mdc inbox: thanks from the bottom of my heart

emel 6:
thanks from the bottom of my heart
b****b***
04hb April 2005, 08:46:08 pagi

############ Mesej asal #############

assalamualaikum sop..

bergenang airmata aku membaca apa yang kau tulis tu..thanks.. ..aku dapat rasa, masalah aku ni bukanlah seteruk sesetengah member dalam mdc ni..tapi banyak gak yang pernah aku lalui lebih kurang macam dorang..setakat ni, hati, petisejuk, lambak, noris, crystal soft, aliyya ada pm aku regarding their problem..dan aku suka sangat share pendapat aku sebab bagi aku, kalau kita tiada tempat mengadu, mdc lah tempat yang paling sesuai..

dan aku dapat rasa, sejak aku selalu masuk mdc ni, aku begitu kurang memikirkan masalah aku tu berbanding dulu...dulu, nak bangun pergi kerja, rasa macam sedih sangat sebab aku kena mulakan satu lagi hari tanpa suami disisi. tapi sekarang ni, aku bergegas untuk g kerja, set mesin aku, dah siap, aku terus mengadap mdc...

kat mdc ni, aku bleh dengar masalah orang, orang bleh dengar masalah aku, aku bleh ketawa bila OM, redtomato ngan matsaiko bergurau, dan seriously aku cakap, aku kat sini cukup rasa terhibur mendengar gurauan2...dan aku secara jujur mengaku aku ketawa riang kat sini sampaikan colleague aku heran, siap tanya lagi, masuk sembang2 ker? heheh..dorang pun dah tau bila aku buka internet jer, mesti masuk mdc...

cuma aku terkilan sebab dalam kemeriahan camni, aku takdapat ikut aktiviti mdc mcm g jerangkang tu..aku sedar aku masih isteri dia...dan amat mustahil untuk dia beri kebenaran untuk aku pergi join aktiviti tu...so, akupun takkan tanya dia.

buat masa ni, aku just relax jer sop...dan aku betul2 terkejut masa sabtu lepas, balik kerja ujan lebat. sampai rumah jer, aku mandi dan nak menikmati keindahan tidur masa ujan..sedang aku mamai2 tu, aku dengar bunyi kereta dia...alhamdulillah...suamiku balik tanpa aku sangka2....berderai air mata masa aku sembahyang, sop...skrg ni, aku takmau tanya lagi tentang hal kami..biarlah...aku cuma mengharapkan Allah memberi dia kesedaran, bahawa aku adalah isterinya...dan cukup tragis kalau dia menjadikan isterinya janda, demi menyelamatkan janda yang lain......

thanks sop... kau jer lelaki yang aku tengok 'merenung kehidupan' sebelum memberi komen...semoga panjang umur, dan jodoh bersama isteri dan anak2 tercinta..amin

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

############ Mesej asal #############

semua pujian tuh buat Tuhan.. aku hanya manusia biasa yg penuh dgn kekurangan.. kalo aku citer maslah aku nescaya org takkan percaya beban yg tertanggung di bahu aku.. kerna itu jgn puji aku.. aku malu pada diriku sendiri..

hidup kita bukan hanya di dunia.. dunia ini perjalanan menuju akhirat.. apa yg berlaku itu ketentuan Tuhan.. Dia beri kita pilihan, terpulang pada kita mahu memilih jalan yg mana.. aku tidak mampu merubah bangsa tapi aku tahu bahawa didikan yg terbaik untuk generasi akan datang adalah dengan membantu seorg ibu.. segalanya bermula dari ibu..

sengsara dunia hanya mainan.. berat atau tidak itu terpulang pada kita.. kita ada Tuhan.. percayalah pada-Nya.. Dia tak pernah zalim pada kita.. buat sementara waktu dunia dipinjamkan pada kita, jalanilah dgn sebaiknya.. lihatlah setiap takdir dari sisi positif.. ada hikmah..

aku bahagia kalo dapat meringankan beban hati dan mental ko.. sama2lah kita bersihkan hati dan gunakanlah akal kita utk melakukan yg terbaik.. secara positifnya, dikala suami ko diduga, ko dapat teman2 di mdc.. insya-Allah.. aku doakan ko berdua akan bahagia.. sayangilah suamimu kerna ko menyayangi Tuhan.. tidak lebih dari itu..

terima kasih atas doamu buat keluargaku.. doaku buat keluargamu jua.. moga kita sama2 dapat membentuk generasi melayu yg lebih kuat.. Amin.

############ Mesej asal #############

amin ya rabbal al amin

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008