Perpaduan Tanah Melayu


pada pendapat aku hanya melayu yg menganjurkan dan berusaha terhadap perpaduan kaum.. sedangkan ini tidak berlaku pada bangsa-bangsa lain di malaysia.. yg dilakukan oleh bangsa lain hanya untuk survival mereka..

kemerdekaan tanah melayu, akhirnya melihat kelembutan dan kerapuhan org melayu dlama menerima bangsa lain sebagai warga tanah melayu, walaupun itu pernah ditolak secara beramai2 ketika british mahu menubuhkan malayan union..

perpaduan yg wujud sejak dulu hanya kurangnya pertelingkahan antara kaum, bukan perpaduan yg sebenar.. hanya saja diawal kemerdekaan, bangsa-bangsa di tanah melayu terpisah dengan sistematik.. kalau pun hanya berjumpa hanya sebentar saja ketika melakukan urusan seharian, setelah itu masing2 pulang ke pangkuan kaum masing2.. ini mengurangkan kebarangkalian untuk berjumpa dan bertelingkah..

kaum melayu bertolerensi terhadap perpaduan.. membenarkan kaum2 lain menguasai bidang2 dimana kepakaran melayu berkurang.. malah melayu secara sistematik terpinggir dari pembangunan pekan dan pindah ke kampung2..

di zaman ini, dalam situasi melayu mulai menyedari akan keterbelakangan di berbagai bidang, mula sama2 bersaing dan turut sama dalam pembangunan.. dan bangsa2 lain pula mulai mengincar bidang yg selama ini diperkasai oleh org melayu, iaitu kuasa politik.. pada mereka, jika melayu mulai menguasai ekonomi yg selama ini mereka kuasai, maka mereka juga mempunyai hak untuk memegang tampuk kekuasaan tanah melayu..

jika ada yg pernah membaca tulisan aku tentang pembangunan bangsa.. kita perlu 3 generasi untuk membangunkan bangsa.. yg pertama utk mengubah mentaliti, kedua utk menguasai setiap bidang kepakaran dlm pembinaan jatidir bangsa, dan ketiga untuk mengecapi kegemilangan..

mmg benar skrg ini bermula pengambilalihan pengurusan negara oleh generasi yg ketiga selepas kemerdekaan.. tapi dimanakah letak tahap generasi ketiga melayu sekarang?

hak keistimewaan org melayu, kouta dan sebagainya bukanlah atas dasar perkauman tapi merupakan satu jalur menuju perpaduan.. pertiwi kita ini takkan dapat mengecapi perpaduan jika bangsa melayu masih ketinggalan dan dipinggirkan.. melayu harus diperkasakan.. diperkasakan dengan cara menyediakan peluang.. kerja dan perniagaan.. ini tugas kerajaan..

tugas kita sebagai anak bangsa, ialah mempergunakan peluang ini sebaiknya dalam membantu diri dan bangsa kita untuk mendapat pendedahan dan pengalaman yg lebih baik.. ini bukan kerja satu malam..

fahamilah bahawa peluang yg disediakan untuk kita bekerja mendapat pendedahan dan pengalaman baik disektor awam mahupun swasta, merupakan satu cara kita untuk 'upgrade' diri kita.. meningkatkan kemahiran kita di bidang pentadbiran, pengurusan perniagaan, jualan dan pemasaran..

apa yg kerajaan buat dgn JPA dan MAS dengan sahamnya adalah satu inisiatif yg dilakukan oleh bangsa2 lain sejak zaman berzaman.. malah kita masih sering melihat iklan pekerjaan ditulis dalam bahasa cina dan memerlukan kemahiran berbaqhasa mandarin.. belum lagi seribu satu macam penindasan di tempat kerja.. ini adalah satu cara halus mereka mewujudkan kouta untuk bangsa mereka sendiri..

secara umum, ini tanah melayu.. bukankah bahasa melayu dan tulisan melayu (seharusnya tulisan jawi) menjadi medium perantaraan yg unggul.. bahasa jiwa bangsa.. semakin hilang bahasa dan tulisan melayu di tempat umum, sebegitulah hilangkan jiwa melayu di tanah melayu..

pada pendapat aku, kita harus kembali ke pangkal jalan.. apa pangkal jalan org melayu? pulang semula pada budaya melayu yg kaya dengan adab sopan dan budi bahasa.. kembali semula menerapkan sistem pengurusan melayu.. dimana sepatutnya org melayu berada.. bagaimana org melayu dengan mantap menjalan syariah Islam dan sunnah Nabi saw... ini akar kita..

kalau dulu melayu membiarkan para penjajah eropah merobek2 dan merompak hasil tanah bertuah ini.. janganlah pula sekarang kita membiarkan kekayaan negara ini dikuasai oleh bangsa lain.. ini tanah melayu.. ibu pertiwi.. tanah air kita.. tanah tempat tumpah darah kita.. zaman berzaman..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008