antara talak dan poligami


aku terbaca suatu kisah ttg talak dan poligami.. aku ringkaskan sependek mungkin supaya mudah difahami..

adapun bila lelaki bertemu wanitanya, maka kasih menguntum dan cinta berbunga.. kasih dan cinta ini memberi kekuatan pada lelaki menjadi penawar terhadap racun kehidupannya.. inilah yang membawa ke gerbang pernikahan..

bila penawar menjadi tawar, atas musabab yang tertentu dalam sebuah rumahtangga, racun kembali menyiksa hidup lelaki.. lampu kasih bertambah malap dan dunianya semakin gelap.. kegagalan suami isteri mengesan racun tersebut menyebabkan ia merebak dalam rumahtangga.. pada peringkat ini setiap perbuatan isteri menyakitkan hati.. masakan tidak sedap, teguran memedihkan telinga, senda gurau membosankan.. inilah peringkat dimana perceraian mulai menguasai mangsanya.. bukan berlaku dalam suatu waktu yang singkat.. lelaki yang menceraikan isterinya biasanya memberi alasan bahawa isteri 'membakar' hidupnya..

secara kebiasaan apabila lelaki mahu berpoligami dia akan memilih satu antara empat berikut:
(1) menceraikan isteri yang ada dan menikahi wanita lain
(2) menikahi wanita lain secara diam2 dan menyimpan rahsia itu sehingga mati
(3) menikahi wanita lain secara diam2 dan memberitahu isterinya selepas bernikah
(4) memberitahu isterinya dan menikah dengan wanita lain

diceritakan dalam kisah tersebut, maka si suami mengambil pendekatan menikah lagi secara senyap2.. maka hilanglah seminggu si suami tersebut.. dan selepas seminggu dia pulang ke rumah isteri pertamanya..

kalau seminggu yang lalu si suami pulang dengan muka muram, lesu dan marah2.. kali ini dia pulang dengan muka berseri2, manis dan cergas.. si isteri memaki suami, suami hanya senyum.. isteri memukul dan menarik rambut, suami ketawa terkekeh2.. sambil ketawa suami meminta isterinya memasak makanan yang sedap2 yang disukainya..

kemana hilangnya makanan isteri yang tidak sedap? teguran yang memedihkan telinga? senda gurau yang membosankan? dan segala macam yang menyakitkan hati? sekarang apa sahaja yang dilakukannya isterinya menjadi hiburan seperti melihat telatah anak kecil walaupun anak kecil itu memijak kepalanya..

racun di hati suami sudah tawar, ditawarkan oleh madu.. Istilah madu amat tepat digunakan kerana ia boleh menjadi penawar yang mujarab jika semua pihak dapat melihat kemujarabannnya. Bermadu menjadi penawar yang mujarab bagi rumah tangga yang keracunan pada tahap yang parah. Ia telah banyak menyelamatkan rumah tangga daripada runtuh.

Sebab itulah agama mengizinkan lelaki berkahwin lebih dari satu kerana yang meletakkan hukum mengetahui diri manusia yang diciptakan-Nya. Tetapi hukum Yang Empunya hukum ini sering disanggah oleh perempuan degil dan lelaki dayus. Akibatnya berlakulah perceraian yang walaupun tidak diharamkan tetapi sangat dibenci.

kebenaran poligami ini membuatkan suami menyedari bahawa kesilapannya dalam menganggap bahawa kasihnya terhadap isteri pertama sudah mati, sedang bila disuntik kembali dengan madu, maka timbullah kembali kewarasannya..

suami dapat melihat kembali kemuliaan dan kelebihan isteri pertamanya yang telah bertahun2 mengharungi lautan kehidupan yang bergelombang bersama-samanya. Kelebihan dan kemuliaan isteri pertama inilah yang menyebabkan lelaki tidak terdaya atau menggunakan dengan sewenang-wenangnya hak mentalak dan berpoligami yang ada padanya.

kedua2 isteri merupakan suis dalam menyalakan lampu kasih suami. isteri yang pertama yang menjaga suis tersebut. Apabila cahaya lampu itu menjadi malap maka bersinar pula isteri kedua, bintang malam di ufuk langit yang menunjukkan arah kepada musafir di padang pasir yang meredah kegelapan malam bersuluhkan obor di tangan.

isteri pertama adalah obor yang menerangi perjalanan dan isteri kedua adalah bintang yang memandu arah perjalanan. Orang yang membuang obor di tangan kerana bintang malam sudah bersinar akan dapat terus berjalan menuju matlamatnya tetapi tidak ada cahaya yang menerangi jalanan yang dilaluinya. Akibatnya dia terpijak ranjau dan duri, tersepak batu dan tunggul kayu dan tidak dapat melihat haiwan ganas yang berkeliaran bersama kegelapan malam.

