skip to main |
skip to sidebar
"Ya Rabbi! berkatilah aku dengan ilmu-Mu! "
kebelakangan nih aku nampak byk daerah kelabu antara makna keperluan dan keselesaan.. semakin ramai yg aku tanya juga memberikan jawapan yg kedengaran logik walau agak sedikit berlainan dari sisi persepsi asal..
keperluan asas manusia adalah makan, pakai dan tempat berlindung.. perkara yang dikatakan asas untuk hidup.. kemudian ada pula definisi yang mengatakan asas untuk hidup ialah wang, atas dasar tanpa wang tak boleh makan, pakaian dan rumah.. logik?
bila sebut psal makan, apa pula makan yg perlu dan makan yg selesa? aku teringat diriwayatkan dalam hadis, Nabi saw mengatakan 'makanlah sekadar utk menguatkan tulang belakang' dan 'makan dua kali sehari itu berlebihan'.. mataku melirik ke arah perutku, aku sudah melampaui kesederhanaan Nabi saw dan para sahabat ra..
teringat pula kisah Nabi saw yg hanya punya beberapa helai baju yg dipakai oleh beliau spanjang kehidupannya.. malu pula melihat ke dalam almari bajuku.. seorang temanku mengatakan bahawa zaman berubah.. dan jika kita tidak berbelanja, maka ekonomi tidak akan berkembang.. logik tapi aku tetap saja malu melihat beberapa helai baju yg hampir setahun tidak aku pakai dan masih pula berkenan mahu membeli beberapa helai lagi yg kulihat di toko batik semalam..
aku sentiasa teringin melihat keadaan sebenar rumah Nabi saw dan para sahabat.. rasanya rumahku yg sudah aku perbaiki beberapa tahun lalu jauh dari standard rumah baginda.. tetap saja aku merasa tidak selesa.. bukan salah rumah tapi salah dalam hati aku..
dalam segala selesa yang melebihi keperluan itu, ajaibnya aku merasa tidak mewah.. adakah aku mencari kesempurnaan atau sekadar memuaskan nafsu kemahuan? apalagi mengetahui bahawa harga sepatuku melebihi dari pendapatan beberapa bulan sang penarik beca semalam.. mampukah aku tersenyum gembira dan merasa puas seperti ketika dia menerima tip yang tidak lebih dari harga sepinggan nasi kebuli dan segelas es jeruk?
ternyata semakin banyak rezeki yg aku dapat dan kumpulkan, terasa semakin kosong dalam hati.. kepuasan melihat kegembiraan seorang pengemis mendapat sedekah senilai RM5 itu melampaui kepuasan saat aku membeli sebuah apartmen seharga ratusan ribu.. remuk hati kegagalan menyedarkan seorg pemuda utk mentadbir hidupnya dengan lebih baik ternyata lebih pedih dari kesedihan ketika kehilangan puluhan ribu dalam sebuah investasi..
menyendiri selama beberapa minggu membuatkan aku kembali meneliti diri.. sesungguhnya mencari jalan keluar dari sistem zaman ini sangat mencabar.. keterikatan dgn duniawi sangat kuat.. akar2 yang terpasak kuat dalam sistem hidup sangat sukar diputuskan, semakin hari semakin jauh menjalar masuk mencerobohi hati.. gementar digegar ancaman kehidupan meredam getar takut pada Tuhan..
antara perlu dan selesa, sudah tidak aku fahami bezanya.. dalam perjalanan ini kuharap tenang dipengakhiran.. ku kembalikan semua pada-Mu Tuhan.. hanya kepada Engkau ku serahkan diriku.. cukuplah Engkau yg mewakili segala keperluan dan keselesaan yg ku cari.. sungguh, fitnah akhir zaman sangat mengikat kuat..
