muslim harus kaya?



semalam seorang sahabat mengingatkan aku satu hadis yg pernah menyentuh hati aku setahun yg lalu. ketika itu aku bertemu dgn seorg sahabat yg sudah lama terpisah sejak zaman sekolah. ternyata pertemuan itu bukanlah secara kebetulan melainkan satu rahmat Tuhan mahu menyentuh hatiku untuk melihat semula kekacauan yg sedang berlaku dlm hatiku ketika itu.

beliau merupakan seorg yg hebat dalam akademik ketika bersekolah dan melanjutkan pelajaran ke luar negeri selepas sekolah. setelah pulang ke tanahair, beliau ditawarkan pekerjaan dari pelbagai institusi perbankan kerna kecemerlangan akademik dan jaringan sahabat dan saudara-mara. namun beliau memilih untuk tidak bekerja dlm sektor perbankan, kerna pegangan beliau tentang ancaman yg terdapat dalam surah al-baqarah ayat 279. maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.

beliau hanya senyum ketika di'bongok'kan oleh kawan2, di'bodoh'kan oleh saudara-mara malah hanya tunduk tidak menjawab ketika ibunya marah2 kerna mem'bazir'kan ijazah yg dipegangnya. seterusnya beliau memilih utk bekerja sebagai pegawai biasa di sebuah syarikat seorg sahabat sambil berjinak2 dgn perniagaan kecil2an.

ketika aku bertemu dgnnya, maka bertukar khabarlah kami, saling bercerita mengenai perjalanan hidup yg sedang kami lalui. beliau sudah bernikah, isterinya adalah kenalannya ketika menuntut di luar negeri, mempunyai ijazah namun tidak bekerja. tinggal menyewa di sebuah rumah teres. berulang-alik kerja dgn motor yg dibelinya ketika mula bekerja dulu. hidup yg sangat sederhana. namun aku melihat bahagia dari sinar matanya. tenang dan lembut.

hinggalah sampai ke topik kewangan. memang pernah ada sahabat2 lain bercerita mengenai beliau padaku sebelumnya, semuanya menyampaikan khabar simpati melihat keadaan beliau. namun petang itu aku dapat merasakan bahawa beliaulah yg bersimpati dgn aku.

aku masih ingat kata2nya ketika aku mencuit perkara menjadi jutawan dan meninggalkan kemiskinan. beliau hanya berkata, "kita kerja nih ibadah. rezeki itu Tuhan dah tetapkan. jika mmg takdir aku miskin, aku sangat bersyukur, kerna bermakna Tuhan sangat menyayangi aku dan mahu aku masuk syurga 40 tahun lebih awal berbanding jika Tuhan mentakdirkan aku kaya-raya di dunia."

subhanallah. malam itu aku tidak dapat tidur memikirkan kata2nya. dan semalam seorg sahabat mengingatkan hadis itu semula padaku. sangat tepat waktunya utk aku diingatkan semula.

miskin itu yg utama. namun bukan bermakna kita harus bermalas2an. kerna jika kita bermalas2an bermakna kita tidak menjalankan fungsi kita sebagai hamba, yg wajib menyembahnya. menjalani hidup itu adalah bentuk penyembahan pada Tuhan. memberi nafkah dan mencari rezeki itu kewajipan sebagai manusia. berniaga, mendapat keuntungan, bekerja, mendapat upah, dan segala usaha mencari harta adalah satu bentuk penyembahan pada Tuhan.

hanya saja mencari harta itu bukan utk dikumpulkan, sebaliknya untuk diberi semula utk menyelesaikan masalah ummah. para sahabat banyak yg kaya-raya, namun mereka tidak mengumpul harta. Khalifah Abu Bakar ra dan Khalifah Umar ra sendiri telah menunjukkan contoh yg terbaik dalam berlumba2 utk bersedekah. ketika Umar ra menginfaqkan sebahagiandari hartanya utk ummah, Abu Bakar ra menginfaqkan keseluruhan hartanya. ini bentuk kekayaan dalam Islam. bukan apa yg dikumpulkan tetapi apa yg dikeluarkan.

