Ringgit : Ringgit makin rendah berbanding Pound sterling
tenuk_jenab
1. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 6:56:17 ptg
Hari ni je, 1 pound dah sama dengan RM7.38. Yang keje UK syok la... yang study macam aku nih dok risau... kalau makin naik alamat kener panggil balik. Ni dah macam waktu gawat..... Cet det pon sughoh beralih ke euro, yen atau belik mas...aiyakkkkk...
eyzlyn
6. Dihantar pada 08hb Disember 2004, 03:09:39 pagi
nasib baik aku duk kat canada.. tak terasa sangat..
luarpagar
18. Dihantar pada 08hb Disember 2004, 8:06:56 mlm
Sekarang ni pasaran saham meningkat sebab ingat nilai tambatan akan dikaji semula dan menjangkakan nilai ringgit akan meningkat berbanding dollar jika diapung secara bebas berdasarkan kekukuhan ekonomi Malaysia. Harga minyak meningkat sebab di sandarkan pada dollar jika dilihat nilai dollar menurun tetapi nilai minyak perubahannya tidak ketara jika disandarkan pada nilai eoro hasilnya rakyat Malaysia yg terasa sebab harga minyak naik disebabkan kelemahan dollar. Pada kerajaan kesannya agak minimum sebab kita pengeluar minyak manakala daya saing barangan Malaysia lebih menarik sebab murah berbanding dengan nilai yen pound dan euro. Ada pro dan kon tapi yang ketara nilai upah di Malaysia masih tak berubah sedangkan harga barangan meningkat.
* Mesej ini telah disunting oleh luarpagar pada 08hb Disember 2004, 8:18:14 mlm
kittun
19. Dihantar pada 08hb Disember 2004, 11:48:43 mlm
alahai..kesian kami yg blajo kat uk.patotle jpa takmasuk2 duit.agaknya tunggu pound ok kot.Hmm.
--------------
sabar itu indah..
eternal_beau
20. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 01:28:07 pagi
aper masalahnya .. pakai la duit gaji bulanan kerajaan bagi tu simpan nak buat per .. dok sini pun dah dapat biasiswa.. aku tak der masalah pun skit2 tu biasa la !!
--------------
=:Jika Takut Pada Kebenaran Jangan Bicara Pasal Perjuangan:=
eyzlyn
21. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 03:34:23 pagi
EB, duit gaji bulanan tu nak simpan buat beli keter.. buat balik malaysia...
--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....
boboiz
22. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 04:05:39 pagi
fushh... nak beli kereta apa tu jangan la crite nak bawak balik keta kat sini, kesian bebudak, nak bayor sewa rumah pun tak tentu lepas lagi...
Aku pikir nak beli rumah kat sini arr.. pastu buat rumah kat msia pulak. Keta2 ni belakang kira, beli yg tercanggih bila sat2 aku nak balik nanti, 10 tahun lagi ke gitu..
eyzlyn
23. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 04:33:47 pagi
boboiz... alang-alang kat sana, sblom balik malaysia, beli le keter... maksudku duit gaji yg kat malaysia tu simpan.. bukan duit biasiswa... kalau buat phd gaji 3 tahun tu lebih dari cukup nak bawak balik mercedes...cadangan jer...
nuralisya
24. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 09:41:42 pagi
BOBOIZ
beli umah? emm... bagus gak tu.. income nyewa pun sedap masyuk.
gue ingat nak tengok umah lama gue kat birmingham.. 1-2 taun lagi. tapi pound punya pasal... kena pikir balik lerr...
cemana nak hanimun cenggini...
teringat masa dulu gue kat sana.. nak shopping semuanya berkira... makan nasi, makan roti, makan fish & chips jer laa....
dizzy
25. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 6:14:41 ptg
Teringat masa study kat US dulu...masa kejatuhan RM. Masa tu dlm simpanan ada USD5000....manage utk antar balik M'seia at RM4.7/USD.
Wirekan terus dlm akaun kat M'sia..
