic joke.. very inspiring =D read on..

LESSON TO LEARN
The organs of the body were having a meeting, trying to decide who was in charge. Each organ took a turn to speak up:

Brain..... I should be in charge because I run all body functions.
Blood..... I should be in charge because I circulate oxygen for the brain.
Stomach... I should be in charge because I process food to the brain.
Legs...... I should be in charge because I take the brain where it wants to go.
Eyes...... I should be in charge because I let the brain see where it's going.
Asshole... I should be in charge because I get rid of your waste.

All the other parts laughed so hard and this made the asshole very mad. To prove his point, the asshole immediately slammed tightly closed and stayed that way for 6 days, refusing to rid the body of any waste whatsoever.

Day 1 - Brain got a terrible headache and cried out for relief
Day 2 - Stomach got bloated and began to ache terribly
Day 3 - Legs got cramps and became unstable
Day 4 - Eyes became watery and vision became blurred
Day 5 - Blood became toxic and poisoned the body
Day 6 -The other organs agreed to let the asshole be in charge.

*MORAL OF THE STORY*:
NO MATTER WHO YOU ARE, OR HOW IMPORTANT YOU THINK YOU ARE,
YOU WILL FIND THAT IT IS ALWAYS THE ASSHOLE THAT IS IN CHARGE
.
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008