menghitung tasbih


kmc: wirid

[quote="Ambo"]
ada ramai org buat amalan berwirid dgn jumlah tertentu setiap hari cth 500 kali, 1 ribu....dsbnya. soalanya ialah, adakah kalau kita banyak berwirid dgn jumlah tertentu itu, maka kita akan makin dekat dgn Allah? Bagaimana pula kalau kita cuma berwirid tampa jumlah yg tertentu tetapi dgn penuh khusyuk dan ikhlas?


interesting question.. mengapa harus ada jumlah tertentu?

aku cuba permudahkan..

ketika Nabi saw dimi'rajkan ke langit tujuh, berdepan beliau dengan Sang Maha Pencipta, maka beliau dikurniakan dengan amalan paling hebat, iaitu solat, berapakah jumlah awal solat yang diwajibkan kepada umat Nabi saw? jumlah yg kemudiannya dipujuk oleh Nabi-nabi lain kepada Nabi saw untuk minta dikurangkan, sehingga kurang menjadi 5 waktu, dan tetaplah begitu kerana Nabi saw tidak sanggup lagi meminta kepada Allah swt.. setelah dari itu mengapa kita solat 5 waktu sahaja? adakah cukup 5 waktu itu cara mendekatkan kita dgn Allah swt?

kembali semua pada persoalan wirid.. amalan mengikut jumlah itu adalah sebagai satu disiplin.. kerna itu kebiasaannya wirid2 khusus hanya akan sampai kepada kita melalui org2 tertentu dgn jumlah.. perlu kita fahami zikir itu adalah tanda mengingati Allah swt.. maka jika mengikut definisi tersebut, zikir itu harus setiap masa tanpa berhenti.. kerna kita wajib sentiasa mengingati Allah swt.. itu asasnya.. namun manusia dikurniai nafsu dan sifat lupa..

kerna itu kebanyakan wirid dan zikir yg kita mahu belajar ada jumlahnya.. ini disiplin.. sebagaimana wajib solat 5 waktu.. setelah kita boleh istiqamah dgn jumlah tersebut, maka ada pula tahajjud dan solat2 sunat, baru kita berkisah kyusu dan ikhlas.. ingat pesan Nabi saw, anak umur 10tahun dah kena dirotan jika meninggalkan solat dgn sengaja.. kalo kena rotan, belum ada ikhlas, belum jumpa nikmat kyusu'.. baru disiplin.. kena biasakan.. kena jadikan habit.. jadi tabiat..

setelah jadi amalan.. akan jumpa manis beribadat.. baru cari kyusu dan ikhlas.. solat terasa tenang, zikir terasa nikmat..

insya-Allah. amin..

wallahualam..


About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008