Sapa yg ada duit tu, monitor la sterling and USD.
Byk boleh dapat.
--------------
MIND ur MONEY!!
usoPkuChai
26. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 9:18:43 mlm
simpati? aku rasa tak perlu sebab byk dah aku tgok yg balik belajar oversea nih tak sedar diri.. dahlaa pakai duit rakyat pastuh bukan pandai sangat belajar pun.. bila dah keja nak bayar balik pun liat.. yg belum abih tuh mmglaa dok kesian2.. tapi bila dah balik byk yg tak sedor diri.. tuh belum campur yg balik menyusahkan masyarakat.. emm... marah ker bila aku cakap camnih?
boboiz
27. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 00:11:05 pagi
Usop
Aku simpati kat depa ni sebab depa nak belajaq. Hang pi kutuk2 lagi nih apsal? Toksah la tengok kat depa yang jadik lanun ka, kaki tonggang ka, lupa diri tu melayu ka, sebab bagi aku tak de la ramaipun spesis sebegini. Kebanyakannya baik, sopan dan memang bekerja keras demi untuk bangsa, agama dan negara.
Aku orang lama kat sini Usop, dah 10 tahun dah aku tak duduk kat malaysia. Aku harap ko tak de la simpan perasaan dengki ke hapa ke kat bebudak ni. Kalau tak abislah bangsa melayu kita nih, takyah le sesusah gi belajar jejauh. Cukupla IPTA/IPTS kat malaysia nun..
* Mesej ini telah disunting oleh boboiz pada 10hb Disember 2004, 00:24:17 pagi
eyzlyn
28. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 01:01:33 pagi
quote:simpati? aku rasa tak perlu sebab byk dah aku tgok yg balik belajar oversea nih tak sedar diri.. dahlaa pakai duit rakyat pastuh bukan pandai sangat belajar pun.. bila dah keja nak bayar balik pun liat.. yg belum abih tuh mmglaa dok kesian2.. tapi bila dah balik byk yg tak sedor diri.. tuh belum campur yg balik menyusahkan masyarakat.. emm... marah ker bila aku cakap camnih?
kenyataan emosional berbaur tak puas hati dari mulut usop....
Usop, bebebudak undergrad mungkin tak rasa sangat kenaikan duit ni, tapi yg post grad, especially yg pergi dgn family macam aku ni.
aku citer skit la ek nak kasi ko paham situasi ni.. ini kat canada la...
biasiswa $1000. rumah+utilities 750. balance 250 utk makan. ko ingat cukup ker?
so, tariklah gaji kat malysia. gaji kat malaysia ader 2700. tolak pinjaman, tinggallah 1200. convert ke sini, dapatlah 400. habis tu, takkanlah kita org ni tak menyimpan langsung????? kalau kat UK tu, aku tak tahulah.. kalau convert mungkin dapat dalam 2 ratus pound jer kot?
xoguy
29. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 01:41:07 pagi

memang betul pun pak usop.... biasala tuh, tapi kalo diowang bayar ok laa, tak kisah laa diowang nih camner, asalkan jadi makhluk berguna dah laaa....
tp saya tak tergolong dlm golongan nih, saya sponsorship, pas ni kena kontrak 10 tahun ngan kompeni saya.... bukan kerajaan, jpa, atau mara atau pinjaman aaahhh.... saya tak guna duit rakyat, saya guna duit kompeni saya nak joli2 nih.....
--------------
JANGAN EMOSIONAL... BAHAYA KESIHATAN TAU...
kittun
30. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 04:13:25 pagi
hehe..bila wat comparison gitu kan..even yang study malaysia pon, loan liat nak bayo..
cuma dari pemerhatian kittun, ada yang study overseas, then kerja sini.walaupun attach dgn kerajaan (biasiswa), tapi depa bayarla..biasanya yang tak baya ni dia org trace. sama aje konsepnya untuk students kat malaysia.
memang betui kata kak ezlyn..biasiswa yang dpt ckp2 makan la.yg ada family, memang tak cukup.sebab tu ada yang wat part-time.tp kittun setakat ni..alhamdulillah, ok lagi.tak usik duit kat malaysia.berjimat cermat.beli brg2 pon second hand..carboottt mari..hehe.
tenuk_jenab
31. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 06:53:03 pagi
Waaaa... meriah betoi la topik yang aku bukak nih.
