dear frens..
walaupun aku sentiasa kelihatan seperti memperjuangkan poligami tapi to be frank, aku lebih percaya pada monogami.. the truth, bapa aku sendiri kawin dua.. so aku tau bagaimana rasanya kawin dua, bagaimana perasaan bapa aku, mak aku, isteri kedua bapa aku, adik2 aku, anak2 mereka dan seluruh keluarga.. dan bagaimana pula sebagai anak lelaki dan anak sulung aku menguruskan segala kesedihan.. but thats all history..
permulaan kepada kesilapan adalah tidak menyiapkan isteri utk berdikari.. dan ini bukan hanya silap lelaki yg mahu berkahwin lagi tapi jg pada lelaki yg belum mahu kawin lagi.. menyediakan isteri untuk menghadapi sesuatu yg tidak disangkakannya.. expected the unexpected.. kerna kita bila2 masa boleh tiada.. fikirkan.. bolehkah mereka bertahan dgn harta dan ilmu yg kita tinggalkan? bagaimana mereka nak bangkit semula.. material and emotional..
setiap isteri yg sudah bersedia tidak akan membuat sesuatu yg bodoh.. kerna mereka tahu apa nak dibuat dan bagaimana nak bertindakbalas terhadap sesuatu yg tidak diduga.. isteri itu cermin kita sebagai suami..
berumahtangga bukan setakat menyediakan keperluan di waktu sekarang tetapi juga diwaktu mendatang.. contohnya dalam mencari harta.. adakah harta yg kita cari itu utk kesenangannya? atau utk diri kita sendiri? itu persoalan yg perlu kita jawab.. jika benar utk si dia, adakah kita menyakitinya dalam proses mencari harta itu? adakah harta itu menjamin hidupnya di dunia dan akhirat? cuba jengok2 ke hati isteri kita hari ini adakah mereka merasa terkorban dgn pengorbanan kita? adakah kita berada disampingnya setiap kali dia memerlukan kita? adakah harta yg kita tinggalkan kelak menjadi kesenangannya atau bakal menjadi penyakit buatnya?begitu juga didikan rohani.. adakah emosinya stabil? bolehkah dia hidup tanpa kita? sudahkah kita membahagiakan mereka? atau selama ini kita hanya cuba membahagiakan diri kita sendiri? pernahkah kita tahu apa yg sebenarnya mereka mahu dari kita?
memahami poligami membuat kita mengenali keperluan diri.. apa yg kita mahu, apa yg kita perlu dan apa yg boleh kita perbaiki.. benar aku pernah kata kerna sesuatu yg tiada pada isteri kita.. tapi adakah sesuatu yg tiada itu benar2 kita perlukan? adakah isteri kita benar2 tidak mampu mengadakan keperluan itu? atau kita yg tidak pernah mahu menggali kemampuan isteri kita?
bila kita rasa kita tidak dihargai.. how true is the truth? when communication breakdown.. is it about her or mainly about us? bukankah kita yg mentadbir rumahtangga kita, mengapa ada yg tidak berpuashati dgn pentadbiran kita? mereka tidak nampak atau kita yg tidak melihat?
isteri adalah satu anugerah Tuhan yg sangat tidak ternilai.. wujud mereka utk kita.. bukan utk perkara lain.. penciptaan mereka semata2 utk kita sebagai lelaki.. melayani, meneruskan keturunan, penyejuk mata dan penghibur hati.. kadang2 aku lihat lelaki melayan 'anjing' peliharaannya lebih baik dari isterinya sendiri.. lupakah kita akan hakikat isteri?
melihat akan kekurangan isteri itu adalah menilai akan kelemahan diri lelaki.. bukan mereka yg semakin tidak menyenangkan tetapi kita yg semakin menyebalkan.. begitu juga dgn hukum nafsu dan akal.. perempuan itu umpama nafsu kita.. kalo akal kita tidak dapat menundukkan nafsu maka diri kita akan kacau bilau.. adapun nafsu itu mmg fitrahnya utk ditundukkan maka apa pula kelebihan kurniaan akal pada manusia?
melindungi isteri adalah melindungi bahagian diri kita yg paling lemah.. kalo bahagian diri kita yg kuat tak dapat melindungi bahagian yg paling lemah maka apalah guna kekuatan yg dikurniakan-Nya.. apalah gunanya kita diciptakan sebagai lelaki.. kalo lelaki tidak mampu melindungi wanitanya maka wajarkah lelaki itu dipanggil dayus?
byk lelaki tidak dapat mengendalikan isterinya.. itu bermakna lelaki tidak dapat mengendalikan nafsunya sendiri.. adakah akal kita tidak berguna atau kita tidak tahu menggunakan akal kita? hidup adalah satu proses yg panjang.. akal kita berkembang sebanding dgn pengalaman.. pengalaman adalah pelajaran yg terbaik.. pengalaman bukan sekadar merasai tapi mengutip pedoman disepanjang perjalanan.. bukan hanya apa yg terjadi pada diri kita tapi juga pada persekelilingan kita..
lelaki adalah sebaik2 penciptaan Tuhan dan perempuan adalah sebaik2 penciptaan buat lelaki.. menginsafi isteri sebagai sebahagian dari diri kita umpama mengendalikan nafsu kita secara nampak.. yg sepatutnya kita hargai sebagai kelebihan yg Tuhan kurniakan kepada kita.. wallahualam..