terbaliklah pegangan kita di zaman ini yg mengakui bahawa kekayaan itu diukur dgn jumlah harta yg terkumpul. sesungguhnya itulah org yg miskin. menjemput datang cinta dunia dan menyebabkan lambat 40 tahun utk masuk syurga. andai saja ibadah kita tidak dilalaikan oleh harta tersebut, jika alpa maka lebih lambat lagilah kita menggapai rahmat syurga Tuhan. inikah yg kita kejar?

apabila mencari keuntungan dan mengejar upah tidak sinonim dengan pengumpulan harta, maka terjadilah sekurang2nya dua perkara.. pertama, meniaga dan bekerja itu ikhlas tanpa memberatkan keuntungan pada diri sendiri melainkan untuk melayan ummah dan menyembah Tuhan. kedua, ketika melihat kelemahan dan kekurangan dalam ummah tidak merasa sukar melepaskan harta dari genggaman demi melihat pembangunan dan kekuatan ummah. sebagaimana ansar tidak merasa rugi ketika membanjirkan madinah dengan memecahkan harta2 dan perniagaan dlm gudang mereka ketika turunnya firman Tuhan mengharamkan arak. tanpa ragu akan janji Tuhan.

ini merupakan inti pada pembangunan Islam. saling mengumpul harta untuk diberikan kepada jemaah. sedia memberi nafkah pada janda2 yg kematian suami dan anak2 yatim. tanpa ragu menginfaq utk menyediakan prasarana pendidikan, membiayai para pelajar, menggalakkan pengkajian ilmu, gerakan dakwah dan fasilitas perubatan. demi menyediakan pembangunan insan dalam jemaah, supaya generasi yg dibawah menjadi lebih baik dan tamadun tidak terhambat.

maka setiap org Islam harus kaya, dalam cetakan cara Islam. kekayaan seorg muslim itu dicerminkan oleh jemaahnya, bukan oleh dirinya sendiri. setiap muslim harus berusaha untuk menjadi lebih baik dalam melayani jemaahnya dalam jalur menyembah Tuhannya. ini makna kaya yg sebenarnya.

wallahualam.

Read On 4 ulasan

mencari syurga di dunia dan akhirat




ada org tanya aku psal maksud ttg hubungan 'suami-isteri' sbg interpretasi hubungan 'manusia dgn Tuhan'.. susah sket nak jelaskan dlm perkataan tapi insya-Allah.. kalau mengarut, tegur aku..

bila seorg lelaki menikah, masa ijab kabul, nih maksud serah tanggungjawab penuh dari seorg wali kepada seorg suami.. jalur ke syurga utk org perempuan tuh pun berpindah.. kalau anak tak boleh derhaka dgn ibubapa, isteri tak boleh derhaka dgn suami.. maksud derhaka seorg anak dgn ibubapa, kata 'ah' pun dah derhaka..

bila derhaka nih, tak payah citer masuk syurga, cium bau syurga pun tak dapat, sedangkan syurga nih baunya semerbak jauh, maknanya jauuuhh sangat dari syurga.. jadi bila nak kata 'ah' pun tak boleh, apalagi benda2 lain yg terang2 buat suami kecil hati.. ini bab yg susah tapi senang..

sama antara kita dgn Tuhan.. bila Tuhan kata tak boleh, camna pulak kita nak kata boleh? kita kena usaha nak buat Tuhan sayang kita.. kita pun buatlah solat, baca Quran, zikir, dsu. Tuhan firman wajib solat lima kali saja, tapi kita nak Tuhan sayang kita lebih, kita buat solat2 sunat yg lain.. kita puasa sunat lagi.. sebab kita nak Tuhan sayang kita lebih lagi..