Yang aku mengeluh dalam posting pertama aku tu bukan pasai tak cukup duit. Duit biasiswa tu cukup-cukupla....tambanh dengan gaji keje cuci jamban... lepas dapat anak ni bertambah belanja. Tapi masih cukup....ngam-ngam ho....org kater.
Posti ng pertama aku tuh mengisahkan kerisauan aku dan jugak pelajar-pelajar phd yang secara teorinya diberi biasiswa selama 3 tahun. Tapi, sebab penilaian phd ni secara subjektif (viva)...banyaklah prosesnyer disamping faktor-faktor lain (macam dapat anak peratama......diperantauan macam aku nih....sendiri jaga... mana ada mak bapak datang)...jadik mungkinlah kebarangkalian nak tambah tempoh pengajian dari 3 bulan ke 6 bulan tu meningkat...(termasuklah aku). Selalunya JPA kasik... tapi bila duit dah melambung tinggi nih...risau ler... tu sajalah...
Cuma ada posting (malas la aku nak sebut...taraf pengendali orang tuh...) yang aku rasa tak patut la... atau mungkin patut kalau si penghantar tu dikategorikan budak tadika atau kanak-kanak terencat akal. Tu jer la.. marah ke aku cakap macam nih?...(macam pernah dengar ajer).
* Mesej ini telah disunting oleh tenuk_jenab pada 10hb Disember 2004, 06:54:47 pagi
--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP
Melayu04
32. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 09:54:00 pagi
kalau ikut kajian la..................belajar kat uk ni susah sikit drp belaja kat us.......tapi tak tau la kat canada.............tp kesimpulannya lebih senang belaja kat luar ng dr belaja kat dlm ng.................ijazah pun boleh beli.............apa susah.................
studen aku skg ada kat jepun............enjoy jer....................
tapi yg kat uk sakit sikit.................
tapi lebih kesian batch pertama MD tajaan mara kat russia..............
so apa pun.......merantaulah...........dan jgn lupa bawa benda bawak balik........jgn balik tangan kosong....................habiskan duit rakyat yg taja korang.................
kepada 130 studen aku tahun 2001 yg dah fly bulan 9 hari tu........nasihat aku kat sana jgn lupa semayang...........tak tahu mcm mana nak semayang jumaat kat tempat org..............balik belajar!!!!!!!!kat jepun dengar kata payah nak buat semayang jumaat...............so belajar mcm mana nak buat!!!!!!!!!!
--------------
Hidup mesti mau.............melayu hari2 mau.......
eyzlyn
33. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 10:24:17 pagi
buat phd kat canada kena amik course dulu, 3 semester tu.. lepas tu ader qualify exam.. itu yg membezakan dgn UK .. lulus qualify exam n exam baru boleh buat.. pasai tu tak ramai nak buat PHD kat sini.... extend buat pHD tu biasalah tenuk.... ko buat course aper ek? hubby aku buat chemical engineering.. baru first sem.. next week ader final exam....
* Mesej ini telah disunting oleh eyzlyn pada 10hb Disember 2004, 10:25:00 pagi
kittun
34. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 8:57:03 mlm
kak ezlyn,
saya dulu pernah belajo kat canada..first degree la..kat haliax, nova scotia.akak kat mana?? dah pi ayer terjun niaga falls?hehe..
masa nak wat postgrad ni, ada juga jenguk2 peluang ke canada..since ipta kittun ni, banned UK.bukan sbb apa..tinggi sangat kadar pertukaran. kecuali, kalau dpt offer dr uni2 yang bagus coursenya.taraf 5*.tapi skrg ni dengo cite, mana2 staff yang mintak UK..automatically rejected..dan dinasihatkan supaya mohon uni kat ostolia, canada, us..euro dll.sebabnya kadar pertukaran mata wang.
