Takaful: risk management

[moved: i-Planning ]
Read On 2 ulasan

sistem ekonomi: kesedaran atau tanggungjawab?

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

rumahtangga: dulu dan sekarang..

org zaman skrg nih sebelum kahwin bercinta bagai nak rak.. jadi pada tahun2 awal perkahwinan, sang suami baru nih sayang sangat kat isteri baru.. apa mintak sumer bagi.. almaklum benda baru dapat, kena jaga.. merajuk sikit cepat2 pujuk.. bla bla bla.. ini maslahnya.. sang isteri terdidik untuk manja dan diajar dengan mentaliti bahawa apa sahaja yg dia nak dia dapat.. dan para isteri menggunakan strategi seksualnya untuk mendapatkan apa sahaja yg diingininya.. saat yg sama sang suami masih terbuai kesedapan alam pengantin baru..

keadaan berbeza dalam beberapa perkahwinan yg dirancang yg aku lihat.. dalam perkahwinan yg dijodohkan oleh org tua mahupun saudara mara tapi rak-rak-rum cinta.. tahun2 awal perkahwinan dipenuhi dgn berbagai adaptasi dan toleransi.. ini dalam rangka menyesuaikan diri dan mengenali diri pasangannya.. penetapan peraturan lebih mudah dibuat dan dilaksanakan.. persetujuan2 penting tidak dibuat atas dasar emosi semata dan mengambilkira kepentingan kedua belah pihak..

tahun2 awal perkahwinan sangat penting dalam membuat kita mengantisipasi kesinambungan perjalanan seterusnya.. membuat perubahan selepas tahun2 awal ini merupakan sesuatu yg tidak mudah.. ditambah dengan komitmen terhadap harta bersama dan anak2.. tapi sukar bukanlah bermakna tiada peluang langsung.. dedikasi, kesabaran, konsistensi dan komitmen yg lebih tinggi diperlukan..

di zaman ini konflik rumahtangga lebih rumit.. kita dapat lihat bagaimana lebih banyak suami tidak mampu untuk menjadi lelaki dan isteri tidak dapat mempercayai dan bergantung sepenuhnya pada suami.. 'conflict of interest' sering berlaku.. vision alignment is not synchronise.. ini mewujudkan ketidaksefahaman, menjadi 'racun' yg perlahan2 mewabak dalam rumahtangga..

kita ambil contoh mudah.. atuk aku.. dia akan keluar rumah bila2 masa nak rasa perlu.. dia tak perlu tanya atau 'mintak kebenaran' daripada nenek aku.. dan nenek aku tidak pernah bertanya atau curiga.. walau jam berapa sekalipun atuk aku balik, nenek aku akan tetap setia menunggu untuk membukakan pintu dengan senyuman.. walaupun nenek aku yg akan mula2 bangun keesokan paginya..

tidak pernah pula nenek aku merungut2 ttg kekurangan didapur, apalagi untuk meminta2 sesuatu yg dia tahu tidak mungkin dapat disediakan oleh atuk aku.. nenek aku hanya memfokuskan hidupnya untuk menjaga rumah dan anak2nya seramai 8 org.. dan membantu pula atukku di kebun..

adakah nenek aku simbol seorg isteri yg ketinggalan zaman? dan keadaan rumahtangga atuk dan nenekku hanya realiti zaman dulu dan tidak signifikan dengan kemodenan hidup kita sekarang?
Read On 0 ulasan

sistem ekonomi melayu: kemana arah perbincangannya?

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

Perpaduan Tanah Melayu


pada pendapat aku hanya melayu yg menganjurkan dan berusaha terhadap perpaduan kaum.. sedangkan ini tidak berlaku pada bangsa-bangsa lain di malaysia.. yg dilakukan oleh bangsa lain hanya untuk survival mereka..

kemerdekaan tanah melayu, akhirnya melihat kelembutan dan kerapuhan org melayu dlama menerima bangsa lain sebagai warga tanah melayu, walaupun itu pernah ditolak secara beramai2 ketika british mahu menubuhkan malayan union..