sama dgn isteri dgn suami, masak, basuh baju, kemas rumah tuh semua bukan kerja org perempuan.. yg wajib hanya layan suami.. suami balik tgok isteri hati tenang.. tapi isteri nak suami sayang lebih lagi.. maka isteri masak masakan kegemaran suami, basuh baju bersih2 bagi wangi, kemas rumah bersih berkilat.. supaya suami sayang isteri lebih lagi..

apa jadi bila benda2 sunat nih buat jadi tak seronok? masak lauk penat2 tapi suami kata tak sedap.. rasa sakit hati.. bila dah sakit hati, ikhlas hilang.. sama gak dgn solat.. kita rasa solat bagai nak rak dah, tapi hidup rasa sengsara jugak.. doa sampai berbuih mulut tapi tak gak makbul.. sakit hati.. adakah kita patut berhenti beribadah?

bila doa tak makbul, kita kaji semula diri kita, apa agaknya yg tak kena.. ada dosa lain ker yg menghalang doa? atau cara berdoa tak betul? solat tak kyusu kot? jadi kita perbaiki.. jadi lebih baik.. kita tak sakit hati.. sebab kita kata Tuhan Maha Adil, kita saja yg ada buat benda tak betul.. soalannya kenapa bila suami yg komen kita pulak boleh marah dan geram? dgn Tuhan kita tak merajuk?

nih masuk pulak citer org lelaki.. kita tak kecewa dgn Tuhan sebab kita tahu Tuhan Maha Adil.. bila kita mengadu, Dia Maha Mendengar.. bila kita meminta, Dia Maha Mengabulkan Doa.. selagi kita mintak benda yg munasabah.. kita tahu Tuhan Maha Sempurna.. nih yg jadi masalah kat org lelaki..

seorg suami bila tahu syurga isterinya terletak pada redhanya, maka kena jaga hati.. bila isteri buat salah, kena jadi pemaaf.. bila isteri tak masak, maka ajaklah makan di luar.. pikirkan bila kita buat dosa, agak2 Tuhan akan ampunkan tak? bila isteri kita tak sempurna di mata kita, kita kena ikhlaskan, ajar, didik, tarbiyah.. sebab itu pun yg Tuhan tunjuk.. bila manusia mulai sesat, maka Tuhan turunkan Nabi saw.. Tuhan tak terus hukum.. kecuali bila kita tau tapi kita buat jugak..

nih yg bab sunat.. tapi kena jagalah dulu bab wajibnya.. kena tuntaskan hak pasangan kita sebelum kita berpencak silat menuntut hak kita.. sama antara kita dgn Tuhan.. hak Tuhan kena buat dulu.. mana boleh tak solat tapi mintak makbul macam2..

tapi itu pun Tuhan tetap bagi juga... kafir pun jadi kaya-raya tapi kena ingat, makin Tuhan bagi benda semasa kita buat dosa ada dua makna.. satu makin mendekat dan satu lagi makin menjauh.. sama juga dgn suami-isteri.. bila suami bagi jer apa isteri mintak.. hati2.. mungkin jadi makin intim dan kemungkinan besar dia malas dah nak layan..

nampak macam lebih kat org lelaki.. berat sebelah.. jgn lupa pulak, syurga lelaki terletak bawah kaki ibu, kata org.. org lelaki kena faham benda yg sama dgn ibubapa.. dan ibubapa pun kena faham sama juga.. jadi kena lihat kita nih kat posisi mana.. bila isteri buat suami menjauhkan ibubapa, sama macam suami buat anak2 menjauhkan diri dari isterinya, iaitu ibu anak2 tersebut.. jadi benda nih adil dah Tuhan jadikan.. yg jadi tak adil sebab kita tak faham..

maka bila berlaku sesuatu ingat Tuhan.. ingat posisi kita kat mana.. Tuhan buat tak macammana kita buat? dan kita buat macam tuh jugak ke kat Tuhan? bila kita faham nih kat dunia lagi kita dah jumpa syurga.. insya-Allah syurga jualah di akhirat.. bilamana kita tak jumpa syurga nih kat dunia, insya-Allah jauh syurga akhirat.. mari kita sama2 membina syurga di dunia.. insya-Allah.. Tuhan akan temukan kita sama2 juga di akhirat..

