bencana itu sebab kita..



sblm aku berkisah nak kena ingatkan yg aku tulis nih kalo lain bunyinya korang kena tegur aku, kalo malas nak tegur maka korang tinggalkan, jangan baca sampai habis..

ada kawan aku mengeluh kata pemimpin yg ada skrg nih zalim.. tindas rakyat.. pastuh dia mengeluh polis pun takleh percaya.. penuh rasuah.. dia kata lagi hidup skrg nih terasa berat.. macam susah sangat nak cari rezeki.. kemudian dia risau pulak musuh2 Islam skrg makin lama makin berani mengancam.. aku dah pernah bagi mcm2 solusi kat dia, tapi hari nih aku jumpa satu hadis yang beritahu bahawa Nabi saw dah pesan dah kat kita lebih 600 tahun dulu.. kita saja yg ketegaq..

Rasulullah saw bersabda:"Bila masyarakat sudah membenci orang miskin dan menonjol-nonjolkan kehidupan dunia serta rakus dalam mengumpulkan harta, maka mereka akan ditimpa empat bencana iaitu zaman yang berat, pemimpin yang zalim, penegak hukum yang khianat dam musuh yang mengancam."

tuh dia.. tepat dan jelas.. sampai aku sendiri takleh nak kata apa dah.. maknanya apa yg berlaku zaman nih semua mmg bencana buat kita.. pasai kita lupa wasiat Nabi saw nih..astaghfirullah.. nih aku kata kat aku laa..

bila org miskin datang mintak sedeqah kita cemuih depa.. pemalas.. tanak usaha.. kalo dia mai duk sblh kita makan dgn baju buruk dan muka serabai tuh, kita jadi tak selera nak makan.. org mai minta derma buat masjid.. kita bagi seringgit tapi merungut muncung sejengkai.. tuh pun kira elok sket laa dari dok diam2 dalam rumah buat2 macam takdak org.. ini wajah kita nih.. kita benci org miskin tapi kita tak mengaku..

bila gaji naik sikit, mula laa baju kita pun upgrade jadi mahai.. takpa laa mahai.. tapi kita pakai sekali tuh jaa.. kita takut malu org mengumpat kita pakai baju buruk pi kenduri.. rumah kena besaq, kalo dak malulah kawan2 nak datang rumah.. kereta kena laa canggih.. kalo idak sapa pun tak layan.. tapi kita kata kat diri kita itu tanda kita tak kufur nikmat.. sebab tuh kita beli.. bukan mewah pun.. takpa laa.. aku pun tak kata jgn beli.. elok laa kalo tak bangga dgn apa yg kita ada..

pastuh kita sibuk kumpul duit.. kumpul harta.. kita kata apa? kita kata utk masa depan.. nih kita nih banyak angan2.. macam kita tau esok kita hidup lagi.. aku habaq kata Nabi saw sabda makan dua kali sehari tuh dah dikira berlebihan, kita kata itu Nabi saw.. kita manusia biasa.. tak pa laa.. kita kata kalo semua org Islam miskin, camna nak bangun negara Islam.. aku tanya nih semua org Islam dok kumpul harta, aku tgok org miskin tak jugak kurang.. barang jadi mahal jugak.. tapi takpa laa.. kalau barang mahai kita masih buleh beli psai kita dah kumpul byk dah..

kita nih doa mintak rezeki melangit dgn Tuhan, tapi kita nak keluaq bagi kat jemaah takuutt.. kita takut jadi miskin.. kita takut tak makan.. kita nih tak percaya janji Tuhan.. Tuhan firman kalau kita sedeqah satu Dia ganti tujuh puluh.. tapi kita tak mau tujuh puluh tuh, kita mau yg satu tuh jugak.. pastuh kita mengeluh kata hidup susah.. padahal makan dekat lima kali sehari.. susah apanya kita nih? baju dalam almari kita bergedung tak pakai dah.. miskin tang mana kita nih?

jadi kalo kita duk buat semua nih.. apa pasai kita nak marah bila dapat pemimpin zalim? dah memang patut laa.. dah memang patut hidup kita berat.. dah mmg patut penegak hukum kita khianat.. dah mmg patut sangat musuh2 Islam nih menyerang lebih hebat.. sebab yg tak patutnya kita dah buat dah semua..

semua org sebut nak jihad.. tapi bila suh gie palestin, mula laa keluaq macam2 nas nak bag kata tak perlu pegi.. biasa dah tuh.. sbb tuh kita suka bagi derma palestin, konon2 kita nak dapat kongsi laa pahala org2 jihad tuh.. nih aku habaq camna nak buat jihad..

"Orang yang membiayai ke­hidupan para janda dan orang-orang miskin bagaikan orang yang jihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari).

