'narrow-minded' adalah satu lagi serangan psikologi terhadap org melayu selepas banyak label yg tak betul diberikan kepada org melayu.. sasaran mereka adalah untuk melonggarkan pegangan Islam dalam orang melayu selepas momokan modenisasi dan kemajuan yg berjaya membuatkan org melayu menjadi sibuk mengurus dunia hingga terlupa tanggungjawab kepada Tuhan..
dulu british kata melayu 'malas'.. propaganda ini dilakukan untuk menghalalkan mereka membawa masuk pekerja-pekerja asing secara besar-besaran dari cina dan india.. walaupun mmg terdapat segelintir melayu malas ketika itu, label yg tidak tepat dan mengelirukan ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran org melayu sendiri hingga orang-orang melayu ditolak untuk bekerja di sektor-sektor perniagaan, perlombongan, dsb..
bukan sekadar ditolak, malah juga ditekan.. mana2 orang melayu yg berkaliber ketika itu di'jemput' penjajah menjabat jabatan di bahagian pentadbiran, menutup terus peluang melayu-melayu yg berpotensi ini untuk berkembang di sektor-sektor yg lebih menguntungkan..
sasaran yg terkini ialah menghapuskan Islam dalam diri org melayu setelah mereka berjaya membuat org melayu membenci budaya dan adat mereka sendiri.. konon dimomokkan bahawa budaya kita tidaklah mengikut Islam dan banyak yg tak sesuai dengan zaman.. maka berbondong2lah org-org melayu mengadaptasi budaya kuning sang penjajah meninggalkan budaya dan jatidiri mereka yg sebenar..
lihat saja sekarang dimomokkan dengan budaya malaysia.. habis punah cacamarba budaya melayu, maka janganlah terkejut bila suatu hari nanti ada anak cucu kita menganggap tarian naga itu budaya melayu dan tak kenal rebana ubi berbanding gendang cina..
setelah budaya hilang dari dalam diri, maka seterusnya longgarkan agama supaya terlondeh dari diri org melayu.. setelah mereka berjaya mengagung2kan para seniman dan mengidolakan artis serta kejayaan 'women liberation', maka sudah seharusnya melayu bergerak setapak lagi 'membuka minda' mengadaptasi sekularisme, atau sekurang2nya konon untuk tidak ketinggalan..
maka skrg terpulang kepada org melayu sendiri, kalo dulu org melayu mahu meninggalkan hidup yg tenang dan turut sama dalam kancah kekalutan modenisasi, maka kini kita akan melihat sama ada org melayu mahu meninggalkan nilai2 agama demi utk tidak dilabel berfikiran sempit..
labelling nih adalah satu bentuk propaganda.. dulu melayu malas skrg berfikiran sempit.. mereka kata kita jumud tapi kebebasan apakah yg mereka perjuangkan? benarkah doktrin demokrasi mereka lebih berjaya berbanding doktrin komunis?
aku penah sembang dgn sorg parsi, dia kutuk negara dia sendiri kata negara dia memperlecehkan org pompuan.. alasan paling handal dia ialah isu tudung.. kenapa harus paksa pakai tudung sedangkan Islam bukan agama paksaan.. walaupun dia syiah, tapi kita melihat dlm konteks org Islam sendiri kata Islam ketinggalan zaman.. skrg pun kat malaysia nih ada mufti dari negeri atas kayangan dok sibuk nak buat interpretasi baru ttg Islam.. konon harus ditafsirkan semula mengikut zaman..
pada aku, sebagaimana muslim 'hilang arah' selepas runtuh daulah Othmaniyyah, sebegitu juga melayu hilang arah sejak kejatuhan Melaka.. dua2 senario nih menunjuk jelas apabila pemimpin kita terbuai degan kekuasaan, maka org bawahnya akan lebih mudah terleka dgn dakyah luar.. sepertimana terdapat golongan menggunakan kekuatan kafirun untuk menurunkan Sultan Othmaniyyah yg terakhir, begitu juga bagaimana org Melayu berkhianat membiarkan portugis menakluk Melaka.. tapi dimata para kafirun itu, bukanlah mereka-mereka ini berkhianat sebaliknya mereka adalah pejuang kebebasan..
apa yg kita percaya adalah benar pada diri kita.. maka terpulang bagaimana kita mentafsir setiap kata dan gerak laku musuh kita.. sementelah musuh kita yang nyata adalah diri kita sendiri..
mymimi wrote:
Saya nak mencelah sikit...
spt usoPkuChai kata dulu pihak British berhelah kata Melayu malas untuk nak bawa bangsa Cina & bangsa India ke Tanah Melayu , kini pembesar2 Melayu sendiri (yg ada quota "AP") bawa masuk pekerja asing berbagai2 bangsa untuk berkerja di sekor bla bla bla....yang saya nak komen cuba lihat USA menjadi kuasa dunia kerana berbagai bangsa pendatang adakah Malaysia bakal jadi kuasa besar di masa akan datang ?
kena paham konsep amerika.. kaum asal amerika adalah red indian.. yg lain2 tuh semua bangsa pendatang.. maka 'amerika' adalah gabungan berbagai bangsa yang bersatu dalam konsep 'demokrasi'..
kita tgok lak tanah melayu.. kaum asal tanah melayu adalah org asli.. yg dikatakan melayu adalah gabungan bangsa-bangsa yang mencari kedamaian, tinggal bersama2, mengamalkan cara hidup (budaya) yang sama, bercakap bahasa yang sama, dan berpaksikan Islam.. sebab itu org melayu tak tindas kaum asal sebab paksinya ialah Islam..
tapi laa nih paksi kita demokrasi.. maka timang2kanlah..
wallahualam..
Post a Comment