memberi makna pada hidup




'hidup ini hanyalah pentas sandiwara'

dulu aku anggap ungkapan ini hanya digunakan oleh org2 yg kecewa dlm merubah hidupnya. tapi sejak kebelakangan ini aku seakan mengakui bahawa mmg itulah makna kehidupan. kerana sememangnya kita adalah para pelakon yg memainkan watak2 yg bersesuaian dengan skrip sandiwara yg kita pilih. sehinggalah watak2 itu dimatikan di salah satu babak dlm sandiwara tersebut.

'hidup ini adalah suatu kepura-puraan'

hanyalah satu lagi ungkapan kekecewaan pada aku, suatu waktu dulu. namun sekarang aku seakan merasakan bahawasanya itulah yg kita lakukan setiap hari. kita berpura-pura menjadi seseorang yg kita impikan. kita berusaha bersungguh2 utk berpura2 menjadi seseorang yg menjadi diri kita. kesungguhan ini yg menghidupkan kepura-puraan kita.

"ko merepek sop!" tempelak ahli mesyuarat kopi.

berapa banyak dalam seluruh hidup kita, kita benar2 tahu siapa diri kita? dalam situasi apa kita tahu itu? dan apakah tanda2 yg kita dapat pastikan bahawa itulah diri kita? atau selamanya kita hanyalah berpura2 menjadi diri kita, selari dengan watak yg kita pilih dlm pentas sandiwara hidup?

dari kecil kita diberitahu bahawa jika kita besar nanti, kita harus begini dan begitu.. orang baik itu begini dan org jahat itu begitu.. buat begini akan jadi begitu, dan buat begitu akan jadi begini.. sepanjang hidup kita menerima berjuta macam aneka arahan supaya kita dapat menjalankan watak diri kita dengan lebih baik.

kita hanya pelakon yg menghayati watak diri kita dalam sebuah drama kehidupan. dan watak kita itu boleh berubah-ubah mengikut kemahuan kita, plot cerita juga akan berubah seiring dengan perubahan yg berlaku dalam watak kita dan watak2 lain yg ada hubungan dengan adegan kita. pernahkah kita menyedari bahawa apakah tajuk sandiwara kita dan watak siapakah yg kita lakonkan?

adakah kita mahu melakonkan watak seorg antagonis atau protagonis? hero atau crook? pernahkah kita membayangkan kehidupan yg kita impikan dan seterusnya menjalankan watak tersebut? adakah salah jika kita menyusun semula plot dan lakon layar hidup kita? atau dalam perkataan biasa disebut 'berangan2'?

aku sering melihat dan mendengar keluhan dari org2 betapa mereka tidak mampu mencapai impian mereka dan melepaskan impian mereka untuk sesuatu yg lebih praktikal dan realiti. apakah yg lebih nyata dan praktikal selain berpura2 dengn bersungguh2 mengenai impian kita? hanya saja ramai dari kita mahu mendenai jalan pintas dlm pengubahan lakon layar hidup.

aku contohkan. seorg kawan yg aku kenali sejak setahun ini, mahu menukar plot drama hidupnya. dia mahu merencanakan lakon layar mengenai dirinya yg menjadi seorg yg berjaya dalam hidupnya. dia memilih mlm sebagai latar belakang plot barunya, kerna dia telah melihat beberapa drama kehidupan lain yg berlatarbelakangkan mlm itu sama persis seperti apa yg diimpikannya. dia mahu menjalani watak sebagai seorg yg berjaya dlm perniagaan mlm. namun setelah setahun dia masih gagal mencapai apa yg seharusnya sudah dicapai olehnya.

dalam satu sessi, aku duduk mendengar dia menceritakan adegan dari sandiwara kehidupannya yg telah dilaluinya. ternyata dia mahu memotong beberapa adegan penting dalam lakon layar barunya atas alasan jam tayang yg sangat panjang. maksud perkataan ini dlm bahasa mudah ialah dia mahu mencapai impiannya tanpa mahu melakukan beberapa perkara penting. ini yg sering menyebabkan lakonan kita tidak menjadi.

