exhausting anger

cubaan untuk memadamkan marah atau menahan marah adalah umpama menutup api dengan sekam.. marah takkan hilang tapi bertumpuk2 menjadi bom jangka menanti masa untuk meledak..

anger management is not about killing the anger, but channeling it out in positive way. marah tuh energi. its ok utk rasa nak marah.. cume rugi kalau disia2kan energi tuh begitu saja.. kena belajar cara nak channel out anger..

marah itu fitrah manusia.. semua org marah.. secara peribadi aku berpendapat its good to feel angry.. its energy.. yg byk org punya masalah ialah bagaimana nak channel out anger tuh..

aku bagi contoh.. ada kawan aku dulu, dia ada assignment nak buat tapi tak penah siap2.. ada saja laa alasan dan halangan.. satu hari dia kena kutuk kaw2 dengan sorg awek.. dah la awek tu cun.. dia ada hati lak kat awek tuh.. so memang dia bengang giler.. rasa nak tampar jer awek tuh.. but instead dia balik bilik dia, duduk, dan siapkan assignment dia.. at the end of the task, bukan hanya dia rasa lega dapat lepaskan energi marah dia tuh, malah assignment dia adalah yg terbaik untuk semester tuh..

sorg lagi kawan aku, dia mmg main tenis tapi mmg kalo tournament tak penah menang.. so aku cuba teknik marah nih.. aku kutuk dia kaw2.. siap dia nak bertumbuk laa dengan aku.. tapi aku kata kat dia "prove me wrong!".. u can guess the happy ending rite.. he won the tournament.. for the first time.. finally..

banyak org bila marah, dia rasa nak menjerit atau nak tumbuk muka org.. mmg betul ko leh puaskan marah ko dengan cara macam tuh.. tapi apa gunanya? puas hati? silap2 ko create masalah yg lain.. jadi pendapat aku cari jalan untuk channel out energy marah tuh.. and you will be surprise with yourself.. good luck..

banyak org marah sebab dah menyampah dengan perkataan sabar.. menyimpan marah bukan org yg sabar, hanya org yg cuba bersabar.. org yg sabar dia tak marah.. tapi kita tinggalkan dulu citer org sabar nih.. kita citer bab marah.. sebab tuh bila kita suh org yg tengah marah bersabar dia akan jadi lebih marah lagi.. again.. to me its good.. means more energy.. tapi camna nak guna energi nih secara positif.. emm..

pertamanya, simpan marah kita. ada dua sifat marah, satu jenis bila simpan makin lama makin jadi dendam, satu lagi kalo dibiarkan marah tuh akan padam.. so kenali sifat marah kita yang mana satu..

dua, cuba pikirkan apa yg kita nak buat selama ini tapi kita tak pernah dapat buat. perkara yg betul2 kita nak. dan semestinya punya impak positif dalam hidup kita dan persekeliling kita. regardless how small is it.. nak tanam bunga, nak menajak depan rumah, nak siapkan novel, etc.. tapi yg penting adalah aktiviti fizikal.. yg memerlukan tenaga.. go-kart, mount climbing, anything..

tiga, fokus pada apa yg kita nak buat dan gunakan energi marah kita dalam melakukannya.. bila marah kita akan jadi lebih fokus sebenarnya.. so ingat kembali perkara yg kita marah dan buat apa yg kita nak buat.. masa buat tuh fokus, jgn fikir benda lain.. hanya antara apa yg kita nak buat dan perasaan marah kita..

jika masih ada sisa marah.. then do something else.. sampai habis marah ko.. jangan berhenti hingga ko betul2 habis marah.. and it is true.. its a hell of exhausting process.. its your choice..

Read On 0 ulasan

Can u still laugh?



semalam ketika aku membaca emel seputar isu kartunis danish yg melakarkan imej Nabi Muhammad saw dan membuat lelucon yang pedih, mengaitkan baginda saw dengan bayangan seks dan terorisme - satu penghinaan yang bukan kecil terhadap umat Islam keseluruhannya, aku terdengar seseorang ketawa dibelakangku. ketawa itu muncul di tengah2 kelompok teman2 yang mengerumuniku untuk sama2 melihat sejauh mana kebiadaban manusia terhadap utusan Tuhan.

ketawa itu tersangat pedih dalam hatiku. seolah2 menyayat hatiku. apakah tidak ada sensitiviti dalam dirinya? aku terus menegurnya tanpa menoleh kebelakang bahawa dia tidak patut ketawa, malah tidak boleh tertawa melihat lelucon jijik itu. tapi dia malah mengatakan mengapa tidak tertawa sedangkan tulisannya kartunis itu lucu. langsung aku beritahu bahawa ini bukan jenaka tetapi suatu penghinaan, dan tidak ada org yang tertawa dengan penghinaan, apalagi yang sebusuk ini.

sejak zaman berzaman, Nabi saw sering dikaitkan dengan seks dan keganasan oleh para musuh Islam. Dua isu yang sering dipergunakan untuk melemahkan, bahkan untuk melaga2kan umat Islam. malah sejak dahulu lagi bagaimana para kafirin membayangkan bahawa buraq tunggangan Nabi saw mikraj ke langit itu berupa kuda yg berkepalakan wanita.. sangat menjijikkan.. bukanlah perkara yg aneh melihat mereka mempersendakan kejahilan mereka sendiri yg menutup pintu hati ke arah kebenaran.. bukankah jelas dalam Islam akan kedudukan seks dan implikasi keganasan dibahaskan dalam al-Quran dan sejumlah hadis yang ditinggalkan baginda saw? mengapa ini masih menjadi suatu titik kelemahan umat Islam?