Orang yang telah masuk kepada pengembaraan di padang pasir, enggan berpandu kepada bintang malam, sebaliknya hanya menumpang cahaya obor di tangan, dia akan sesat di tengah-tengah padang pasir, tidak tahu jalan keluar. Akhirnya dia akan keletihan, rebah tersungkur bersama-sama obornya.

itu adalah perumpaan lelaki yang panjang fikirannya. Ada juga lelaki yang singkat fikirannya.

contohnya suami mengalami keracunan rumah tangga juga. Dia mengambil jalan mudah. Jika isteri tidak boleh memberikan kebahagiaan buat apa disimpan. dia mentalakkan isterinya. Terlepaslah dia daripada penyakit yang menekan jiwanya. Bila si pembawa penyakit (janda) tidak bersama-samanya maka penyakit yang menekan jiwanya juga tidak ada.

Bila jiwanya tidak lagi tertekan datanglah fikirannya yang waras. Dalam kewarasan itu dia terkenangkan kemesraan, kebaikan, kelebihan dan kemuliaan jandanya. Timbul perasaan menyesal dalam jiwanya. Lalu dia rujuk semula kepada bekas isterinya. Pasangan itu kembali bercantum dengan keadaan tidak menyedari penyakit keracunan yang memusnahkan rumah tangga mereka dahulu.

Tidak berapa lama kemudian racun itu kembali mengeluarkan bisanya. Mereka bercerai lagi. Kemudian datang pula perasaan menyesal lalu mereka rujuk semula. Setelah tiga kali bercerai agama tidak mengizinkan mereka bercantum semula kecuali si janda itu berkahwin lain dan suaminya menceraikannya.

Lelaki yang menceraikan isterinya sampai tiga kali dianggap oleh agama sebagai lelaki berpenyakit pada tahap tinggi. Dia perlu diberi kejutan untuk mengubati penyakitnya. Bila jandanya berkahwin lain dan boleh hidup bahagia dengan suami baharunya si lelaki itu akan berfikir panjang tentang dirinya dan mengambil tindakan memperbaikinya.

begitulah pengkisahan yang aku pelajari.. moga dapat memberi kefahaman dan kebaikan dalam diri kita semua.. insya-Allah..
Read On 0 ulasan

alasan poligami: hubungan lelaki dan perempuan

secara umum zaman nih tak ramai yang boleh tahan celah kelangkang hanya dengan puasa.. kalo kita tahan sampai ibadah jadi tak tentu arah pun tak guna.. halal itu untuk menundukkan nafsu, dan haram itu untuk menakutinya.. maka berkahwinlah jika itu akan menjadikan kita lebih tenang dalam beribadah.. dan kahwinilah perempuan2 yang baik dikalangan kamu..

gojira wrote:
Cam laki yang ingin nak kawin lebih dari satu, tapi yang satu pun tak termampu nak sara cam ne?

emm.. rezeki tuh Tuhan beri.. adakah sebab takut pada janji Tuhan (tentang rezeki) kita sanggup biar nafsu ganggu hati kita.. jadi bab mampu dari segi rezeki nih tak relevan.. ini hanya alasan manusia.. adakah kerna tak mampu kita tak kahwin2?

bila citer bab rezeki, bukan masalah mampu atau tidak suami bagi, tapi mampu atau tidak isteri terima.. isteri2 Nabi saw sendiri dulu sendiri sering berlapar.. adakah makna Nabi saw tak mampu? ada sahabat pernah berkata, hatinya tenang bila keluarganya mengadu kelaparan.. cuba dalami maksud cerita tuh.. hidup bukan untuk makan kenyang, rumah besar, baju cantik dan melancong ke luar negeri.. kalo nak citer psal rezeki, para isteri yg patut jawab bab rezeki nih bukan suami..