seorang temanku yg kebetulan seorang pelakon teater mengatakan bahawa untuk mendapatkan lakonan yg mantap, dia harus melakukan beberapa kajian sendiri (homework) mengenai watak yg mahu dilakukannya. jika perlu katanya dia harus melalui beberapa kejadian yg dilalui oleh wataknya supaya dia dapat merasakan perasaan yg sebenar ketika melakonkan kejadian tersebut. dia berlakon dengan bersungguh2. dan soalannya, adakah kita juga bersungguh2 dlm melakonkan skrip drama hidup kita?

adakah boleh kita langsung ke babak terakhir dan mendapatkan apa yg kita mahukan, tanpa perlu kita melakonkan dahulu babak2 sebelumnya? kan menyakitkan hati bila kita menonton filem yg meloncat2 plot ceritanya dengan tiba2 semuanya berakhir gembira. apa menariknya menonton drama yg sedemikian?

maka hari ini aku mahu mengajak agar kita berekperimentasi. kita lakukan dahulu ujibakat utk diri kita supaya kita mengetahui apakah watak yg paling sesuai sekali untuk kita lakonkan. dan setelah itu kita akan kembangkan watak utama tersebut hinggalah menjadi satu watak yg mantap yg boleh diangkat menjadi watak utama dlm drama hidup kita nanti. seterusnya kita ciptakan pula lakon layar utk drama tersebut. kita ciptakan plot2 yg menarik supaya nanti jalan ceritanya menjadi hebat supaya kita akan lebih ghairah dan seronok melakonkannya dgn penuh perasaan.. dan kalau boleh beri tajuk.. kemudian jangan lupa shooting drama tuh ikut setiap babak, jgn sekerat2, sebab drama yg ini tak boleh edit kemudian, ianya ibarat filem yg sudah jadi.. mcm teater yg jika ada babak yg lari dari skrip, maka kena buat improvisasi sendiri..

mungkin ada yg kata mengarut.. tapi ini adalah salah satu method bagaimana kita mahu mengubah hidup kita.. inilah salah satu teknik bagaimana kita boleh mencipta jalan cerita hidup kita sendiri.. kerna jika melakukan lakonan ini dgn sungguh2, maka setiap yg kita lakarkan ketika membuat lakon layar cerita tersebut akan menjadi kenyataan.. kerna kita telah memberi nadi pada jalan cerita serta memberi makna pada kehidupan kita sendiri.. hidup kita adalah apa yg kita percaya.. dan setiap hari2 yg berlalu itu adalah babak2 dlm drama kehidupan anda yg anda sendiri lakonkan..




Read On 3 ulasan

akal, hati dan jasad



sejak beberapa minggu lalu, minda dan tenaga aku tiba2 terfokus semula dlm pengumpulan kisah2 melayu dulukala, dengan niat awal untuk menjawab pertanyaan anak2 aku. dalam proses pengumpulan ini aku menemukan terdapat ramai pihak yg berkisah mengenai sejarah ini menekankan akan kebenaran dan hak. terdapat waris dari keluarga raja bendahara kesultanan melayu, waris dari keluarga kerajaan siam, jurai keturunan kesultanan samudera-pasai, hanya memetik beberapa ahli sejarah kontemporari yg popular, semuanya mulai mengupas sejarah dengan niat menyampaikan kebenaran mengenai keturunan mereka, namun dijujung kata menuntut hak. dan dititik inilah aku mulai resah.