kita lihat semula dalam diri kita, adakah kita yang menyebabkan Rasullullah saw difitnah? musuh Islam sudah semestinya tetap dengan kebencian mereka kerna kejahilan mereka, tapi bagaimana pula dengan kita? bagaimana dengan kita yang sering mempermainkan sunnah Rasul untuk berpoligami, tapi akhirnya kita menghancurkan institusi pernikahan itu sendiri. bagaimana kita memanipulasi jihad untuk kononnya memperjuangakan agama, bahkan sebenarnya untuk kepentingan diri kita sendiri. bukankah kita yang membuatkan Rasulullah saw difitnah?

org denmark kata diorg bukan berniat nak mempersendakan Rasulullah saw atau mempermainkan Islam.. kartun ini tercipta dgn arahan kepada para kartunis untuk melukis apa pendapat mereka ttg Islam..

dari satu segi mmg mereka keterlaluan, dan tiadalah aku membenarkna perbuatan mereka.. hanya saja terfikir olehku, jika itu pendapat mereka ttg Islam, bermakna byk yg harus dilakukan oleh umat Islam dalam memberi kefahaman kepada para kafirin..

kita harus melihat realiti bahawa Islam secara global didakyah sebagai satu agama yg membenarkan kekerasan dan menidakkan peranan wanita dalam masyarakat. ini yg mereka lihat berlaku dalam komuniti Islam, walaupun berbeza dari kebenaran dalam risalah Tuhan..

persoalannya ialah dari mana mereka mendapat persepsi begini kalau tidak dari perlakuan yg docintohkan oleh umat Islam sendiri. sejauh manakah kita mengikuti ajaran Nabi saw, atau kita hanya bertopengkan Islam dalam mencapai kemahuan kita? ini persoalan yg harus dijawab oleh kita sebagai umat Islam. show by example.

falsafah adalah duduk dan berfikir, sedangkan jalan sufi adalah mengalami dan mengasimilasi.. byk dari kita tahu semua hukum hakam dan teori Islam tetapi berapa banyak dari kita yg mengamalkannya. maklumat tidak akan menjadi ilmu tanpa pengamalan.

ini dilema kita, terutama yg bertuah lahir sebagai Islam. kita merasa diri kita Islam kerna kita lahir sebagai Islam. begitulah kita lupa jika Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui mentakdirkan kita lahir sebagai kafir, kita tidak akan mampu melihat sinar Islam. sedang kita yg lahir dalam Islam masih teraba2 mencari arah dan jalan yang lurus. maka bersyukurlah kita ke hadrat-Nya Yang Maha Kuasa kerna memberikan kita jalan yg lebih mudah menuju-Nya.

begitu juga heboh yg dikatakan surah palsu hingga wujud citer Quran palsu.. asal mula cerita berlaku apabila para kafirin dicabar untuk membuat ayat yg sempurna seperti ayat Quran.. apabila mereka cuba mencipta surah mereka untuk membenarkan kejahilan mereka, umat Islam pula yg meloncat kepanasan dan mengatakan para kafirin cuba mendakyah dan merosakkan kesucian risalah Tuhan dengan surah2 palsu ciptaan mereka, tapi kita lupa bahawa kita yg mencabar mereka. adakah sebenarnya kita takut dengan bayang2 kita sendiri?

secara peribadi aku kagum dengan umat Islam yg sanggup menyingsing lengan dan mengangkat senjata mempertahan kebenaran dan kesucian Islam.. hanya kadang2 aku sedih melihat kita tidak mempergunakan peluang ini sebagai kesempatan untuk memberi pemahaman yg lebih jelas tentang Islam kepada mereka yang masih sesat itu.

bila ada org Islam yg murtad, kita terus saja naik darah dan menjatuhkan hukuman bunuh.. org2 yg dalam kegelapan melihat ini sebagai keganasan. dari satu segi mmg benar kita harus mempertahankan Islam dengan apa cara sekalipun, tapi dalam contoh murtad, kita dianjurkan memberi tarbiyah kepada mereka2 yg tersesat. menerbitkan semula cahaya iman dalam diri mereka. ini semua mungkin kerna Islam itu kebenaran. dan kebenaran itu jelas.

dan jika mereka masih menidakkan kebenaran yg jelas maka kita menganggap mereka mengkhianati kebenaran dan ketika itu jatuhlah hukuman mati, itu juga untuk mereka yg 'memejamkan mata' berfikir untuk kali terakhir sama ada mereka rela mempertahankan kesilapan mereka yg sudah jelas.

hanya saja aku melihat hukuman bunuh utk org yg murtad dijalankan atas dasar marah, sedang Islam itu agama yg lembut. bukan hanya marah kerna si murtad mengkhianati kebenaran tetapi marah kerna si pentarbiyah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorg muslim yg menyintai seorg muslim yg lain.

aku melihat kes kartun ini sebagai kesempatan buat umat Islam. bukan sekadar menunjukkan kebersatuan kita dalam menentang sebarang bentuk penghinaan, bukan sekadar membina iman kita supaya lebih kental menyintai Nabi saw, tapi juga sebagai kesempatan untuk memberi penerangan pada mereka tentang asas mengapa kita tidak menggambar Nabi saw? tentang mengapa gambaran mereka tentang Islam itu salah? sebab yg aku nampak sekarang.. byk dari kita yg bereaksi ttg kes kartun ini, membenarkan apa yg mereka gambarkan..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008