apa yg dikhuatirkan ialah kita syok sendiri.. kita rasa kita nih dah buat baik dah, pasangan kita nih jer yg tak sedar2.. tanya balik.. adakah ibadah kita pun rasa camtuh? kita rasa dah paling hebat solat kita.. mengaji kita dah paling sedap dalam dunia.. zikir kita yg paling kyusu.. puasa kita yg paling mantap.. sebab bila kita rasa camtuh maka gugurlah pahala kita.. kita ujub.. bangga dgn diri sendiri.. merasa lebih hebat dari org lain.. tak guna dah ibadah kita.. jadi bila kita rasa kita lebih baik dari pasangan kita, habis dah apa yg kita buat kat dia selama ni.. rosak dah ikhlas kita.. malah dia jadi benci dgn kita sebab kita sombong dan angkuh.. kita rasa kita baik dah? fikirkan lagi..

kalau boleh tambah, umpamakan kita mencari nafkah.. kita cari susah payah, tapi adakah ikhlas utk anak isteri kita.. sama dgn kita beribadah, ikhlas tak kita dgn Tuhan.. atau kita nih beribadah nak tunjuk baik supaya dipuji manusia lain? dan adakah kita cari harta nih sebenarnya tak nak org kutuk keji kita anak beranak? ikhlas nak bahagiakan mereka atau supaya mereka tutup mulut takder alasan nak melawan?

dan pada pendapat aku, yg paling berharga buat suami ialah anak yg soleh.. tugas isteri jaga anak sahaja tapi kalaulah benar isteri sayang suami, isteri akan didik anak2 suami supaya jadi anak yg soleh.. bila anak soleh, insya-Allah suami pun akan soleh.. kan sama2 ibu dan anak doakan suami/bapa setiap hari.. dan ketika isteri berupaya masuk syurga kerna taat pada suami, insya-Allah doa anaknya yg soleh mempermudah utk bersama2 di syurga.. nih baru nama bahagia yg abadi..

ini antara rahsia yg terkandung dlm pernikahan.. antara sebab kenapa Nabi saw sabda tak sempurna iman kalau tak kahwin.. sebab tak rasa semua benda nih.. bila tak rasa apalagi nak faham.. kalau org kata tak perlu kahwin nak paham, bersama pun dah cukup.. tuh sama laa kita dgn org kafir.. nak masuk syurga tapi tak percaya agama.. nak buat agama sendiri jugak.. menikah nih org umpamakan bina masjid.. sebab menikah nih benda dlm agama.. org takder agama dia tak menikah..

camna pulak kalo menikah sebab nafsu? tengok balik ibadah kita.. mungkin ibadah kita pun nafsu saja.. ini semua kalo kita tengok betul2, kita kaji betul2.. itu semua cermin diri kita.. kita marah macam nak rak bila isteri kita tak dengar cakap.. kita tak dengar cakap Tuhan, macam tuh ker Tuhan marah kat kita? sampai nak ceraikan isteri kita.. Tuhan putuskan hubungan dgn kita tak bila kita buat dosa2 kita? isteri pulak minta cerai.. adakah bila kita rasa Tuhan tak adil maka kita pun nak murtad? adakah ujian yg diberi tuh sebesar para sahabat yg diikiat di padang pasir dan diletakan batu besar atas dada? itu pun sahabat tetap sebut 'ahad, ahad', walaupun dibolehkan berbohong demi keselamatan.. iman kita nih sampai mana?

moga2 lepas hari nih, kita lebih saksama dlm melihat hubungan kita sekeluarga.. fahamkan posisi kita.. dan selalu muhasabah.. buat self-talk sblm tidur.. bila isteri muncung, kita buatlah dia ketawa, moga dialah ketua bidadari kita di syurga.. bila suami muka serabut, tenangkan hati dia, moga hidup kita di syurga dunia dan akhirat.. amin.

wallahualam..

mudah2an menjawab serba sedikit.. amin.


Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008