azlalchedin wrote:
depa lebih suka laki depa makan nasi haram ........ dari makan nasi madu ......

ini permasalahan sosial yang berlaku.. kalo suami jahat mmg lebih mudah tak kawin, tak perlu bertanggungjawab.. kalo suami nak kawin maknanya dia nak buat benda baik.. dia nak bertanggungjawab..

pogolix wrote:
saya pernah dengar di suatu negara.. saya tak ingat di mana, mungkin salah satu negara afrika.. yang mana, kebanggaan orang di sana adalah poligami.. jika mereka berjumpa sesama mereka, apa yang mereka tanya adalah bilangan isteri.. si isteri pula bertanyakan bilangan madu.. masyaAllah..

zaman para sahabat pun macam tuh.. malah hingga sekarang, mengikut pengkisahan sahabat aku yg lama dok tanah arab, dia pernah tanya pak arab camna isteri2 diorg boleh aman.. gie mall pun sama2 satu keter.. pak arab tuh kata, kat arab nih, bila suami kata nak kawin, isteri akan cadangkan, biasanya isteri akan pilihkan dari kalangan kawan2 dia so diorg boleh berkawan dengan lebih rapat dengan ikatan kekeluargaan..

abede wrote:
Pompuan ni sebenarnya depa ni tak nampak kebaikan dari proses poligami dlm islam ni ..itu jerrr..depa tak tahu betapa besarnya pahala dan juga kesenangan yang dijanjikan Allah pada isteri-isteri poligamini ni...maklum la tak nampak? yang nampak dengan mata kasar cuma pahit, pedih, susah dan segala macam yang tak best saja...hmmm

ada banyak sebab, antaranya:

1) mmg susah nak cari pompuan baik yg sanggup berkorban demi kebahgiaan suami tanpa memikirkan diri mereka sendiri.. banyak pompuan takut dia dilupakan bila suami kawin lain.. susah nak cari seperti Saudah ra.

2) salah para lelaki yang mengeksploitasi poligami, memberi cermin buruk pada keindahannya.. ini sama juga seperti pompuan bertudung tapi gie beromen kat taman bunga.. kegagalan untuk mengendalikan diri.. padahnya memburukkan nama Islam..

3) mmg fitrah pompuan yang 'bengkok'.. tak mahu berkongsi, hanya mahu suami untuk dirinya saja.. cemburu yang berlebihan hingga sampai ke tahap suami nak berziarah ke kawan2 pun tak beri.. sentiasa buruk sangka terhadap suami.. hati yang sering berbayang2..

4) keadaan persekitaran dalam zaman yang menakutkan perempuan.. media2 yang mengeksploitasi sensasi dan berusaha memburukkan.. usaha emansipasi yang menjadikan women supreme..

5) ketakutan dalam diri perempuan.. ketakutan yang berlebihan hingga tidak bertiangkan paksi Islam.. takut kehilangan kasih sayang manusia bernama suami.. takut kehilangan kesenangan.. takut diabaikan.. takut untuk hidup sendiri, walaupun mati itu sendiri..

Syasha wrote:
dulu nabi berpoligami sebab dia berniat baik..bukan sebab saja gatal nak 'makan nasi' atau atas sebab2 gatal yg lain. so awak ni nak berpoligami atas sebab2 seperti yang nabi buat ker? haa baik awak check tengok lam hati awak tu ikhlas ker atau saja2 nak nyusahkan diri & isteri pertama awak? kang dosa kering jek dapat ..

ini adalah hasutan syaitan.. setiap sunnah Nabi saw terkandung kebaikan.. asalkan istiqamah.. kita tidak dianjurkan untuk melihat ikhlas orang lain bahkan melihat ikhlas dalam diri kita sendiri.. bagaimana kita boleh bertanya tentang ikhlas orang bilamana kita sendiri tak ikhlas? waima dosa itu bukanlah urusan kita untuk mengukurnya..

chakciboo wrote:
masalahnya, nak mohon kebenaran berpoligami ni nak kena beri alasan sebab nak berpoligami... yg ni yg payah orang nak bagi... agak2nya apakah alasan yg pling logik sekali yg boleh dikemukakan di hadapan hakim ... boleh kengkawan tulung beri buah fikiran dan lontarkan idea sedikit...