perpaduan yg wujud sejak dulu hanya kurangnya pertelingkahan antara kaum, bukan perpaduan yg sebenar.. hanya saja diawal kemerdekaan, bangsa-bangsa di tanah melayu terpisah dengan sistematik.. kalau pun hanya berjumpa hanya sebentar saja ketika melakukan urusan seharian, setelah itu masing2 pulang ke pangkuan kaum masing2.. ini mengurangkan kebarangkalian untuk berjumpa dan bertelingkah..

kaum melayu bertolerensi terhadap perpaduan.. membenarkan kaum2 lain menguasai bidang2 dimana kepakaran melayu berkurang.. malah melayu secara sistematik terpinggir dari pembangunan pekan dan pindah ke kampung2..

di zaman ini, dalam situasi melayu mulai menyedari akan keterbelakangan di berbagai bidang, mula sama2 bersaing dan turut sama dalam pembangunan.. dan bangsa2 lain pula mulai mengincar bidang yg selama ini diperkasai oleh org melayu, iaitu kuasa politik.. pada mereka, jika melayu mulai menguasai ekonomi yg selama ini mereka kuasai, maka mereka juga mempunyai hak untuk memegang tampuk kekuasaan tanah melayu..

jika ada yg pernah membaca tulisan aku tentang pembangunan bangsa.. kita perlu 3 generasi untuk membangunkan bangsa.. yg pertama utk mengubah mentaliti, kedua utk menguasai setiap bidang kepakaran dlm pembinaan jatidir bangsa, dan ketiga untuk mengecapi kegemilangan..

mmg benar skrg ini bermula pengambilalihan pengurusan negara oleh generasi yg ketiga selepas kemerdekaan.. tapi dimanakah letak tahap generasi ketiga melayu sekarang?

hak keistimewaan org melayu, kouta dan sebagainya bukanlah atas dasar perkauman tapi merupakan satu jalur menuju perpaduan.. pertiwi kita ini takkan dapat mengecapi perpaduan jika bangsa melayu masih ketinggalan dan dipinggirkan.. melayu harus diperkasakan.. diperkasakan dengan cara menyediakan peluang.. kerja dan perniagaan.. ini tugas kerajaan..

tugas kita sebagai anak bangsa, ialah mempergunakan peluang ini sebaiknya dalam membantu diri dan bangsa kita untuk mendapat pendedahan dan pengalaman yg lebih baik.. ini bukan kerja satu malam..

fahamilah bahawa peluang yg disediakan untuk kita bekerja mendapat pendedahan dan pengalaman baik disektor awam mahupun swasta, merupakan satu cara kita untuk 'upgrade' diri kita.. meningkatkan kemahiran kita di bidang pentadbiran, pengurusan perniagaan, jualan dan pemasaran..

apa yg kerajaan buat dgn JPA dan MAS dengan sahamnya adalah satu inisiatif yg dilakukan oleh bangsa2 lain sejak zaman berzaman.. malah kita masih sering melihat iklan pekerjaan ditulis dalam bahasa cina dan memerlukan kemahiran berbaqhasa mandarin.. belum lagi seribu satu macam penindasan di tempat kerja.. ini adalah satu cara halus mereka mewujudkan kouta untuk bangsa mereka sendiri..

secara umum, ini tanah melayu.. bukankah bahasa melayu dan tulisan melayu (seharusnya tulisan jawi) menjadi medium perantaraan yg unggul.. bahasa jiwa bangsa.. semakin hilang bahasa dan tulisan melayu di tempat umum, sebegitulah hilangkan jiwa melayu di tanah melayu..

pada pendapat aku, kita harus kembali ke pangkal jalan.. apa pangkal jalan org melayu? pulang semula pada budaya melayu yg kaya dengan adab sopan dan budi bahasa.. kembali semula menerapkan sistem pengurusan melayu.. dimana sepatutnya org melayu berada.. bagaimana org melayu dengan mantap menjalan syariah Islam dan sunnah Nabi saw... ini akar kita..

kalau dulu melayu membiarkan para penjajah eropah merobek2 dan merompak hasil tanah bertuah ini.. janganlah pula sekarang kita membiarkan kekayaan negara ini dikuasai oleh bangsa lain.. ini tanah melayu.. ibu pertiwi.. tanah air kita.. tanah tempat tumpah darah kita.. zaman berzaman..

