semalam ketika aku membaca emel seputar isu kartunis danish yg melakarkan imej Nabi Muhammad saw dan membuat lelucon yang pedih, mengaitkan baginda saw dengan bayangan seks dan terorisme - satu penghinaan yang bukan kecil terhadap umat Islam keseluruhannya, aku terdengar seseorang ketawa dibelakangku. ketawa itu muncul di tengah2 kelompok teman2 yang mengerumuniku untuk sama2 melihat sejauh mana kebiadaban manusia terhadap utusan Tuhan.
ketawa itu tersangat pedih dalam hatiku. seolah2 menyayat hatiku. apakah tidak ada sensitiviti dalam dirinya? aku terus menegurnya tanpa menoleh kebelakang bahawa dia tidak patut ketawa, malah tidak boleh tertawa melihat lelucon jijik itu. tapi dia malah mengatakan mengapa tidak tertawa sedangkan tulisannya kartunis itu lucu. langsung aku beritahu bahawa ini bukan jenaka tetapi suatu penghinaan, dan tidak ada org yang tertawa dengan penghinaan, apalagi yang sebusuk ini.
sejak zaman berzaman, Nabi saw sering dikaitkan dengan seks dan keganasan oleh para musuh Islam. Dua isu yang sering dipergunakan untuk melemahkan, bahkan untuk melaga2kan umat Islam. malah sejak dahulu lagi bagaimana para kafirin membayangkan bahawa buraq tunggangan Nabi saw mikraj ke langit itu berupa kuda yg berkepalakan wanita.. sangat menjijikkan.. bukanlah perkara yg aneh melihat mereka mempersendakan kejahilan mereka sendiri yg menutup pintu hati ke arah kebenaran.. bukankah jelas dalam Islam akan kedudukan seks dan implikasi keganasan dibahaskan dalam al-Quran dan sejumlah hadis yang ditinggalkan baginda saw? mengapa ini masih menjadi suatu titik kelemahan umat Islam?
kita lihat semula dalam diri kita, adakah kita yang menyebabkan Rasullullah saw difitnah? musuh Islam sudah semestinya tetap dengan kebencian mereka kerna kejahilan mereka, tapi bagaimana pula dengan kita? bagaimana dengan kita yang sering mempermainkan sunnah Rasul untuk berpoligami, tapi akhirnya kita menghancurkan institusi pernikahan itu sendiri. bagaimana kita memanipulasi jihad untuk kononnya memperjuangakan agama, bahkan sebenarnya untuk kepentingan diri kita sendiri. bukankah kita yang membuatkan Rasulullah saw difitnah?
org denmark kata diorg bukan berniat nak mempersendakan Rasulullah saw atau mempermainkan Islam.. kartun ini tercipta dgn arahan kepada para kartunis untuk melukis apa pendapat mereka ttg Islam..
dari satu segi mmg mereka keterlaluan, dan tiadalah aku membenarkna perbuatan mereka.. hanya saja terfikir olehku, jika itu pendapat mereka ttg Islam, bermakna byk yg harus dilakukan oleh umat Islam dalam memberi kefahaman kepada para kafirin..
kita harus melihat realiti bahawa Islam secara global didakyah sebagai satu agama yg membenarkan kekerasan dan menidakkan peranan wanita dalam masyarakat. ini yg mereka lihat berlaku dalam komuniti Islam, walaupun berbeza dari kebenaran dalam risalah Tuhan..
persoalannya ialah dari mana mereka mendapat persepsi begini kalau tidak dari perlakuan yg docintohkan oleh umat Islam sendiri. sejauh manakah kita mengikuti ajaran Nabi saw, atau kita hanya bertopengkan Islam dalam mencapai kemahuan kita? ini persoalan yg harus dijawab oleh kita sebagai umat Islam. show by example.
falsafah adalah duduk dan berfikir, sedangkan jalan sufi adalah mengalami dan mengasimilasi.. byk dari kita tahu semua hukum hakam dan teori Islam tetapi berapa banyak dari kita yg mengamalkannya. maklumat tidak akan menjadi ilmu tanpa pengamalan.
ini dilema kita, terutama yg bertuah lahir sebagai Islam. kita merasa diri kita Islam kerna kita lahir sebagai Islam. begitulah kita lupa jika Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui mentakdirkan kita lahir sebagai kafir, kita tidak akan mampu melihat sinar Islam. sedang kita yg lahir dalam Islam masih teraba2 mencari arah dan jalan yang lurus. maka bersyukurlah kita ke hadrat-Nya Yang Maha Kuasa kerna memberikan kita jalan yg lebih mudah menuju-Nya.
begitu juga heboh yg dikatakan surah palsu hingga wujud citer Quran palsu.. asal mula cerita berlaku apabila para kafirin dicabar untuk membuat ayat yg sempurna seperti ayat Quran.. apabila mereka cuba mencipta surah mereka untuk membenarkan kejahilan mereka, umat Islam pula yg meloncat kepanasan dan mengatakan para kafirin cuba mendakyah dan merosakkan kesucian risalah Tuhan dengan surah2 palsu ciptaan mereka, tapi kita lupa bahawa kita yg mencabar mereka. adakah sebenarnya kita takut dengan bayang2 kita sendiri?
secara peribadi aku kagum dengan umat Islam yg sanggup menyingsing lengan dan mengangkat senjata mempertahan kebenaran dan kesucian Islam.. hanya kadang2 aku sedih melihat kita tidak mempergunakan peluang ini sebagai kesempatan untuk memberi pemahaman yg lebih jelas tentang Islam kepada mereka yang masih sesat itu.
bila ada org Islam yg murtad, kita terus saja naik darah dan menjatuhkan hukuman bunuh.. org2 yg dalam kegelapan melihat ini sebagai keganasan. dari satu segi mmg benar kita harus mempertahankan Islam dengan apa cara sekalipun, tapi dalam contoh murtad, kita dianjurkan memberi tarbiyah kepada mereka2 yg tersesat. menerbitkan semula cahaya iman dalam diri mereka. ini semua mungkin kerna Islam itu kebenaran. dan kebenaran itu jelas.
dan jika mereka masih menidakkan kebenaran yg jelas maka kita menganggap mereka mengkhianati kebenaran dan ketika itu jatuhlah hukuman mati, itu juga untuk mereka yg 'memejamkan mata' berfikir untuk kali terakhir sama ada mereka rela mempertahankan kesilapan mereka yg sudah jelas.
hanya saja aku melihat hukuman bunuh utk org yg murtad dijalankan atas dasar marah, sedang Islam itu agama yg lembut. bukan hanya marah kerna si murtad mengkhianati kebenaran tetapi marah kerna si pentarbiyah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorg muslim yg menyintai seorg muslim yg lain.
aku melihat kes kartun ini sebagai kesempatan buat umat Islam. bukan sekadar menunjukkan kebersatuan kita dalam menentang sebarang bentuk penghinaan, bukan sekadar membina iman kita supaya lebih kental menyintai Nabi saw, tapi juga sebagai kesempatan untuk memberi penerangan pada mereka tentang asas mengapa kita tidak menggambar Nabi saw? tentang mengapa gambaran mereka tentang Islam itu salah? sebab yg aku nampak sekarang.. byk dari kita yg bereaksi ttg kes kartun ini, membenarkan apa yg mereka gambarkan..
Post a Comment