sesungguhnya sama lah alasan sebagaimana alasan perkahwinan yang pertama.. bernikahlah kerana Allah..

abede wrote:
Lebih kurang ginilah, aku nampak ramai kaum perempuan punya tindakan, perbuatan dan juga pendapat banyak dipengaruhi oleh emosi bukan berlandaskan kebenaran yang hakiki..nak eleborate panjang aku tak reti cuma keywordnya adalah emosi. Kekadang sesuatu yang benar pun akan jadi salah...yang salah pun boleh nampak cam betul jer hanya kerana pengaruh emosi..

adalah kewajiban org lelaki untuk menasihati org perempuan.. perempuan itu dijadikan dari tulang yang paling atas, yg paling bengkok, jika kita lelaki cuba meluruskan dengan serentak nescaya dia akan patah, dan jika kita biarkan dia akan semakin bengkok.. sebab itu wajib kita menasihati org perempuan dengan sebaik2 perkataan.. lelaki itu akal, perempuan itu perasaan..

sekafu wrote:
nasihat org tua-tua, sedapnya hanya 10 ker 15 minit tapi masalahnya sepanjang hayat.

begitulah kita manusia, sering mengejar dan dihanyutkan oleh kenikmatan sesaat di dunia.. sedangkan kita tahu syurga itu nikmat yang kekal.. astaghfirullah..

mizana wrote:
cuma nak tanya satu soklan jerlah...
kenapa ramai no lelaki nak berpoligami dgn alasan nafsu terlalu kuat?
apakah x cukup dgn isteri di rumah?
atau saja butakan mata walau isteri cantik sebab dah terjatuh hati dgn perempuan di luar? yg ptg nak rasa perempuan tu pulak..

tak cukup kah satu? tak blehkah dilempiaskan nafsu pada isteri pertama saja? bolehkah digunakan alasan nafsu sgt kuat utk beristeri lain sedangkan ada isteri yg menunggu di rumah?


persoalan cukup adalah persoalan hati.. pada banyak itu rahmah dan pada sedikit itu berkah.. sebagaimana persoalan hak dan tanggungjawab.. ramai dari kita berkisah2 tentang hak sedang kita lupa tanggungjawab.. sedang kita sendiri terlalu cintakan dunia.. biarlah dunia dalam genggaman tangan dan tidak meninggalkan bekas dalam hati kita.. sepertinya urusan rezeki begitu juga urusan jodoh.. semuanya ketentuan Tuhan.. moga menjadi pengajaran buat kita..

dalam urusan rezeki kita diperbolehkan mengumpul harta bilamana harta tidak berbekas dalam hati kita.. bermaksud jika harta boleh membuat kita lebih tenang dalam urusan menghadap-Nya.. hanya saja miskin tetaplah satu keutamaan.. kerna harta datang dengan tanggungjawab.. sebegitu juga dengan urusan berbini banyak.. bilamana ia mendatangkan ketenangan dalam ibadah, sedang keutamaan adalah berbini satu.. renungkan perbandingan ini..

kecewa wrote:
fuuuh .. org lain pong makang jugak tapi ingat lagi guruh ker hujan ker .. ni tidak asyik2 nak tut tutt jer, lepas tut tutt terus jer kruuuh kruuh .. hei apsal la cam tu .. tu la Nafsu besar tapi kederat nya hempeh

org pompuan la ni bukannya heran laki nak kawing lain tapi dgn syarat la .. mesti mampu .. maid satu .. kete satu .. rumah satu .. serba satula .. fuuh jarang sangat yg dapat bagi tuuu .. nak hisap rokok pun mintak duit bini .. angan2 nak kawin lebih .. fuuuuuh


sesungguhnya dijadikan sebahagian dari kalangan kita itu sebagai pengajaran kepada yang sebahagian lagi.. maka ambillah kebaikan dari kalangan kita sebagai petunjuk dan keburukan dalam kalangan kita sebagai nasihat..

Suzie1 wrote:
Kesimpulannya, orang yang berpengetahuan dan tahu apa hukumannya bila diakhirat sekiranya berlaku ketidakadilan, pengabaian dan sebagainya, rata-ratanya memilih untuk beristeri satu sahaja dan masa yang selebihnya diperuntukkan untuk beribadat.