wallahualam..
Read On 0 ulasan

mentaliti makan gaji

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

dilema ekonomi melayu

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

Melukut di Tepi Gantang


Topik: Melayu - melukut di tepi gantang
Oleh: sunsnake

Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar di akhbar mengatakan orang bumiputera masih mundur dan ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak benar. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara saudari sekalian pengalaman saya selama bekerja di bahagian industri. Saya berjaya mendapat kerja di kilang mungkin kerana nasib menyebelahi saya. Majoriti ditempat kerja saya adalah bangsa Cina danrata-rata daripada mereka tidak fasih berbahasa Inggeris dan memiliki Diploma dari kolej yang tidak diiktiraf oleh JPA.

Setelah beberapa tahun saya berada di sini,saya telah dinaikkan pangkat yang mana saya adalah satu-satunya orang bumiputera yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat saya. Sedangkan ramai lagi bumiputera lain yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi yang layak menjawat jawatan tinggi dalam syarikat ini.

Saya dikelilingi oleh bangsa cina yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris dantak ada qualification (not qualified by JPA) tetapi dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengurus dan senior engineer. Sedangkan orang bumiputera yang mempunyai ijazah,boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai reputasi kerja yang baik hanya diberi jawatan assistant engineer. Kalau pasal gaji tak payah cakap lah. Graduan lepasan ijazah bumiputera diberi gaji RM 1200/- (starting salary) tetapi graduan ijazah bangsa Cina diberi gaji RM 1800/-Bayangkanlah betapa jauhnya berbezaan mereka.

Saya pernah didatangi oleh seorang engineer (bangsa cina) dia minta tolong saya memeriksa surat draft untuk membatalkan perkhidmatan insuran bagi credit cardnya. Alangkah terkejutnya saya seorang engineer menulis " I like to cancer my Insurance... ." Dalam hati saya berkata " Awatlah teruknya cina bukit ni tulis surat ... dia ni tau ke meaning cancer dengan cancelled tu ... "

Sebenarnya rata-rata orang cina boleh berjaya kerana mereka ni diberi peluang oleh majikan mereka saja. Sekiranya orang bumiputera diberi peluang sepertimana yang diperolehi oleh mereka tu, we can perform much better than them. Masalahnya nasib orang bumiputera tidak terbela disebabkan kuota tidak dibuka untuk bahagian staff dan management. Kerajaan kita hanya meletakkan kuota secara umum disetiap sector swasta 30-40% mestilah bumiputera. Maka 30-40% itu dimasukkan ke dalam bahagian bawahan seperti operator, drebar dan kerani saja. Sebenarnya orang bumiputera merempat di negara sendiri.Orang bumiputera dianggap 'second class' oleh orang cina di Malaysia .

Perkara diskriminasi di sektor swasta terlalu ketara sekali. Orang-orang bumiputera kalau adapun hanya dipergunakan oleh majikan mereka. Contohnya diri saya sendiri saya bekerja di bahagian logistics. Saya behubung rapat dengan jabatan kerajaan mengenai kemasukan dan penghantaran barang. Saya tak rasapun yang saya dihargai di tempat kerja saya kerana saya tak dapat layanan (treatment) yang sepatutnya berbanding dengan bangsa cina yang sejawatan saya. Dari segi gaji, elaun dan bonus. Saya hanya dipergunakan untuk memudahkan urusan mereka saja. Tetapi saya masih bekerja disini kerana, sekiranya saya lari ke tempat lain keadaannya juga sama atau mungkin lebih teruk lagi. Di sini sekurang2nya saya diperlukan, kalau saya tidak ada siapa nak membela nasib anak buah saya yang kesemuanya bumiputera. Saya pernah ditegur oleh MD saya kenapa pilih semua staff bumiputera.Dengan alasan bila perayaan siapa nak standby? Saya rasa sakit hati teramat sangat dengan persoalan tadi secara terang-terangan dan saya Tanya dia balik, kenapa Procument / purchasing department semua Cina pulak? Macam mana kalau cuti Chinese New Year siapa nak stand by ? Boss saya terus diam dan tak dapat kata apa-apa.