ritu saya baca kat website..univ2 canada ni, phd nyer 5 tahun..master lak 3 tahun.mana larat lama2. betui ke kak ezlyn? hubby saya skrg ni ada juga nak samung phd kat mcgill..tp tu la..lama sangatla..saya pon plan nak samung phd sini, sebab bila tgk kemudahan dan kepakaran yg ada, rasa nak rebut peluang.tp..kalau nak dpt sponsor dr JPA dan uni ni..lebih2 lagi zaman gawat payahla..so terpaksala balik lepas wat master ni.
eternal_beau
35. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 9:22:23 mlm
quote:aper masalahnya .. pakai la duit gaji bulanan kerajaan bagi tu simpan nak buat per .. dok sini pun dah dapat biasiswa.. aku tak der masalah pun skit2 tu biasa la !!
ni posting aku yg. pertama..saja nak tengok reaksi nkorang ... dah agak ada yg. akan mengeluarkan pandangan yg. tak teragak2 tu...
orang yg. tak merasa takan tau caman susah senang kami kat sini.. lagi kalu ada anak tiga pat.. umah pun kena cari yg. tiga pat bilik .. kat sini low sumer kena ikut.. paling bongek pun lima ratus pound.. sumer bijak pandai cuba tukar pitih mesia .. kalau pitih tu sewa umah kat mesia ..maunnya dapat gah merasa baglow ... tapi kami dok sini ..budak2 nak melompat dalam umah pun susah ada pulak orang jolok lantai...
kalau dah sewa umah lima ratus.. brapa sen la lebih nya duit biasiswa tu ... tak import tak caya la.. nak beli keter kat sini bawa balik .. tak tau la kalau idup kat bandar ni ..takat harapkan duit cuci jamban rasanya mustahil..
eyzlyn
36. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 02:40:12 pagi
kittun, hubby akak kat waterloo, ontario. buat PHD kat sini bisanya 4 tahun... tetapi kalau supervisor tak pueh hati, nak tambah skop ker.. aper ker.. tu yg jadi 5 tahun tu...
tenuk,
hehhehehe.... aku angan-angan je nak beli keter tu.. dapat beli beetles pun jadik aaaa...duit biasiswa memang la tak cukup.. kalau 3 tahun lepas tu cukuplah kot. rumah setiap tahun naik rega. apartment satu bilik pun dah 680 dollar. paling murah la tu. bukan fully furnished pun.
kittun, akak slalu beli barang kat liquidation... dapat la baju panas rega 2 dollar.. 50 sen pun ader.. cian ek.... .. takperlah.. susah-susah dulu.. senang-senang kemudian.... anak blom ader lagi.... tenuk, ko bila nak abis ek? aku paham situasi ko... tambahan lak kalau kena duk dekat dgn london.. member dulu ramai sewa bilik jer pasai mahal sangat..
syauqina
37. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 08:13:45 pagi
cerita bab duit nie memang tak abis ye lyn ...
--------------
sAbAr TeMpUhI rAnJaU hIdUp InI
eyzlyn
38. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 11:13:01 pagi
kak qina, lepas ni kita bukak topik cara berbelanja dan berjimat di oversea pulak...
kittun,tak mau sambung PHD kat sini ker? boleh kita berjiran...
* Mesej ini telah disunting oleh eyzlyn pada 11hb Disember 2004, 2:41:04 ptg
abede
39. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 2:39:20 ptg
huaaaaaaaa.....
bila la syer-syer US kat NASDAQ nak naik huaaaaa...............duit aku dok terbenam dah lama dahhhhhh... huaaaaa.............. dah dekat 10 taun dahhhh aku tunggu...