Read On
arakian suatu hari ketika sedang duduk2 sembang minum kopi, diperkenalkan kepada aku seorang peramal nasib. dia tersenyum2 ketika beberapa org kawan menceritakan betapa tepatnya beberapa ramalan dia tentang mereka dan menganjurkan tanganku di tilik. aku hanya senyum dan menolak dengan halus. aku tidak perlu percaya tilikannya, hanya dengan membenarkan tapak tanganku diramal sudah membolehkan aku jatuh syirik. nauzubillah. tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.
aku bertanya kepadanya adakah dia benar2 mempunyai kuasa ajaib utk menilik masa depan. dia hanya senyum. setelah beberapa kawan2 pamit pulang, tinggallah kami bertiga, dan aku bertanya lagi kepadanya, adakah dia benar2 mempunyai kuasa ajaib kerna aku tidak percaya. dia cuba menjawab dengan hati2 dan akhirnya dia membuka rahsianya. dia tidak ada kuasa ajaib dan tidak pernah belajar ilmu ghaib. kuncinya adalah 'power of suggestion'.
katanya, yg penting adalah pre-talk. sebelum memulakan tilikan dia harus tau seberapa banyak yg dia boleh tentang orang tersebut dalam waktu yg singkat. karakter, hobi, bahasa tubuh, tabiat, cara hidup, percintaan serta latar belakang keluarga dan kawannya. terutama berkenaan dengan perkara apa yg mahu diramal. dalam waktu yg sama katanya, dia harus membangunkan rapport supaya org itu merasa nyaman dan percaya padanya. ini tidak susah kerna ketika org itu setuju, dia sudah percaya, walaupun dia kata tak percaya.
sambungnya lagi, dengan menggunakan semua pengetahuan mengenai org itu, dia boleh meramal apa sahaja. dengan kata lain, apa saja yang dia sebutkan akan jadi kenyataan. yang paling penting ialah memberi harapan. sebagaimana buruk pun ramalan yg dia beri, dia akan memberi jalan sebagai harapan.
contohnya, org yg kerja di pejabat tentu mahu naik pangkat atau naik gaji, seorg peniaga pasti mahu keuntungan atau projek baru, org yg gemuk berlebihan tentu akan sakit dalam beberapa tahun lagi, seorang gadis cantik pasti akan dilamar, kalau pasangan bercinta baca saja bahasa tubuhnya dan komunikasinya pasti jelas tau apa yg boleh terjadi. ini semua skil komunikasi. skil membaca diri org lain.
aku bertanya, bagaimana kalau ramalannya salah? dia ketawa. dia kata dia pun tak tahu ramalan dia betul atau salah. yg penting ialah org itu percaya. bila seseorang itu percaya, apalagi ketika dia meramal dia akan memasukkan sugesti2 dengan kata2 yg tepat diwaktu yg tepat, semua sugesti dia itu akan langsung terakam dalam fikiran org itu. setelah itu sama ada dia sedar atau tidak, perkara itu akan dilakukannya.
aku bersandar. "damn! that is waking hypnosis!". dia ketawa lagi membenarkan kata2ku. gerakan2 jari di atas tapak tangan org yg diramal adalah semacam anchor, begitu juga dengan beberapa kata2 sugesti yg diberikannya. sekuat mana dia menanamkan sugesti ke bawah sedar org yg diramal, sepasti itulah yang akan berlaku.
yang lucunya, tukang tilik ini hanya perlu satu ramalan yang mengena. kerna itu dia akan mengatakan beberapa ramalan, bukan cuma satu. yang menariknya, oleh kerna percayanya org kepada ramalan, dia tidak akan dihukum jika beberapa ramalan tidak mengena, prestasinya bergantung pada statistik. sepertimana si sotong paul yg punya prestasi 80%, dia juga mempunyai statistik 80%. sedikit salah tidak akan menyebabkan org tidak mahu mempercayainya. dia faham tabiat manusia.
aku membayangkan, ketika org datang menemuinya dia dah menang 80%.. ketika org fokus mendengar dan melihat dia menilik betapa org itu sudah berada dalam trance dan minda bawah sedarnya sudah terbuka.. dia hanya melakukan sedikit sahaja.. memasukkan sugesti yg dimahukannya dan memprogram bawah sedar org tersebut.. seterusnya akan berlaku secara alami..
terfikir betapa masa depan itu tak perlu diramal, kerna kita mempunyai kekuatan untuk membinanya.. hanya saja jika kita lebih percaya pada diri kita sendiri untuk me'nilik' masa depan kita sendiri.. bak kata anak aku, "mintak jer kat Tuhan, kalau kita buat baik, Tuhan mesti bagi.." subhanallah..
Read On
About me |
Author Contact |
Powered By Blogspot | © Copyright 2008