[cut]
==============================================

ini yg diperjuangkan oleh DEB.. kouta2 melayu bukan untuk memanjakan tapi untuk memberi peluang.. gagal? perjalanan masih panjang.. penjajah perlu beratus tahun utk ubah mentaliti org melayu.. oleh itu ini bukan kerja satu malam.. jangan terlalu berharap pada keajaiban selagi usaha kita belum maksima.. jangan cepat putus asa dgn bangsa sendiri..

kita hantar pelajar melayu ke luar negeri.. kita buat kouta melayu di ipt tempatan.. malah utk pemilikan hartanah pun para pemaju kena akur pada kouta melayu.. kurang pandai, kurang mampu, takpa.. kita bantu.. kita beri pendedahan..

masa merdeka dulu pun kita tak pandai nak memerintah.. teringat tempelak Dato Onn pada pejuang kemerdekaan.. "...nak buat jarum sebatang pun tak mampu, nak merdeka konon.." kalo nak tunggu kita pandai, mungkin sampai sekarang kita masih dijajah..

adakah semua ini perkauman? ini tanah melayu.. milik org melayu.. lihat apa yg kita ada? konon kita punya kuasa.. tapi tahun demi tahun kita lihat kerusi2 umno diberi pada mca dan mic.. pilihanraya 1986, konon atas dasar menjaga perpaduan, lebih kurang 24 kerusi melayu, di kawasan melayu, diberi pada mca.. semua menang.. sedang mca bertanding di kawasan cina kalah kepada dap.. tahun 2006, kita melihat sekali lagi calon mic menang di kawasan melayu.. pembahagian kawasan terus dilakukan untuk tujuan memantapkan kekuasaan BN.. tapi ayam menang kampung tergadai.. harusnya kita menginsafi apa yg terjadi pada 1969, akan keangkuhan dan kebiadapan bangsa lain apabila mereka menang.. orang melayukah yg bersikap perkauman?

dari zaman awal merdeka lagi, kita dapat lihat bagaimana tanah2 org melayu dijual pada bangsa asing.. hingga kita tetapkan tanah rizab melayu.. tapi dimana tanah rizab melayu nih? tanah2 yang berharga bukan milik melayu.. rizab melayu takder harga hingga ada org melayu sendiri tanak memiliki tanah yang berstatus rizab melayu.. sepatutnya org2 melayu membangunkan tanah rizab melayu nih.. adakah melayu terlabel pada benda yang tak berguna dan tak bernilai?

tinjau pula sistem pendidikan, sekolah kebangsaan bukan sekolah khusus untuk bangsa melayu.. sekolah kebangsaan adalah sekolah yang dibuka untuk semua kaum dengan tujuan integrasi nasional.. tapi cina punya sekolah sendiri, dan india punya sekolah sendiri.. dengan wujudnya pemisahan pendidikan ini, kita dapat melihat bagaimana bangsa lain bersungguh2 memberikan bantuan dan sokongan pada sekolah jenis kebangsaan ini.. hingga sekarang pun ada org melayu memasukkan anak2 mereka ke sekolah cina kerana berpendapat sekolah cina lebih baik daripada sekolah kebangsaan.. belum kita cerita konsep sekolah integrasi yg ada sekarang.. seolah sekolah cina dan india yg perlu sekali lagi diintegrasikan ke peringkat nasional.. mengapa tidak kita ganti saja sekolah jenis kebangsaan tuh kepada sekolah kebangsaan?

dari satu segi kita melihat orang melayu yg ketakutan.. dari satu segi yg lain ialah kita melihat satu sifat orang melayu yang sangat kental.. baik hati dan bertolak ansur.. walau banyak yang lupa kata Laksamana Hang Tuah.. "...buat baik berpada-pada.."