teringat kisah pertanyaan seorg yahudi menguji kerasulan Nabi saw dengan bertanya tentang sejarah lama, yg kemudiannya terjawab dgn pengkisahan 'dia yg bertanduk dua' yg menakluki timur-barat (Zulkarnain) dan kisah sekumpulan pemuda yg tertidur ratusan tahun bersama anjing mereka (ashabul kahfi). maka bermulalah satu pencarian untuk membuktikan apa, siapa dan dimana. walhal pada pendapat aku, jika sang yahudi itu membenarkan jawapan Nabi saw, seharusnyalah dialah yg mengetahui akan sejarah yg sebenar. dan atas dasar itu seharusnya org ramai juga memusatkan sumber utk kisah itu dari yahudi tersebut. namun apa yg berlaku ialah penjelajahan melintas batas waktu dalam mengesahkan siapa, apa dan dimana kewujudan kisah itu. dan disini juga jelas bahawa semua yg mendengar ayat Tuhan itu mengakui wahyu yg disampaikan oleh Nabi saw.

apa yg berbelit2 yg aku nak kata? yg benar itu dah muktamad. semua org dah tahu dan setuju. org hidup pasti mati dan menemui Tuhan. ini semua org setuju. yg jadi persoalan ialah perjalanannya yg mana? org Islam kata org Kristian zalim dan org yahudi sesat. diorg pun kata yg sama dgn terhadap org Islam. jadi yg sebenar2 sesat siapa? haa ini yg jadi bergaduh. soalan yg tepat ialah siapa yg benar? yg benar adalah apa yg masing2 percaya. yg mengubah percaya nih adalah pengetahuan dan pengalaman. kombinasi ini namanya ilmu. kita membentuk sistem yakin (belief system) bila ilmu yg disampaikan kepada kita itu selari dgn ilmu yg sebelumnya menjadi dasar sistem yakin kita.

bagaimana cara ilmu dari luar diri masuk berasimilasi ke dalam sistem yakin, sama ada mengadun atau menyingkir (filtering), bergantung pada kekuatan dakwah yg disampaikan (power of suggestion). kerna itu ada yg mengatakan iman itu adalah rahmah dari Allah swt, hanya untuk siapa yg dimahukan-Nya. dalam maksud bukan semua org dapat terima ilmu baru dan menukar sistem yakinnya dengan cara dan dakwah yg sama. maka jika kita mempunya langkah2 sendiri dalam mencanai ilmu yg datang, maka kita hanya akan dapat menyetujui dan membenarkan ilmu2 yg boleh dicanaikan dgn method tersebut. berbanding dgn org lain yg mempunyai method lain, tidak hairan kalo dia tidak menerima pendapat kita walaupun bagi kita semuanya sudah terang benderang. kerna kaedah pembuktian ilmu ke dalam sistem yakin mereka lain, yg memerlukan kaedah dakwah yg juga lain.

dan apa yg sudah menjadi sebahagian dari sistem yakin kita pula diperkuat oleh amalan kita. kadangkala amalan2 inilah yg menjalurkan ilmu yg baru masuk ke sistem yakin kita. amalan yg kita sebut nih adalah kebiasaan. kebiasaan ini yg menjadi perangai atau tabiat. ada setengah org mendapat tabiat langsung dari sistem yakin, ada setengah org lagi mencipta tabiat utk mengubah sistem yakin. dan aku tekankan di sini bahawa bukan persoalan benar atau salah, tapi sama ada kita yakin atau tidak.

contohnya pernyataan "utk hidup terjamin di masa depan, kita harus menabung dari sekarang". ada org langsung meyakini pernyataan ini kerana kaedah pembuktian (proof system/filter) dlm dirinya menyetujuinya. namun ada org yg tidak yakin bahawa menabung boleh hidup senang di masa depan. apalagi yg mempunyai sistem yakin bahawa rezeki itu tetap dan padanya jaminan hidup itu hanya Allah swt. ada org mahu menyetujui ini tetapi sistem pembuktian dlm dirinya menolak kerna dasar ilmu yg menjadi pembuktian kepada sistem yakinnya berbeza. ada pula org yg langsung menjalaninya walaupun tidak menyakini pernyataan itu pada awalnya. namun apa yg berlaku seiring dari amalannya itu berkembang pula pengalaman lain yg menyebabkan sistem pembuktian dalam dirinya juga berubah.