--------------
Jangan jadi JEBON arrr..
eyzlyn
40. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 2:48:29 ptg
itulah abede... baik ko simpan dalam syer bank rakyat.... ataupun kasi kat lin ni...
abede
41. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 3:05:15 ptg
kasi kat ko wat per..ko dah kaye....sok ni laki ko keje gaji PHD lagi tak abis makan...aku ni lain la...taraf sokolah pondok kubang ulu saja ..
eyzlyn
42. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 3:10:22 ptg
Amin..... ( kataku sambil menadah tangan)......
boboiz
43. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 8:33:50 mlm
Gaji PhD tak habis makan ke, tak tau le pulak aku. Kalau setakat nak masuk mengajar kat uni, tahap ok aje, takde la kaya raya. Lain la kalau nak masuk korporat ke.
Apa2pun selamat berjaya buat hubby lyn..
eternal_beau
44. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 8:48:54 mlm
besar piuk besar la keraknya .. tak tau la la ni piuk letrik .. nasi dah tak berkerak lagi !!
usoPkuChai
45. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 00:13:50 pagi
boboiz & eyzlyn..
sowi yer kalo marah.. aku paham apa yg ko sebut.. aku tak penah rasa dengki, tak puas hati atau emosi.. aku tak simpati psal aku nak cabar diorg.. ada masalah sket dah lemah semangat.. mendodoi2kan kesusahan.. walhal sepatutnya diorg yg expose nih lebih kreatif utk menyelesaikan masalah.. bukan asik kasihankan diri sendiri.. sama juga dgn bebudak yg kat local uni.. lemah semangat.. bukankah mereka ini yg kita nak pertaruhkan utk memimpin negara?
btw bila kita berhijrah.. kita dah calculate risiko kita.. apa jadi kalau sesuatu berlaku diluar jangkaan kita.. itu penting utk survival org melayu.. kalo yg kita hantar gie oversea lemah dan manja macam tuh.. bila duit tak cukup meratap2.. apa lagi budak2 yg belajar kat local uni.. camna lak budak2 yg tak masuk uni.. lainlaa macam xoguy.. ada kompeni giler hantar dia gie holiday pastuh siap nak bagi kontrak 10 tahun.. (aku gurau tau)..
toksah defend macam kittun cakap tuh.. kita tau diri kita siapa.. itu dah penting.. sama juga dgn cara mempertahankan diri tenuk_jenab.. buat PHd tapi takleh selesaikan masalah basic? risaukan apa? kalo dah calculate tak cukup.. takkan nak tanya budak2 undergrad apa nak buat.. phd laa mat.. malu laa.. kesian jaga anak sorang2 laa.. mak bapak tak tengok laa.. keje cuci jamban laa.. so wat?
ada beribu org lagi yg tak tau malam nih nak makan apa.. bukan sebab nak pilih makanan tapi sebab takder makanan.. takder pulak org nak kesian.. kesian pun kesian air liur saja.. baik korang dengar cadangan eyzlyn.. bincangkan camna nak berbelanja dan berjimat di oversea.. itu lebih bermakna..
sorilaa yer.. baru budak tadika atau kanak2 terencat akal cabar, org2 phd dah gelabah.. emm... alahai.. jgn malukan akademis melayu.. korang berpelajaran tinggi.. pikir pun tinggi laa sket.. bukan setakat tinggi tapi tinggi2.. bila bagi mesej adalaa value sket.. bukan getah skrap saja..
terus terang beb.. aku cakap macam nih bukan psal aku pengendali tapi aku cakap apa yg aku rasa aku patut cakap.. kalo aku kena banned pun takper.. marah? its just not my style..
tenuk_jenab
46. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 07:12:02 pagi
Terpaksa aku delete mesej aku nih berkenaan tuan pengendali kita yang agak berapi.... MDC berwajah baru... aku pon nak nak ikut...banyak bersabar.......kepada yg dah terbaca...maaf dipinta...