kita orang melayu memang sentiasa menunjukkan sikap toleransi ini pada kaum2 pendatang.. hingga sekarang pun kita dah buka mrsm pada bangsa asing, sedang kita sangatlah memahami bahawa mara itu agensi untuk membantu org melayu.. mrsm merupakan satu2nya sekolah melayu yang wujud, pun dah mula beri kouta asing.. kita pertahankan itm supaya tidak dinaiktarafkan kepada status universiti bukan kerana kita berfikiran sempit, tetapi memahami bahawa itm itu satu2nya wadah untuk anak2 melayu yang kurang bernasib baik untuk mendapat peluang yang hampir tak mungkin untuknya.. tapi gagasan akedemik, konon utk berbangga2 menunjukkan peningkatan dalam pendidikan melayu kita naiktaraf jadi uitm.. bila dah status universiti kita kena bukalah pada semua bangsa.. duit mara untuk org melayu.. buat apa nak guna utk bangsa lain?

maka gegak gempita orang melaungkan orang melayu tidak berdaya saing.. yg masuk universiti ikut kouta melayu tuh berkemampuan rendah.. tapi alhamdulillah dengan adanya kouta melayu, kita dapat lahirkan banyak para graduan melayu.. mungkin mula2 graduan kelas kedua.. tapi generasi demi generasi kita dapat melihat akan kemunculan cerdik pandai melayu.. ini sama dengan kisah konon bila hantar anak ke luar negara, budak2 melayu hilang bangsa hilang budaya.. mungkin banyak pada generasi yg pertama, mungkin saja kejutan budaya, tapi tahun demi tahun bilangan anak melayu di luar negara bertambah, kualiti makin terserlah, malah skrg anak2 melayu di luar negara bangga dan mempromosikan budaya melayu di seluruh dunia.. kita perlu peluang dan pendedahan.. dan ini semua proses mematangkan org2 melayu..

lihat sektor ekonomi.. diawal kemerdekaan, orang melayu hanya mampu bekerja di sektor awam/kerajaan.. itu juga hasil sistem pecah dan perintah penjajah.. kemudian semakin banyak mengorak langkah menceburi sektor swasta.. kita mulai didedah akan konsep pentadbiran dan perniagaan yang lebih baik.. dan sekarang lebih banyak pula org melayu yang berani menceburi bidang perniagaan, malah bertaraf multinasional.. kita perlu masa, peluang dan pendedahan yang lebih banyak..

melayu zaman ini punya banyak kepakaran.. mentaliti lapuk juga mulai diganti dengan mentaliti yang lebih dinamik dan progresif.. pernah aku terbaca bahawa kita perlu tiga generasi untuk mengubah sesuatu bangsa..

generasi yang pertama ialah mengubah mentaliti.. mengubah mentaliti ini ialah mengubah cara berfikir, mengubah sikap dan memahami jatidiri.. kita tak perlu jadi org putih untuk maju.. kita tak perlu jadi cina untuk kaya.. kerna melayu pernah maju dan pernah kaya.. kita hanya perlu memahami jatidiri melayu itu sendiri.. dimana nilai diri dan kekuatan kita.. jangan terbawa2 dengan dakyah bangsa lain tentang melayu..

mungkin org melayu buat kerja tak setinggi kualiti bangsa lain.. tapi beri mereka peluang.. mungkin kita perlu berkorban menjadikan rumah kita sebagai tempat eksperimen dan mengasuh kreativiti mereka sebagai sumbangan kita terhadap bangsa melayu..

org melayu jual barang mahal, mungkin kerana mereka juga dapat dari 'supplier' bangsa lain.. kita korban sikit, anggap sedekah, beri mereka peluang berniaga.. bila mereka dah pandai nanti, dapatlah 'supplier' murah, insya-Allah barang turun harga.. dan ekonomi melayu juga yang meningkat..

orang melayu kerja tak pandai, kelulusan cukup makan, kita 'recommend' juga, kita asuh dan ajar dia supaya jadi lebih pandai dari org lain.. bila ada peluang, kita beri dia tanggungjawab lebih besar untuk 'upgrade' diri.. kalo dia malas kita marah dan didik mereka.. jangan biarkan mereka putus asa dan gagal.. ini tanggungjawab kita sebagai melayu..

bila ada org melayu yg kaya, sombong dan kedekut.. jangan pedulikan.. itu bukan masalah kita.. kita tumpukan perhatian pada melayu yang memerlukan bantuan dan sokongan kita.. jangan hukum semua org melayu kerna setitik nila..