Nasihat saya cuba bahagiakan apa yang ada, menolong isteri dirumah, bantu anak2 dengan kerja sekolah, nasihat, bimbingan sembahyang, ajar mengaji dan sebagainya. Dengan semua aktiviti kita sebenarnya sangat kesuntukan masa. Fikirlah pasal anak2, sekarang pun kita sebuk bekerja dan cuma bertemu anak2 pada waktu malam, gunakanlah masa yg sedikit untuk bermesra dengan anak2. Nafsu kalau dilayan tak akan padam sampai bila2 pun.

pernah aku sebut bahawa jika manusia ini paham akan makna poligami yang sebenar, maka setiap isteri akan meminta suami utk berkahwin lagi sedangkan suami akan tetap dengan satu isterinya.. kerna jika tidak akan sebab Nabi saw menganjurkan untuk berkahwin, maka tiadalah org lelaki berkehendakkan kepada perkahwinan..

akan Allah menjadikan manusia dengan akal dan nafsu agar kita mempunyai kehendak dan kemahuan, sebagai tanda kebergantungan kepada-Nya.. supaya kita menginsafi akan maksud terdesak dan meminta kepada-Nya.. sedang berdoa memohon kepada-Nya bukanlah dalam dasar mengatur hidup kita sebaliknya untuk menginsafi akan kebergantungan kita kepada-Nya..

Suzie1 wrote:
Bayang kan pendapatan bulanan dia beraper? Ada berani?

sekali lagi nak jelaskan.. maka kemampuan poligami itu bukan didasarkan kepada harta.. lebih kepada urusan hati.. ini yang jadi kekalutan..

contoh kita lihat dizaman ini dimana susahnya isteri redha dengan kemampuan suami.. seberapa banyak yang sanggup syukur jika suami hanya boleh mengadakan makanan sekali sahaja dalam sehari, beberapa pakaian sahaja dalam setahun, kelengkapan rumah apa adanya, etc.. seramai mana isteri yang ikhlas bila suami menginfaqkan hartanya ke jalan agama, hingga tiada yang tersisa buat keluarganya.. sabarkah isteri jika ditinggalkan suami berbulan2, menguruskan rumah dan anak2 sendiri, sedang suami keluar untuk urusan agama..

sungguh benarlah "payung emas" itu hanya utk yg qualified sahaja.. hanya untuk yang tulus tanpa batas terhadap suaminya, regardless suami kawin lagi atau tidak.. wallahualam..

Joedett wrote:
Saya rasa ini bukan isu hukum berpoligami.Yang menjadi isu saya rasa adalah bagaimana melaksanakan poligami itu sendiri.
...cut...
Malah sahabat2 utama yg 4 sendiri tidak berpoligami.Jadi maksudnya di sini poligami adalah dr hal tanggungjawab dan kepimpinan;bukan cuma nafsu dan keinginan syahwat semata2.
...cut...
Berikan nama baik pada poligami.Dgn cara itu lama kelamaan masyarakat kita tidak lagi memandang serong terhadap pengamal poligami.
...cut...


maaf potong2.. takut panjang sangat sebab komen pun dah panjang

maka benarlah kata sahabat kita nih.. akan rumahtangga itu adalah persoalan tanggungjawab dan kepimpinan.. kekuatan sesuatu ummah bergantung kepada kekuatan lelakinya.. melihat akan kekalutan org lelaki sekarang terhadap poligami, itu adalah satu cermin tentang bagaimana kalutnya keadaan hati org2 lelaki di zaman kita ini.. bilamana mahu membuat keputusan itu sendiri mereka diduga oleh orang2 perempuan dan mengalah mereka terhadap halal dan beralihnya perhatian kepada haram..

serongnya pandangan para musyrikin terhadap Islam pada zaman ini menunjukkan kelemahan para muslimin dalam mempertahankan keindahan Islam.. tentang bagaimana kita dengan mudah bersyukur menjadi seorg muslim dan tidak teruja menjadi seorang mukmin yang sejati.. bagaimana mungkin kita menghadapi kaum kafirin jika dalam urusan domestik sendiri kita tidak dapat bertegas..