begitu juga halnya ketika kita mahu berubah. maksud berubah ini adalah mengubah sistem yakin. sistem yakin ini berkait dgn tabiat, iaitu kebiasaan. bermakna kita berubah menjadi seorg diri yg lain dari diri kita sekarang. jadi kalau nak berubah nih, ada pendapat yg mengatakan kena ubah semua, tak boleh sikit2 kerna akan menyebabkan konflik dlm diri kita. sebab setiap tabiat kita saling berkait dengan tabiat kita yg lain. jika kita ubah hanya satu, kita akan mengelirukan sistem yakin kita, menyebabkan kita berada dlm keadaan konflik mahu memilih diri kita yg mana. ini yg menyebabkan kita tidak dapat konsisten dlm membuat perubahan.

ini yg sering dimetaforakan sebagai pertarungan gelap dgn terang. dimana sistem pembuktian sudah membenarkan ilmu yg baru utk dijadikan dasar kepada sistem yakin yg lebih baik, namun masih ada beberapa tabiat kita yg menunjang sistem yakin kita yg lama. bukan semua org boleh langsung mengubah sistem yakin setelah sistem pembuktiannya berjaya mendapat kebenaran baru dan langsung memulakan tabiat baru, menjadi diri yg baru secara total. kebanyakan org perlu masa utk mensejajarkan sistem yakin yg baru dgn memulakan kebiasaan yg baru.

kawan aku kat sebelah kata pening baca ayat aku. aku ringkaskan. asas tubuh manusia, akal, hati dan jasad. akal ini yg aku sebut sebagai sistem pembuktian (proof system/filtering). hati ini sistem yakin (belief system). jasad ini letaknya tabiat/perangai/kebiasaan. ilmu itu adalah pengkalan data (database) pengetahuan dan pengalaman. boleh sambung?

aku bagi contoh lagi. seorang lelaki menangkap mencuri. sistem yakin lelaki itu kata benarlah kerna perbuatan mencuri itu salah kerna menganiaya manusia lain. tapi dlm sistem yakin pencuri tuh kata perbuatan mencurinya lah yg benar kerna mahu beri makan anak isterinya. dua2 benar pada pendapat masing2. lelaki itu kata tak boleh mencuri sebab itu tak menyelesaikan masalah. pencuri kata dia dah cari mcm kerja tapi tetap masalahnya tak dapat diselesaikan. apa yg membezakan dua sistem yakin ini? ilmu, iaitu pengetahuan dan pengalaman. kerna itu ada org yg sanggup tidak makan tapi tidak mahu mencuri, dan ada pula org yg sudah cukup makan namun tetap juga mencuri. ilmu itu yg membezakan sistem yakin.

dan ilmu itu tidak ada yg salah atau yg benar. nih mesti semua org hentam kalo aku cakap macam nih ;).. macam nih.. semua ilmu dalam dunia ini adalah setitis dari ilmu Allah swt.. ilmu itu tak ada yg sesat.. yg sesat tuh manusia.. ilmu yg dikatakan jadi sesat bergantung pada interpretasi akal kita, sistem pembuktian diri, dalam membenarkan ilmu tersebut.. yg jadi zalim bergantung pula pada bagaimana hati kita, sistem yakin, membenarkan penghasilan amalan dan tabiat yg terhasil dari ilmu tersebut. nah.. seterusnya kita akan membandingkan, adakah amalan yg terhasil itu merupakan inti dari ilmu yg kita benarkan tadi? jadi yg berlaku terus menerus adalah fikir akal dan rasa hati terhadap tabiat kita sendiri. ini maksud kita nih harus sentiasa merenung. prosesnya ialah melihat semula tabiat dan kebiasaan kita dan mengukurnya dgn fikir akal dan kemudian menimbangnya pula dgn rasa hati, jika masih selaras jalanilah, jika tidak tinggalkanlah. tidak ada was-was padahal yg benar dan yg salah itu sudah jelas.