org kata melayu malas, takpa.. org kata melayu dengki, takpa.. memang lebih mudah dan menyeronokkan bila kita bercerita keburukan org lain, apalagi tentang bangsa sendiri.. tapi ludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.. ini bangsa kita sendiri.. ini darah dan daging kita sendiri.. jangan sibuk menyusukan kera dihutan, anak dirumah mati kelaparan..

org kata kita bangsa subsidi.. kita peduli apa.. kita perlu tahu apa, mengapa dan kenapa kita buat.. org kata kita bangsa tak tahu untung dan suka ambil kesempatan.. ayam berkokok berderai2, ekor bergelumang tahi.. kita kena bangun.. kita dah banyak bertolak ansur.. kita kena pertahankan hak kita.. ini tanah kita.. ini negeri kita.. dah diperakui zaman berzaman oleh seluruh dunia.. mereka yang menumpang tapi beraja dimata bersultan dihati..

apabila mentaliti dan jatidiri melayu dah mantap, maka muncul generasi kedua.. generasi yang berdayasaing, mampu memperbaiki proses dan menetapkan halatuju bangsa dengan lebih baik.. melayu yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain..

generasi ini yang dapat mengubah persepsi dan perspektif bangsa lain.. meninggikan status melayu, dihormati kawan dan disegani lawan.. melayu yang cukup sekadar memegang keris tanpa menghunusnya.. menguasai segala bidang dan dipandang tinggi secara keseluruhannya..

akan dengan perjuangan yang lebih mantap, maka nanti generasi melayu yang ketiga mampu untuk mengubah sistem.. benar2 menjadi tuan di tanahnya sendiri.. yang terangkat darjatnya dalam setiap sektor.. menguntumkan kecemerlangan suatu bangsa yang pernah gemilang..

ini bukan sekadar retorik.. tapi harapan dan perjuangan.. jangan sampai nanti melayu tak makan bila tiba tahun baru cina semua kedai tutup.. jangan lagi melayu sama melayu bergaduh tapi bangsa lain yang jadi pemimpin..

lihat ke dalam diri kita.. kedalam darah yang mengalir ke setiap urat nadi kita.. denyut jantung yang berdegup.. jangan kata melayu tak semestinya Islam hanya kerna lina joy.. kita melayu kena balik ke pangkuan melayu yang sejak zaman berzaman diriba ajaran Islam.. bukan melayu kalau tidak Islam.. canai dan cernalah.. bukanlah pengkisahan melayu ini terkeluar dari pengertian Islam.. kita menginsafi hak kita sebagaimana hak org Quraisy terhadap tanah haram..

kita Melayu.. sudah tercakup segalanya agama dan adat dalam perkataan melayu.. org kata adat melayu adat hindu, berapa byk adat hindu dlm budaya melayu? kita rasa banyak sebab hanya itu adat melayu yg kita tahu (diberitahu?).. mana adat berjiran? mana adat berkampung? dan segala satu macam adat melayu yang menjunjung Islam? kita sendiri tak tahu, malah banyak yg tak ikut.. hidup melayu kerana adat.. adat kita bersandar sunnah dan Quran.. adatullah.. cukup sedikit ttg adat melayu..

secara individu, aku berpendapat melayu kacau bilau kerana tidak mempertahankan khalifahnya.. siapa khalifah melayu? raja-raja melayu.. maka berkata lagi laksamana Hang Tuah, "..tidak sekali2 melayu menderhaka pada sultannya.." apakah maksudnya?

raja-raja melayu adalah khalifah di alam melayu.. bukan sekadar nama tapi insafilah bahawa penobatan raja-raja melayu dizaman dahulu adalah berdasarkan 'endorsement' syarif2 di makkah, penguasa tanah haram.. bukanlah sebarang org yang kita akui sebagai sultan melainkan ahlul-bait semuanya.. itu melayu.. memahami hak bukan sekadar kekuasaan tapi hak dan tanggungjawab..