* Mesej ini telah disunting oleh tenuk_jenab pada 14hb Disember 2004, 07:42:19 pagi
eyzlyn
47. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 07:53:17 pagi
tenuk , aku dah baca dgn hubby aku. macam nilah tenuk, kita abaikan jer la kater-kater dia tu... mey be he should try be in our shoes... cakap memang senang. apa-apa pun, i wish all da best to all of you in oversea. buktikan yg kita ni bukan seperti yg diperkatakan itu...
boboiz
48. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 08:02:06 pagi
Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya..
Talk is cheap, as they say. Orang nak kata apa, kutuk ke puji ke, takkan mendatangkan sedikitpun keuntungan mahupun kemudharatan kepada yang mendengar atau membaca. Maka yang seelok2nya, katakanlah yang baik2 sahaja
abede
49. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 08:08:26 pagi
ni apa crita nih... rilek la brader...biasa la, adat menuntut ilmu...
Aku, kalau aku crita kesusahan aku masa belajar dulu mesti hampa tak percaya...tapi syukur la tuhan bagi aku kekuatan untuk bersyukur..sebab tu aku rasa berkatnyaa...
meh aku nak crita sikit..bang usop..ni bukan nak mintak simpati tapi sebagai pemangkin pada mereka yang dok belajar sekarang nih...
Ni cerita benar nih..tak de bohong-bohong..
Aku start dari tingkatan 1(1987),
masa aku tingkatan 1 aku dah start cari duit sendiri untuk pi sekolah sebab mak-bapak tak mampu dan tak dapat nak bagi duit sekolah kat aku..mak bapak aku cuma mampu bagi duit sekolah kat kakak aku saja ...tak pa laa aku lelaki maka kerja pertama aku adalah menjual kuih jiran aku, aku bangun kul 5 pagi tiap-tiap pagi menjaja kuih sekeliling kampung sebelum pi sekolah...
Aku percaya korang mana ada buat kerja sendiri utk pi sekolah kan?
Tapi yang paling sedih masa aku nak masuk U...Aku masuk U guna duit simpanan sendiri jugak termasuklah utk pendaftaran dan juga utk hidup.. iaitu duit masa aku kerja sambilan masa pi sekolah dulu...
Segala kelengkapan nak masuk U aku buat sendiri...mak aku tak tau pun sebab mak aku ada kat mekah waktu tu...
Aku pi UTM dari penang ke Johor sendirian saja naik motor kapcai hurricane ...Terpaksa beb semangat nak belajar..bukan aku mau jadi macam tu.. sedih tok sah cakap la..semua orang datang ngan family tapi aku pi sendirian saja...
Kehidupan di UTM lagi sedih...semester pertama sebelum dapat pinjaman mara..aku cuma makan nasi sehari sekali itu pun nasi dengan kuah..modal cuma RM0.50 sen...ni tak bohong nie...aku terpaksa buat cam ni sebab duit aku dah nak habis masa buat pendaftaran masuk U, malu tosah cakap arrr sampai kekadang orang kat kantin tu bagi aku lauk(malu oo..)..Aku percaya korang mesti tak de pengalaman cam nie...sebab susah-susah korang pun bleh lagi makan sedap-sedap..bleh lagi makan pizza dan sebagainya....
Sehinggalah semester kedua baru la aku dapat pinjaman mara..ok la sikit...
Family aku(mak aku) cuma tahu aku masuk UTM selepas beberapa bulan aku masuk UTM. Bapak aku tak abil pot langsung..biasa la orang tua...
Masa konvo pun sedih gak...sejak dari mula masuk sampai la aku grad..sorang habuk family aku pun tak mampu nak jenguk aku kat UTM...mak-bapak aku tak mampu pon nak datang ke johor utk tengok aku grad..sedih oooo...
Tu sikit je tuh cerita aku...tak larat la plak nak tulis panjang panjang..Cuma satu pesan aku kat hampa..sentiasa la bersyukur...nescaya apa yang hampa buat mesti berkat.
* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 14hb Disember 2004, 08:12:11 pagi
tenuk_jenab
51. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 09:40:39 pagi
Kaetahuilah aku amat berbangga menjadi junior abede (pasai aku ex UTM gak). Dok sejuk-sejuk winter nih, terbaca abede nyer posting, ezlyn nyer...teruih semangat balik seperti summer, kuang kuang kuang....... kepada aku, rajinkanlah menyiapkan tesis phd aku yg tak bergerak-gerak nih....amin.
P/S: Dulu hang susah abede...sekang dah senang...aku pon nak jadik macam hang.
abede
52. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 10:43:05 pagi
quote:P/S: Dulu hang susah abede...sekang dah senang...aku pon nak jadik macam hang.
hampa nanti bukan takat jadi macam aku..tapi hampa bleh jadi lebih lagi laa...
Aku, alhamdulillah la..walaupun tak kaya tapi aku tergolong dlm orang yang senang...orang senang ni bukan semestinya kaya...aku tak kaya aku cuma senang saja sebab prinsip aku satu saja tak suka berhutang. Insyaallah sampai bilaa-bila pun mintak-mintak aku jadi senang la...tak kaya@duit banyak pun tak pa...janji tak dak utang..
p/s: tak kaya pun aku sebat nasik sama gak macam orang lain..alhamdulillah
* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 14hb Disember 2004, 10:44:27 pagi
usoPkuChai
53. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 1:24:32 tghari
eyzlyn & tenuk..
haha! jgnlaa sedih pulak.. aku tak kata kalo aku tak rasa.. aku cuma nak bagi semangat jer.. dulu aku sengsorg.. at least korang ada byk perangsang dlm MDC.. cuba baca lagi mesej abede.. dia bagi perangsang dan dorongan.. aku bagi cabaran.. cukup kan..
dlm hidup nih takleh macam org bercinta.. bila bergaduh dgn awek kita dok dengar lagu sedih.. tambah sedih laa.. cuba aku bakar korang.. mmg korang marah.. tapi marah itu menambahkan energi buat korang supaya jadi lebih kuat.. kita org melayu diperantauan takleh lemah.. dimana2 kita sebenarnya diakui sebagai yg terbaik cuma tak keluar newspaper sebab kita org melayu ada rendah diri dan tak suka berbangga dgn kelebihan yg kita ada..
mungkin minggu lepas korang masih sedih dan risau tapi hari ini korang marah dan akan berusaha utk mengatasi semua maslah tuh.. kita perlu marah utk boost performance kita.. dan kita juga oleh gunakan takut utk jadi lebih baik.. aku tau macammana rasa bila tak berduit di negara org..
bak kata abede.. korang bukan setakat boleh jadi lebih baik.. malah korang adalah antara melayu yg terbaik.. korang kena paham tuh.. so behave like the best.. bukan setakat boleh jadi.. korang dah terbaik dan pastikan sentiasa yg terbaik.. bangsa kita menunggu korg selesaikan 'penjelajahan' korang tuh.. insya-Allah.. jgn jadikan benda2 kecik tuh sebagai hambatan..
ada satu quote.. don't sweat over the small stuff.. everything is small stuff.. remember you're the best.. dun ever try.. just do it.. berentilaa bersedih dan risau.. ada byk benda lain yg korg perlu risaukan.. dan aku bukan setakat cakap senang jer..
saniy
54. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 2:17:37 ptg
aku ingatkan aku sorang jer pergi 'U' sorang diri...rupanya ada gak senasib ngan aku...tapi abede lagi banyak berdikari la...
masa aku tingkatan 1(1988)....aku tak der la jual kuih...
tapi mak aku yang jual kuih...tahun pertama di masa ketiadaan arwah ayah...sedih sikit masa tu...sampai aku pun orang nak bela takut tak habis belajar....
dari form 1 sampai matrik aku dapat biasiswa kecil persekutuan(skang ada lagi ke biasiswa tu ha?)....
masuk matrik pergi ler sorang diri kat kuala pilah tu...tapi itu aku tak sedih sangat sebab aku tumpang kawan..malu sikit tak per arhh..janji aku tak sesat....