ini maksud 'bacalah'. mencari ilmu itu wajib seumur hidup. kerna kita harus terus menerus memasukkan ilmu baru supaya sistem pembuktian, fikir akal, menjadi lebih baik dan lebih baik. dengan mempunyai sistem pembuktian yg lebih baik, maka sistem yakin, rasa hati, kita akan menjadi lebih sempurna, dan ini akan terlahir melalui tabiat kita. maka itulah kita harus sentiasa terus-menerus meluaskan pengetahuan dan pengalaman tanpa henti. semakin luas, semakin baik, semakin sempurna.

dan sambung lagi sikit, bila buat sendiri jadi tabiat, bila perbuatan itu dilakukan bersama2 dgn sekumpulan individu lain yg mempunyai sistem pembuktian dan sistem yakin yg sama, maka ia akan jadi budaya (collective behaviour). pelestarian budaya ini yg mencipta bangsa, yg mempunyai sistem yakin yg sama dan mempunyai kebiasaan yg sama. kerna itu kena sering ada muzakarah. bukan debat nak menang tetapi utk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. dgn saling bertukar pangkalan data, maka akan berlaku penambahan ilmu dalam satu budaya. jika sebuah pendapat dipaksakan maka berlakukan penjajahan terhadap akal. pembebasan akal adalah dgn cara percambahan ilmu. ilmu itu yg membebaskan akal dari terus jumud.

maka itu lebihlah terbuka menerima ilmu walaupun kemudian nanti sistem pembuktian kita akan menolaknya, tanpa merosakkan sistem yakin kita. namun hati2lah juga kerna teknologi memprogram-ulang akal juga berkembang, teknologi ini mampu mengubah sistem pembuktian kita tanpa kita sedari, malah ada yg langsung mampu mengubah sistem yakin. namun semua ini dapatlah kita ditampan dengan ilmu jua. kerna hanya ilmu juga yg mampu memicu sistem siaga (alert system) dalam diri. tapi yg nih lain kali kita citer. inti citer aku adalah 'bacalah' dan 'sampaikanlah' sebagai asas pengembangan ilmu utk membangun budaya jemaah yg lebih baik.

maka balik semula kepada cerita mengutip dan mengumpul sejarah Melayu tadi. bila ada org bercerita suatu kejadian kepada kita, soalan pertama kita adalah sama ada itu cerita betul atau tidak. maka kita akan bertanya pula pada org lain yg sama ada hadir waktu kejadian atau yg mengetahui kejadian tersebut dgn lebih baik. dalam mencari benar, kita akan memeriksa ketelitian dalam penceritaan, setiap butir diperjelas dengan lebih lengkap, sehingga kita puas. akhirnya setelah bertemu benar yg sudah kita pasti, apakah selanjutnya? apa gunanya semua kisah sejarah ini pada org macam aku yg bukan dari keturunan yg disebutkan, yg tidak memungkinkan aku menuntut apa2 atas hak apa2?

satu yg aku belajar ketika proses mengutip, mengumpul dan mencantum sejarah ini. kesempatan utk mengenali diri kita sendiri. dalam proses membuktikan dan meyakini, aku juga belajar memahami mengapa dan kenapa aku berfikir dan merasa apa yg aku fikir dan rasa. bahawa apa yg berlaku dalam sejarah adalah petunjuk yg merongkah semak belukar yg menutup denai menuju diri kita sendiri. maka terkagumlah aku mengingatkan perihal wahyu2 Allah swt itu diturunkan dalam bentuk penceritaan sejarah org zaman dahulu. bukan apa ceritanya, tapi proses pembenarannya itu sendiri. bukan apa yg berlaku selepas kita mati, tapi bagaimana kita menjalani hidup dalam persiapan bertemu-Nya. subhanallah.

bacalah, dan kemudian, sampaikanlah.

"(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). " (Quran, 18:22)
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008