dan bahawa runtuhnya kekuasaan sultan kerna kita tidak mengembalikan institusi bendahara yang bertanggungjawab menasihat dan bermesyuarawah.. ini konsep pentadbiran Islam.. sistem pemerintahan yang telah ditunjukkan oleh Nabi saw dan khalifah2 selepasnya.. sistem bendahara hancur seawal kedatangan para penjajah.. mungkin ada hikmah atas segala takdir.. maka menjadi tugas kitalah sebagai bangsa yang berdaulat dan bermaruah menginsafi perjalanan sirah melayu ini..

demokrasi yang dilaungkan penjajah, konon kuasa rakyat yg memerintah secara bertahap kita melihat kejelekannya.. berlumba2 mendapat kekuasaan.. kalao dahulu perang saudara kerna mempertahankan hak dan kebenaran tapi sekarang 'perang' untuk harta dan kuasa.. ini demokrasi.. kalau dulu 'siapa kuat dialah kudrat' sekarang 'nak projek masuk umno'...

kalo pernah dulu komunis dan sosialis ditolak sebagai ideologi yang melampau.. kini Islam dilabel sebagai teroris dan menekan wanita.. semata2 kerana mereka mahu kita terus percaya pada keanggunan demokrasi.. dimana berlakunya 'survival of the fit'.. konon2 hanya yang berusaha keras akan berjaya.. ini keadilan ciptaan mereka.. menjarah ekonomi negara2 kecil dan menimbulkan ketakutan..

ketahuilah bahawa ketika kejatuhan kekhalifahan othmaniyyah, tiadalah khalifah lain yang sanggup mengambil tanggungjawab sebagai pusat pemerintahan Islam seterusnya melainkan raja-raja melayu.. mungkin ada hikmah dibalik takdir, maka terjadilah apa yang seharusnya tidak terjadi.. org2 Islam sendiri tak mampu mempertahankan khalifahnya..

seterusnya apa yg berlaku, maka jatuhlah negara2 yang dahulunya berpanjikan Islam ditukar dengan ideologi2 kafir.. mencari2 khalifah, rupanya khalifah berada di tanah air kita sendiri.. apakah tindakan kita seterusnya?

marilah kita bersama2 dalam perjalanan mengembalikan semula maruah bangsa melayu, meningkatkan maruah dalam bidang ekonomi, politik, etc, kita perlahan2 sama2 mencari jalan cara untuk mendaulatkan semula raja-raja melayu.. dalam urat nadi bangsa melayu ini Islam menjadi tunggak dan raja-raja melayulah khalifahnya.. kita gemilang dengan kembali kepada akar umbi melayu, iaitu Islam.. bagaimana nak melihat daulah Islam jika khalifah tidak kita daulatkan?

kalau di zaman Nabi saw, beliau diperkukuhkan oleh muhajirin dan ansar, khalifah terakhir dari Othmaniyyah dengan org kurds, maka daulah Islam yang seterusnya diperkuatkan oleh org melayu.. maka sedarlah akan tanggungjawab kita.. bukan sekadar kepada bangsa melayu itu sendiri, tapi juga atas penerus sistem kekhalifahan Islam.. langit ini yang kita junjung, bumi ini yg kita pijak.. jangan lagi kita kepala tergantung dilangit, kaki terpasak dibumi..

carilah harta, biar melekat ditangan tapi jangan melekat di hati.. rezeki di tangan Tuhan.. usaha, doa, tawakal.. pakai apa yg kita perlu sedekahkan lebihnya pada yang memerlukan.. sesungguhnya harta manusia itu bukanlah apa yg dikumpukannya tetapi apa yg dia sedekah/infaq kan..

membasmi kemiskinan bukanlah sesuatu yang mustahil jika kita sama2 melakukan peranan kita masing2.. melihat org melayu miskin, itu tugas kita membantu.. melihat org melayu berusaha, itu tugas kita memberi sokongan.. melihat org melayu ketinggalan, itu tugas kita menolak mereka ke depan.. melihat org melayu jatuh, itu tugas kita menarik dia naik.. kita org2 melayu sama2 berganding bahu, menguatkan semangat dan jangan cepat putus asa.. sesungguhnya perjalanan kita masih panjang..

wallahualam..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008