Nabi saw dah ajaq dah tapi kita nih pun sebenaqnya tengkorak benak bukan nak sangat pun jihad tuh.. kalo buleh kita nak org lain yg buat tapi kita yang dapat.. buleh kaa lagu tuh? tapi itulah yg kita buat.. itu lah kita.. toksah laa tak mengaku..

nih aku tulis nih bukan kata kat hangpa.. aku kata kat diri aku sendiri.. aku nih pun kapitalis.. kalo perasan dlm poket takdak duit menggelabah.. bila nampak duit byk dlm akaun mula laa takut kalo org nak mintak.. org ziarah puji rumah besar, kereta besar, kembang hati tatau nak kata.. aku laa.. aku laa yg Nabi saw dok kata tuh..

Ya Allah! Maha Suci Engkau sesungguhnya aku org yg zalim. ampunilah aku.. lembutkanlah hatiku kepada orang-orang miskin.. bersihkanlah hatiku dari riak dan bangga terhadap harta2 dunia yg Engkau pinjamkan padaku.. berkatilah rezeki yang Engkau hamparkan padaku.. janganlah Engkau buat aku lupa pada-Mu kerna dunia ini.. rangkullah aku dlm rahmat-Mu.. Engkau Yang Maha Lembut dan Maha Mengasihani.. amin.. amin.. amin.. ya Rabb-al alamin..

Read On 4 ulasan

taubat itu manis..


apa beza manusia dgn iblis? kenapa azazil sebagai malaikat yg terbaik dilaknat dan dijanjikan neraka, sedangkan Adam as sebagai makhluk yg terbaik dimuliakan dan dijanjikan syurga? sedang keduanya melanggar perintah langsung Allah swt.. apa yang membezakan manusia dengan iblis setelah berbuat dosa kepada Allah swt?

ketika Azazil dilaknat oleh Allah swt kerana tidak mahu menurut suruhan Allah swt untuk tunduk kepada Adam as, sesungguhnya kemuliaan Azazil dikalangan malaikat telah membutakan hatinya. maka Azazil memohon kepada Allah swt untuk membenarkan dia menyesatkan Adam as dan manusia keseluruhannya sehingga hari kiamat. maka Allah swt memberi izin kepada Azazil dan menjanjikan neraka jahanam di penghujung perjalanannya bersama manusia yang berjaya disesatkannya.

berlainan dgn keadaan Adam as, yg turut dikeluarkan dari syurga kerna melanggar perintah Allah swt supaya tidak memakan buah khuldi, baginda bertaubat selama 600 tahun memohon keampunan pada Allah swt. ini beza antara manusia dgn iblis.. kemuliaan dan kelebihan bukan sesuatu yang perlu dibanggakan melebihi kekuasaan Allah swt.

maka bagaimanakah pula kita? bagaimana kita bersikap dengan dosa-dosa kita? adakah kita merasakan dosa kita terampun sebagai satu lesen baru yang membersihkan dosa lampau hingga membolehkan kita membuka buku dosa yang baru? atau adakah kita berusaha semakin hari semakin kuat untuk menolak pelukan dosa yang sepertinya semakin tegar merangkul kita?

adakah kita rasa cukup taubat dgn setitis airmata sedangkan Nabi Adam as menangis selama 300 tahun dan tidak mengangkat kepala baginda ke langit kerana terlalu malu pada Allah swt. baginda sujud seratus tahun meratap dosanya. hingga Allah swt menyampaikan wahyu yg bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lezat dan nikmat dari pada air mata taubatmu itu.”

adakah taubat kita seagung taubat Nabi Yunus as di dalam perut ikan Nun yg bermaksud, "Tidak ada Tuhan yng berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yg zalim", hingga kita merasa taubat kita sempurna hanya dengan rasa kesal dlm hati kita yang bertahan selama dua hari, tanpa tersungkur bersujud mengharap redha dan rahmat-Nya?

atau mungkinkah kita seperti azazil yang merasa bahawa Allah swt itu tidak akan mengampunkan dosanya, hingga kita berpatah arang dan mendustakan segala nikmat-Nya yang telah diberikan pada kita? hingga kita tidak mensyukuri malah menggunakan segala nikmat, yang diberikan pada kita, nikmat akal dan sihat tubuh badan, untuk terus menidakkan kebesaran Yang Maha Pengampun?

Dari Anas bin Malik RadhiyahAllahu ‘Anhu ia berkata, Aku mendengar Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman, "Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berhadap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi”.

astaghfirullah. aku berdosa pada-Mu Tuhan. ampunkan dosa-dosaku. berilah aku kekuatan untuk menundukkan nafsuku dan melawan tipu-daya syaitan. tunjukkanlah aku jalan yang lurus. jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat. amin. amin. amin ya Rabb-al alamin.

Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008