adalah merupakan satu reaksi normal sebagai manusia bilamana kita merasakan keburukan akan sesuatu maka kita akan menjauhinya sejauh mungkin, menyingkirkan diri kita sedapat mungkin, membezakan diri kita agar kita tidak terlihat tergolong dalam golongan tersebut..
kita ambil contoh Indonesia, mereka berjuang membebaskan diri dari penjajahan belanda atas nama bangsa indonesia.. mereka bangga merdeka sebagai bangsa indonesia.. hingga terbawa mahu meng'indonesia'kan seluruh kepulauan nusantara.. bila takdir berlaku atas dugaan Allah swt terhadap bangsa tersebut maka berlakulah konflik dalaman, rasuah mekar dengan sempurna, jurang hidup semakin dalam, tekanan berlaku luar dan dalam.. maka kembalilah mereka menjadi jawa, sunda, batak, manado, melayu, bali, banjar, madura, dsb dalam lingkungan tersendiri.. malah jawa juga semakin spesifik menjadi jawa tengah, timur dan barat sepertimana sunda mengikut kampung asal dan batak berpegang marga.. ini sebagai contoh bagaimana kesatuan bangsa yang besar berpecah kerana kekecewaan jati diri.. berpecah dalam kesatuan..
kembali ke tanah melayu, melayu kelantan, keturunan pattani, melayu johor, jawa johor, dsb.. tiadalah kita mengaku diri selain melayu jua lah.. maka keturunan berbeza bersatu dibawah melayu.. ini hikmat tanah melayu.. tanah yang didatangi oleh berbagai keturunan dari serata pelusuk dengan sebab yang sama.. mencari tanah yang aman dan damai.. maka bersatulah mereka dalam kedamaian..
sayu bila bangsa melayu diduga oleh Allah swt dengan penjajahan dek kerana salah dan silap datuk moyang, maka keturunan yang ada mulai malu menjadi melayu, mula mengaku2 keturunan yang asal, asalkan boleh tidak dikata melayu.. layu jatidiri melemahkan bangsa.. hairan bangsa lain pula yang mahu mengaku melayu..
tidaklah pernah melayu itu menolak Islam, dari awal mula datangnya Islam maka tetaplah melayu itu dengan Islam.. adat melayu adalah adatullah, mengikut ketetapan suruhan dan larangan Tuhan yang disampaikan melalui Nabi saw..
bongkarlah adat yang salah dengan niat membetulkan.. jangan sekadar niat tapi berhemahlah.. jangan kita menjadi penjajah yang mengata-ngata adat yang salah tapi mendiamkan adat yang benar.. yang buruk memang seronok digembar-gemburkan hingga kita lupa yang mana yang benar, kerna mendalamnya kita mengkaji yang salah.. kita terpana mencari2 salah hingga tenggelam hanyut dalam nafsu kita sendiri..
adapun kelemahan bangsa melayu bukanlah kerna bangsa melainkan individu dalam bangsa.. kerna nila setitik rosak susu sebelanga.. memang melayu umpama telur sesangkak, pecah satu pecah semua.. maka pahamilah kekuatan bangsa itu bukan pada orang lain yang mengaku melayu tetapi adalah pada diri kita sendiri yang tahu bahawa kita melayu..
kadang kasihan melihat yang muda mahu menjunjung adat tetapi tidak tahu adat yang sebenar.. hanya mengikut2 apa yang mereka lihat dan dengar... maka kita pula hanya bercerita seputar adat yang kita sendiri tahu akan kejahilannya.. tiada pula kita menceritakan adat yang benar.. atau mungkin kita juga hanya tahu yang tidak benar sahaja..
adat melayu berkias madah dalam menegur dan menyindir hingga tiada terasa yang tersindir dalam khalayak.. ini adab bukan sekadar adat tetapi suruhan Allah swt yang menyeru dakwah dengan berhemah.. anak orang dianggap anak sendiri.. maka terdidiklah generasi muda walau dimana berada.. tersangat jaranglah kedengaran maki hamun dan bahasa kotor, kerna itu bukan melayulah namanya.. merendah diri menjauhi sombong, bukan bermakna kita redha org memijak kepala.. mengalah melayu bukan bermakna pasrah, melainkan berundur setapak untuk maju selangkah.. bahasa kita bukan sekadar berkata melainkan kata tersirat pedoman dan nasihat.. org kata kita berbelit2 tapi hakikatnya mereka malas memikirkan akan kata2 hikmat org melayu.. kita sabar bukan bererti kita takut.. akan melayu hanya menepis, jarang menumbuk kerna tumbukannya berbisa.. renungilah moga terdapat hikmah didalamnya..
wallahualam..