tapi masuk 'U', beli tiket bas sendiri,naik sendiri....bila sampai kat 'U' tengok org lain ngan family kat pendaftaran..... aku dapat rasakan la apa yang abede rasakan tuh...
masa aku kat 'U' tahun 1, jalan kaki atau naik bas arh pergi kuliah......kakak abang aku dah mula kerja dah...
abang aku tak pakai motor arwah ayah aku dah...so aku ler bawak motor arwah ayah...motor kapcai honda C 70 yang lampu bulat tuh....
kekadang segan gak sebab motor aku tu selalu jer 'orang pandang'...vintage ooooo......tapi aku syukur la sebab ada yang tak der motor...
time konvo...mak aku datang la dibawa oleh abang-abang aku......adik beradik aku ramai 10 org....dan aku anak tengah...so sempat la abang kakak aku buat duit dulu sebelum aku grad...
p/s: tahun 1987 aku ingat dah berenti sekolah dah...orang tanya aku pun aku kata nanti aku masuk pondok jer la...aku tak nampak dah sekolah formal tuh....
--------------
z/OS
eyzlyn
55. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 2:30:38 ptg
aku pun junior abede gak.. junior yg sangat junior.... antara ko dgn tenuk ni mesti salah sorang batch hubby aku kot....
em, masa first year tu, aku jumpa ramai kenkawan yg datang daftar sorang-sorang. ader kawan aku tu nak jimat nyer pasal, asyik makan roti jer sampai sakit perut. Aku amat bersyukur sebab mak bapak aku bai duit sblom dapat pinjaman. itupun aku joli sakan...
tapi aku respect kat hubby aku la.... citer dia pun lebih kurang macam korang. pasai tu bila dia bacer thread ni, dia relax jer.. aku amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yg amat kuat utk hadapi semua ni. hubby aku selalu risaukan aku takut aku tak boleh nak survive kat sini. tapi Alhamdulillah, dah masuk bulan ke 4 kat sini, aku masih boleh teruskan hidup.
kalau kuar gi supermarket nak beli barang dapur, kami akan bawak 2 beg galas besar.. jalan 600 meter nak tunggu bas... sudah sudah shopping, mesti kami akan distributed barang-barang... hubby aku akan bawa yg berat macam guni beras ker, kentang ker, bawang ker... dia tak pernah pun mengeluh...
hubby... sayang sangat kat abg.. terima kasih kerana menjaga lin dgn baik... dan menyedarkan lin tentang hakikat hidup ini....
usoPkuChai
56. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 2:46:33 ptg
apa yg menarik tentang melayu diperantauan adalah menjaga budaya melayu terutama bab kain pelikat dgn baju melayu.. kebanyakan org melayu yg keluar dari tanah melayu sangat tinggi tahap survivalnya.. walaupun byk juga yg sesat tapi aku lihat generasi yg baru ini lebih kuat daya tahan dan daya saingnya..
aku suka dengar citer psal suami lyn.. individu melayu yg patut dicontohi.. terutama utk yg sedang belajar sebab bila dah keje macam kiotrg lain pulak caranya.. terutama bila ada yg elaun dan gaji masih dlm ringgit.. tapi itu semua adalah cabaran yg menjadikan kita lebih kreatif, bijak dan teruja utk membuat keputusan yg lebih berkesan..
utk jadi kuat kita kena behave macam org kuat.. jadikan habit.. berenti mengeluh dan risau.. sama cam nak kaya kena berfikir dan bertindak seperti org kaya.. emm.. aku rasa korg dah tau kan semua nih.. so takyahlaa panjang2..
tenuk_jenab
57. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 10:10:58 mlm
Macam ni la baru best Pak usop, sedap aku membaca. Apa pun, aku mintak maap yer pak usop sebab terkasar bahasa. Aku tarik balik. Manusia mana tak buat silap termasuk aku. Ampun dipinta.

Post a Comment