Qyrana_Biru wrote:
tu la yg QB katakan nak menjadi superhero untuk melenturkan 4 tulang rusuk yang bengkok bukannya mudah..
kene ada banyak ilmu 'membentuk' dengan KEKUATAN dan KESABARAN...

lelaki itu akal dan perempuan itu perasaan.. lelaki tanpa perempuan umpama akal tanpa perasaan.. akal digunakan untuk menundukkan perasaan, sedang perasaan itu menuntun akal.. ini yang harus difahami.. sebagaimana suami itu cermin akal dalam rumahtangga, isteri adalah cermin perasaannya.. wallahualam..

joedett wrote:
Yang penting kita tahu apa tujuan dan oblektif kita berpoligami.Adakah krn isteri tidak mampu penuhi tuntutan batin;atau ingin membantu balu yg kematian suami yg anaknya ramai yg perlukan pembelaan;atau sekadar jatuh cinta lagi dgn anak dara di tempat kerja;dan seterusnya.Walau apapun sebab dan tujuan berpoligami haruslah memenuhi syarat2 spt yg tlh dinyatakan di post sbl ini.Poligami itu kan tujuan asalnya sbg jalan penyelesaian bukan penambah masalah.

sekali lagi benarlah saudaraku.. dalam setiap perbuatan dan ibadah kita perlu kita pahami tujuannya.. waima solat sendiri pun kita kena tahu kenapa dan mengapa kita mendirikannya, bukan semata kerna suruhan.. ada hikmah yg perlu kita gali dan ada rahmat yang perlu kita kecapi..

merenung dan berfikir itu riadah akal.. isteri dan anak2 adalah penenang hati lelaki.. Islam itu menguraikan setiap kekusutan..

abede wrote:
Nafsu lelaki adalah keperluan manakala nafsu perempuan adalah kehendak.
Perempuan kalau cuti melakukan sex utk jangkawaktu yang panjang tidak akan ada apa-apa effect tapi jika lelaki yang mempunyai keinginan sex yang normal jika tak dapat melakukan sex utk jangkawaktu yang panjang kesannya amat teruk..dan boleh merosakkan otak dan pertimbangan kewarasan berfikir..Ini adalah normal.


ini quote besar makna nih.. :D
secara fitrahnya begitulah.. kerna itu berkahwin nih lebih besar ibadah dari berpuasa.. tapi puasalah yang utama.. hidup kita bukanlah semata urusan nafsu, tapi menundukkan nafsu adalah keutamaannya.. jadi berserabut pulak ayat aku..

sekafu wrote:
Apapun TEPUK DADA TANYA SELERA.

betul kata yang dipertua sekafu.. tepuk dada tanya selera.. tanya nafsu.. jangan tanya nafsu lawamah saja.. tanya semua sekali.. ada org muda sekarang kata tanya iman.. bolehlah tanya iman.. sebab ini semua adalah urusan hati.. yang bertanya tuh akal.. akal mmg bertanya pada hati.. kalo hati tak tentu arah, akal pun berserabut.. wallahualam..

Syasha wrote:
p/s: mesej ni utk YANG - kalo u cakap nak kawen lagi, i sepak b*nt*t u

jangan sepak.. derhaka tuh.. kalo yang cakap nak kawin lagi, sokong dia, nescaya dia jadi lebih mengerti mengapa dia tak perlu kawin lagi.. dia bercakap tuh umpama akal bertanya hati.. hati kena tenang, kalo hati tak tenang bagaimana hati nak menuntun akal.. wallahualam..

Qyrana_Biru wrote:
sebab tu bukan mudah nak cari lelaki yg boleh mengukir emosi wanita dalam acuan kasih dan sayang yang hakiki...

kerna itu pahamilah saudariku bahawa lelaki tak dapat melakukannya tanpa disemai dan dibelai dengan kasih sayang seorang perempuan.. tenang seorang lelaki terletak pada perempuannya.. tenangkanlah hati suamimu nescaya tertunduklah nafsunya dan tertuntunlah akalnya.. insya-Allah
Read On 0 ulasan

tempat wanita dan nilai kemajuan..


kaloi82 wrote:
n kalo kate susah2, jgn keje, mana laa kita nk maju, ada sijil tinggi2, wat pekasam kat umah...

aku paham kita nih hidup di zaman keliru, dimana konsep maju nih dah bercelaru.. majukah kita dengan bekerja dan bergaji tinggi? majukah kita dengan baju mahal, rumah besar, makan kenyang dan harta bertimbun? majukah kita sedang jiran kita ada yang dalam kesusahan? jiran itu ukurannya 60 keluarga keliling kita.. kalau itu ukuran maju maka tanggalkanlah iman dan kejarlah 'kemajuan'..

baca sirah bukan sekadar sirah Nabi saw sahaja.. baca juga sejarah tamadun Islam.. akan makna maju bukanlah kerna kekayaan sebaliknya dengan ketinggian ilmu..

maka akan belajar tinggi2 bukanlah untuk mengejar dunia melainkan meraih redha Tuhan.. jangan habis universiti kita berhenti menuntut ilmu.. adapun menjadi ilmu itu bila kita dapat paham sehingga kita yakin untuk mengajarkannya.. maka menjadi pekasam itu bila kita memeramnya..

apakah tujuan asal kita belajar? supaya dapat kerja? maka sebegitukah harga ilmu yang kita tuntut bertahun2? begitukah nilai ilmu sehingga tidak dapat kita aplikasikan dalam hidup seharian kita jika kita tidak bekerja? sebagai contoh, adakah ilmu seorg doktor itu perlu buka klinik? tiadakah ilmu itu berguna dalam keluarga? begitu juga dengan jurusan ilmu yang lain.. begitu jumudkah kita tentang nilai ilmu?

tidakkah kita terbayang bagaimana hebatnya generasi Islam di masa hadapan jika mereka terdidik di sekolah dan terdidik pula di rumah oleh seorang profesional.. rugikah kita bertahun2 belajar di universiti dan hanya mendidik anak2 dan menguruskan suami di rumah? pandanglah ke depan.. masa depan anak2 kita.. masa depan ummah.. toleh ke belekang sejenak sebagai panduan.. bagaimanakah generasi huru-hara yang didepan mata kita sekarang dibentuk sebelumnya.. bukankah kegilaan emansipasi wanita sudah membuahkan hasil?

sekadar memberi pendapat.. wallahualam..

ummu_aiman quote:
tepuk dada, tanyalah IMAN..

dah tepuk dada tuh tanya sekali, dimana tempatnya perempuan? terhinakah jika perempuan terperuk di dapur sedang tenang suami itu di dalam rumahnya?

juga aku nak jelaskan bahawa tidaklah aku menidakkan keupayaan wanita.. hanya beradalah di tempat yang sewajarnya dan bertindaklah sewajarnya.. jangan terikut2 dakyah para kafirun berlumba2 memuaskan nafsu dengan kedudukan dan harta.. berlumba2 untuk saling menguasai dan menunjukkan kekuasaan.. ini dunia yang hanya sementara sifatnya.. gunakanlah dunia ini untuk meraih akhirat yang kekal.. bahagia di dunia dan bahagia di akhirat..

sungguh aku mengerti akan bagaimana kita terperangkap dalam sistem kafirun hingga tiadalah kita mampu untuk tenang sekadar hidup dalam kemiskinan.. tentang bagaimana perihnya mencukupi sekadar keperluan.. saling membantu suami dan isteri adalah tanda kasih sayang.. genggamlah dunia dalam tanganmu dan usahakanlah agar ia tidak berbekas dalam hatimu..

mengintai sejenak akan para lelaki yang semakin lemah di zaman ini kerna dimanjakan oleh wanitanya.. hingga isteri pula yang bersungguh-sungguh menafkahi keluarga sedang suami hanya mencari-cari alasan untuk bermalas-malasan melayan syahwat..

wahai para wanita, pulangkanlah tanggungjawab lelaki kembali kepada mereka agar mereka terbangun dari lena mereka.. agar mereka sedar bahawa keruntuhan ummah yang berlaku itu kerana kealpaan mereka.. perlakukanlah para lelaki sebagaimana sepatutnya..

wahai para lelaki, keluarlah dari selimutmu.. sesungguhnya malam itu sudah lama berlalu, hadapilah hari siang, laksanakanlah tanggungjawab.. didik dan nafkahilah keluargamu.. berlemah lembut dan berbuat baiklah pada keluargamu.. tegas dan cemburulah pada agamamu.. takut dan redhalah pada Tuhanmu.. rapatkan saf sahabatku sekalian dan tetapkanlah hati kita.. moga Tuhan merahmati kita semua.. amin..

Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008